in , ,

Sekitar Malam Apresiasi Media 2015 & Anugerah K-20

Malam Media Red Box Karaoke, sebuah acara tahunan anjuran kumpulan Red Box Karaoke diadakan dalam suasana yang cukup sederhana bertempat di salah sebuah cawangannya di Tingkat 3, Red Box Karaoke, pusat membeli-belah IOI, Puchong. Seperti tahun-tahun sebelumnya, majlis dilengkapi dengan penyampaian Anugerah Lagu Karaoke Popular 2014, yang terdiri daripada 10 Lagu Karaoke Inggeris & 10 Lagu Karaoke Melayu Popular untuk tahun 2014.

Klik: Senarai Pemenang ANUGERAH KARAOKE POPULAR K-20 2014

Sekitar Malam Apresiasi Media 2015 & Anugerah K-20

Mr. Michael Yong, selaku Ketua Pegawai Operasi Red Box Karaoke, sewaktu ucapannya memberitahu:

“Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan untuk lagu-lagu yang mengungguli carta Red Box Karaoke sepanjang tahun 2014. Setiap lagu yang tersenarai di dalam carta ini adalah ditentukan melalui pemilihan para pelanggan yang mengunjungi cawangan karaoke Red Box, Green Box dan Red Box PLUS bermula awal Januari hingga akhir Disember 2014. Tidak keterlaluan jika kami katakan anugerah ini turut merupakan satu bentuk penghargaan kepada penggiat seni tempatan termasuk komposer atau penulis lirik. Semoga ia dapat memberi satu suntikan semangat kepada mereka untuk terus menghasilkan karya yang yang bukan sahaja bermutu, malah ‘karaoke friendly’. Tahniah saya ucapkan kepada lagu-lagu yang berjaya.”

Mr. Michael Yong turut berkongsi rasa terharu beliau terhadap keprihatinan dan kesungguhan pengamal media dalam menyampaikan pelbagai mesej positif tentang perkembangan Red Box Karaoke. Ujar beliau:

“Sepanjang berada 15 tahun di dalam industri, media telah banyak membantu mempromosikan sekaligus melonjakkan jenama Red Box sebagai sebuah pusat karaoke keluarga terkemuka. Di samping itu, kerjasama yang dijalinkan dengan syarikat rakaman seperti aktiviti-aktiviti promosi bersama artis, sama ada tempatan mahupun antarabangsa turut membantu menaikkan nama Red Box hingga kami mampu menonjolkan kelainan, seperti penganjuran acara Anugerah Lagu Karaoke Popular.”

Beliau turut menzahirkan harapan agar kolaborasi serta hubungan baik antara pihak pengurusan Red Box bersama rakan-rakan media, syarikat rakaman dan rakan niaga kekal berterusan.

Dalam usaha mengukuhkan lagi jenama Red Box agar terus relevan dengan kehendak semasa pengguna, Red Box hari ini gigih memastikan semua informasi sama ada berkaitan artis atau promosi boleh dicapai melalui Saluran Media Baru (New Media Network). Secara amnya, Red Box mempunyai Laman Web rasmi sebagai saluran informasi, YouTube sebagai saluran TV/Video, Twitter & Instagram sebagai saluran komunikasi. Dan, semua saluran ini berhubung terus ke Facebook rasmi Red Box iaitu www.facebook/redboxfans sebagai saluran utama. Semoga sokongan dari pengguna media sosial dapat terus membantu #iluvredbox mempromosikan satu-satunya bentuk hiburan karaoke yang sihat, berkonsepkan keluarga di Malaysia.

Malam Penghargaan Media ini turut mendapat tajaan daripada Seri Juicy yang bermurah hati menaja aneka jus campuran ekstrak buah-buahan serta sayur-sayuran segar yang dirumus khas dengan pelbagai bakteria baik yang bagus untuk kesihatan.

Majlis diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti aktiviti berkaraoke, acara makan malam, permainan interaktif bersama para jemputan serta cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah seperti TV LCD, telefon pintar, barangan kosmetik berjenama, baucar tunai dan lain-lain.

Sekitar Malam Apresiasi Media 2015 & Anugerah K-20

Sekitar Malam Apresiasi Media 2015 & Anugerah K-20

Sekitar Malam Apresiasi Media 2015 & Anugerah K-20

Sekitar Malam Apresiasi Media 2015 & Anugerah K-20

Sekitar Malam Apresiasi Media 2015 & Anugerah K-20

Sekitar Malam Apresiasi Media 2015 & Anugerah K-20

Sekitar Malam Apresiasi Media 2015 & Anugerah K-20

Sekitar Malam Apresiasi Media 2015 & Anugerah K-20

Sekitar Malam Apresiasi Media 2015 & Anugerah K-20

Sekitar Malam Apresiasi Media 2015 & Anugerah K-20

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konspirasi Jenayah Profil Tinggi dalam Filem OVERHEARD

Senarai Pemenang ANUGERAH KARAOKE POPULAR K-20 2014