Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Sekitar Majlis Tayangan Eksklusif & Sidang Media Lu Fikirlah Sendiri de Movie



Sebelum Budiey menulis lebih lanjut, Budiey nak letak gambar terbaru Jimmy Shanley dulu.

Masa prebiu Lu FIkirlah Sendiri De Movie petang tadi, Jimmy hadir berseorangan tanpa ditemani oleh orang istimewa.

Tapi wajah Jimmy memang berseri-seri. Rambut pun dah digunting pendek dan disikat rapi.

Rasanya ramai dah tahu yang Jimmy Shanley dah tak jadi hos Trek Selebriti di Astro Ria. Setelah bertahun-tahun, sejak dari Akademi Fantasia musim pertama lagi, jadi hos, Jimmy memutuskan untuk bersara dari program hiburan berbentuk bual bicara bersama selebriti itu.

Namun, cita-cita Jimmy untuk menjadi pengacara tak terbantut di sini kerana tak lama lagi Jimmy akan menjadi pengacara sebuah program yang masih dirahsiakan di Astro Oasis.

Wah! Dah berpindah ke program Islamik ke? Ha, Jimmy akan kasi suprise nanti. Dan cakap pasal suprise ni Jimmy juga bikin suprise juga tentang perkahwinannya!

Ini dia wajah pengacara majlis pada petang tadi… macam pernah jumpa je. Tapi tak tahu kat mana.

Filem yang menelan belanja RM1.8 juta ini diarahkan oleh pengarah Aminah Rhapor yang pertama kali mengarah filem.

Layari laman web filem ini:

http://www.lufikirlahsendiri.com

Filem terbitan SDAF Pictures Sdn Bhd ini akan menjengah pawagam bermula 11 Februari ini.

Filem ini rupanya adalah filem pertama lakonan Mila dan Nabil. Kedua-dua mereka ditampilkan sebagai penyeri dan pelaris dalam poster.

Menurut Mila, dia sangat bertuah dan rasa seronok dapat timba pengalaman bersama pelakon lain seperti Nabil dan lain-lain.

Komen Mila:

“Saya teruja bekerjasama dengan Pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Aminah Rhapor yang juga pengarah dan penerbit filem itu. Saya melalui banyak pengalaman lucu ketika menjalani penggambaran filem ini pada 2008.

“Saya masih ingat, pernah terjadi saya terdiam apabila pengarah mengatakan `action’, saya langsung tidak memberikan reaksi apa-apa. Saya tidak tahu “roll’ sedang berjalan. Mujurlah Kak Amy (Aminah) dan krew penerbitan memahami, dia banyak memberi tunjuk ajar pada saya, begitu juga Nabil dan pelakon lain, mereka tidak kedekut ilmu untuk membantu saya.”

Pengarah Aminah Rhapor

Ini dia kek yang menandakan filem ini dilancarkan.

Sarah pegang watak sebagai teman wanita Nabil, anak orang kaya yang sombong.

Filem berbentuk komedi romantik muzikal ini menjalani penggambaran sekitar Lembah Klang.

“Saya tak nafikan, saya seronok bercinta dengan Nabil dalam filem ini. Saya terhibur dengan gelagat Nabil, dialog kami juga tidak terlalu terikat. Watak Natasha ialah seorang anak orang berada dan sombong. Selain menjadi pelajar, Natasya meminati bidang glamor dan menjadi model sambilan.

“Konflik sering melanda antara Natasha dengan Nabil dan mereka pantang berjumpa, pasti berperang besar. Saya pernah membaling kasut pada Nabil dalam filem ini, memang lucu adegan itu. Filem ini tidaklah terlalu lucu, banyak cerita suka, duka dan kesedihan yang diselitkan. Jika selama ini, Nabil tampil dengan karakter lucu dan jenaka, tetapi Nabil menangis dalam filem ini.

“Saya dan Nabil mengikuti kelas lakonan dengan Kak Amy hampir sebulan sebelum penggambaran filem bermula. Maklumlah ketika itu, saya dan Nabil belum faham dengan selok belok lakonan, terutama teknik dan lontaran dialog,” – Puteri Sarah Liyana

Perasmian dan pelancaran filem oleh Dato’ Suhaimy Othman.

Selain Nabil, Mila dan Puteri Sarah, filem Lu Fikirlah Sendiri De Movie juga menampilkan nama besar lain seperti Ummi Nazeera, Zaibo, Tasha Nordin, Zizan Raja Lawak, Liza Othman, Harun Salim Bachik, Hisham Ahmad Tajudin, Faizal Tahir, Amy Search dan kumpulan Meet Uncle Hussain.

Nabil kata tadi, inilah kali pertama dia menerima bunga macam ni..

Persembahan dari Meet Uncle Hussain & L.Danielle.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Puteri Sarah Liyana di Prebiu Media Lu Fikirlah Sendiri
  • Lan Vokalis Typewriter Dalam Lu Fikirlah Sendiri De Movie
  • Nabil Akan Disaman RM2 juta
  • Menjelang Sidang Media Perkahwinan Mawi – Ekin Hari Ini
  • Kompilasi Video Sekitar Majlis Pengumuman Nikah Scha & Awal
  • Penerbit Tidak Jemput Pengarah Filem di Majlis Prebiu?
  • Trivia: Belakang Siapa Ini?
  • Trivia: Siapa Nama Penyanyi Ni?
  • Gambar Sekitar Sidang Media Showcase Anggun di Hotel Istana
  • Gambar Sekitar Prebiu Filem Niyang Rapik



  • 6 Komen untuk entri “Sekitar Majlis Tayangan Eksklusif & Sidang Media Lu Fikirlah Sendiri de Movie”

    1. JutawanGlamour kata:

      citer wajib tonton ni..boleh la pergi ni duit pun tgh banyak ni hehe

    2. LPLSdm kata:

      pembetulan pada alamat laman web movie ini, http://www.lupikirlahsendiri.com

      terima kasih

    3. alongena kata:

      apa pun, cerita nie menarik utk semua… mesej yg disampaikan sangat mendalam untuk perhubungan sesama kawan, keluarga dan juga masyarakat :)

    4. JutawanGlamour kata:

      macam best jer citer ni nak tgk gak la

    5. comel kata:

      cerita nieyh mmg gempak abis laaa…
      huu…

    6. tahirruddin ahmad kata:

      Saya lihat filem “lufikirlah sendiri” dikaca TV sebentar tadi. Tak puas….nanti mahu tengok di panggung dengan keluarga – ada 10 orang.

      Bila pulak pengarah/penerbit Cik Aminah Rhapor nak buat filem kisah perjuangan orang melayu suku Rawa….selitkan komedi dll. Bolih ambil Ustaz Akil Hayy, Dato Anjang Aki, Salim Bachik dan lain lain berlakon. Kumpulan KRU pun bolih digandingkan.

      Selamat Berjuang di alam seni.

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK