in

Sekitar Malam Bulan Sorokkan Uzair Zain

Malam Bulan Sorokkan Uzair Zain
Pelancaran naskah Kumpulan Teks Pascamoden
Di Mana Bulan Sorokkan

Restoran Rebung, Bangsar.
Jumaat – 17 Jun 2011 – 8 Malam.

Uzair Zain merupakan seorang penulis karya kreatif yang telah memulakan kerjaya secara aktif sejak tahun 2007 melalui laman web peribadi dan beliau telah menghasilkan beberapa buah cerpen melaluinya dan menulis beberapa pementasan teater di Malaysia. Bekas pelajar Penulisan Kreatif, dan Vokal Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan ini telah menerbitkan projek cerpen pertama; Sampai Mati pada awal Oktober 2010 dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

IMG_9766-2
Uzair Zain

Uzair Zain yang juga antara lainnya dalam perancangan menambah senarai dalam resume beliau sebagai seorang penyanyi pada tahun 2011 telah memulakan kerjaya sebagai seorang penyanyi di beberapa buah lounge sekitar Kuala Lumpur dan majlis majlis tertutup sejak bertahun sebelum ini selain menggerakkan angkah awal dengan mengadakan mini showcase sendiri – Malam Solo Uzair Zain, Uzair Zain Live in Acoustic Love Songs dan KL Nite Live 2011 di Musa, Avenue K, Kuala Lumpur.

Dalam usaha menyokong kerajaan untuk memartabatkan seni dalam negara, Malam Bulan Sorokkan Uzair Zain telah berlangsung pada 17 Jun 2011 yang lalu. Usaha yang mendapat sokongan penuh dari Sasterawan Negara, Dato’ Anwar Ridhwan dan Biduanita Negara, Ziana Zain telah dipersembahkan dengan unik dari Uzair Zain sebagai projek persembahan yang terbaharu.

Malam yang menggabungkan dua seni dalam satu persembahan iaitu nyanyian dan penulisan sajak ini, juga telah diancarkan Kumpulan Teks Pascamoden – Di Mana Bulan Sorokkan, sebuah himpunan sajak tulisan Uzair Zain yang dirasmikan oleh Sasterawan Negara, Dato’ A. Samad Said dan Dato’ Dr Anwar Ridhwan serta dengan kehadiran karyawan karyawan dalam bidang penulisan selain menghimpunkan penyokong beliau dan peminat dunia seni khususnya.

Sebagai kesinambungan, Uzair Zain juga mengadakan jelajah di sekitar Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Maklumat lanjut layari www.uzairzain.blogspot.com

IMG_9700-2

IMG_9719-2

IMG_9727-2

IMG_9748-2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen Rasmi 8TV ON THE STREET

Konflik Seorang Bapa Dalam Tangisan Hati di TV1