Teknik Memikat Melalui Sains!!!


Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

























[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Sekitar Majlis Resepsi Persandingan Dynaz & Hafizy @ PICC

Pada 22 Mac lalu, Budiey telah menghadiri majlis persandingan pasangan bahagia Dynaz & Fizy di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Khabarnya, inilah kali pertama majlis persandingan artis dibuat di situ. Bertuah sungguh Dynaz!

Seiring dan sejalan

Yang sedihnya, Budiey sanggup lupakan konsert Akademi Fantasia minggu pertama semata-mata untuk melihat pasangan itu disandingkan buat kali kedua selepas diijabkabulkan pada 15 Mac lalu. Yelah, untuk pengetahuan semua pembaca, Budiey memang minat giler sama Dynaz sebelum menjadi blogger hiburan lagi. Masa tu, Budiey suka tengok Dynaz mengacara rancangan Beat TV di Astro Ria dan sempat bertemu di beberapa event. Sampai sekarang, Budiey rasa cukup gembira kerana Dynaz sudah pun menemui jodohnya. Sesuailah dapat suami yang baik dan pelumba kereta macam Fizy.

Dengan konsep ala kebun bunga Inggeris yang ringkas tetapi masih meriah, majlis resepsi bermula dengan kehadiran tetamu VIP, rakan taulan kedua mempelai dan rakan media. Ramai selebriti yang turut hadir antara Dato’ Jalaluddin Hassan (hos & penyanyi untuk majlis itu), Sherry, Ashraf Muslim, Sazzy Falak, Nazril Idrus, Awal Ashaari, Datuk Yusof Haslam (VIP), Bill Borra (orang promoter Rafflesia), Nor Fazura, Cheryl Samad, Jaclyn Victor, Ezlynn, Fasha Sandha dan ramai lagi yang Budiey tak nampak.

Dynaz bertuah kerana mendapat penajaan daripada banyak pihak antaranya Habib Jewels yang menaja 2 set koleksi berlian hampir RM1 juta berupa kalong berlian ala Victorian berbentuk pear dan bulat dipadankan dengan subang berlian dari bentuk berlian yang sama dan seutas rantai tangan berlian yang mempunyai berlian yang menawan. Juga pakaian persalinan pertama Dynaz iaitu gaun labuh berwarna silver putih dan sut hitam yang dipakai Fizy ditaja oleh Glam Collection. Untuk persalinan memotong kek, baju rekaan Saiful Bahri digunakan oleh pasangan ini.

Jam 8.45 malam, kelihatan Dynaz dan Fizy diarak oleh 12 orang wanita cantik yang mengiringi dari luar dewan. Budiey dapat melihat antara yang mengiringi tu ada penyanyi Faradhiya yang sangatlah ayunya. Diiringi paluan kompang yang memecah suasana menjadi lebih meriah dan tetamu semua bagaikan terpukau dengan aura seri pengantin yang melalui karpet merah masuk lalu singgah di pelamin. Khabarnya, pelamin yang direka khas seperti perkahwinan cara Bali itu ditaja oleh Glam Collection bernilai RM60 ribu!

Kumpulan Seni Silat Pusaka Melayu Klang membuka acara dengan seni pencak silat pengantin. Disempurnakan juga dengan bacaan doa selamat, acara menepung tawar yang didahulukan oleh tetamu VIP seperti Tengku Bendahara Kedah (Tengku Anuar Al-Haj), Tengku Panglima Di Raja Selangor (Tengku Sulaiman), Tengku Puteri Zahariah, Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail serta famili kedua belah pihak.

Serentak dengan acara makan beradab, bunyi sudu dan pinggan pun bergema menandakan tetamu juga turut bersantapan mengecapi menu yang dimasak oleh Eden Catering. Hidangan dilengkapkan dengan daging rendang tok, kambing masak kuzi, ayam masak beriyani, ikan goreng tiga rasa, tapai pulut bersama aiskrim dan sirap selasih. Sedap juga nasi minyak hasil masakan Eden ni. Paling Budiey suka ialah kambing masak kuzi dan acar buahnya… Wallah!

Suasana dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh kumpulan band dari Negeri Sembilan dan dihoskan oleh Dato’ Jalaluddin Hassan yang turut menyumbang beberapa buah lagu. Antara penyanyi yang turut menghiburkan tetamu ialah Ezlynn dan Jaclyn Victor dengan rangkaian lagu lama dan baru. Namun, Budiey pelik dengan pemilihan lagu sebab ada lagu sedih dan lagu frust pun didendangkan dalam majlis meraikan cinta ini. Sepatutnya lagu bertemakan kasih sayang dan cinta berputik dipilih untuk seleksi majlis ini.  Antara lagu yang didendangkan ialah Biar Bulan Berbicara, Ku Tak Sanggup, Fly Me To The Moon, Ku Mencintaimu, No One dan lagu Inggeris lain.

Kemudian, persembahan slide show yang mempamerkan gambar-gambar kenangan Dynaz dan Fizy serta klip video temubual dan ucapan dari famili dan rakan taulan.

Majlis ditutup dengan acara memotong kek yang berlangsung kurang dari 3 minit. Sekejap sangat. Dynaz dan Fizy juga macam berlari anak ketika masuk ke dewan untuk acara ini. Mahu kejar masa barangkali.

Selepas acara bersalaman, satu sidang media dibuat di luar dewan.

Kepada Dynaz dan Fizy, selamat pengantin baru dan tahniah sebab acara pada malam itu berjalan dengan lancar dan sempurna.

dynaz wedding

Technorati Tags: , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Wedding Dynaz & Mohd Hafizi Fizy Kahwin
  • Gambar Majlis Resepsi Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari
  • Gambar Selebriti @ Majlis Persandingan Dynaz di Putrajaya
  • Gambar Kahwin Maya Karin & Steven David Shorthose Selamat Diijabkabulkan di Itali
  • Gambar Jehan Miskin Bersama Aweks Comel dan Gebu
  • Kesederhanaan Dekorasi di Majlis Resepsi Maya Karin
  • Kontroversi Melodi Manipulasi Fakta Wedding Ashraf Sinclair Bunga Citra Lestari
  • Gambar Wedding Ashraf Sinclair & Bunga Citra Di Kelab Golf Perkhidmatan Awam
  • Gambar Majlis Persandingan Fifi & Feriz
  • Gambar Dynaz di Malaysia International Fashion Week 2008



  • 15 Komen untuk entri “Sekitar Majlis Resepsi Persandingan Dynaz & Hafizy @ PICC”

    1. noris ishak kata:

      dynaz nmpk cantek sgt!!!
      smga bhgia slama-lamanya!!!
      amin…

    2. obefiend kata:

      stunning!

      that’s all i can say beautiful dress and it compliments her skin and figure. the husband also looks fine in that suit

      lucky fella!

    3. flzl kata:

      dynaz mmg cantik..
      ditambah dgn gaun yg cantik…
      mmg gorgeous…
      bertuah suami die..

    4. liza kata:

      wow.. belum pernah tengok artis2 lain yang secantik Dynaz semasa persandingan.. aku nak tiru fesyen2 baju Dynaz kalau kahwin nanti…macam puteri kayangan !!!

    5. ladyfuzy kata:

      cantik.. tahniah utk kedua2 pengantin.

    6. aidawanie kata:

      mmg psngan ni cntk n sesuwei sgt… sama cntk n sama tggi lampai… moga mereka kekal selamnya…

      budiey, i nmpk u mlm tu… syok punya mkn… anyway, i ni one of staff picc… n i pun ada gak terlibat ngan mjls kahwin dynas nih…

    7. naNaku kata:

      congrats to dynaz….hehehehhe :)
      masa nikah lawa ;)

    8. lady_carlorino kata:

      Sama cantik n sama padan… congrates!!!!

    9. ejja kata:

      CANTIK LA BAJU..

    10. emmmm.. kata:

      simple n cantik tak nampak menunjuk2 mcm ar…… lain mudahan kekal pjg spy hayat d kandung badan.

    11. erz kata:

      cantik gaun putih tu.

    12. Honeybee kata:

      Smoga brkekalan n brbahagia hgga ke akhir hayat .. insyaAllah .

    13. nik kata:

      Cantik sgt dynaz time dia pakai baju warna putih…macam puteri kayangan…

    14. NAK KOMEN kata:

      TAHNIAH!! KALAU BETUL APA YANG FARA FAUZANA CAKAP DAH HAMIL…SEMOGA DAPAT BAYI YANG CUTE:-)

      Pasangan Dynaz & Fizy nampaknya akan menimang cahayamata pertama mereka tidak lama lagi. Walaupun tiada laporan rasmi dari akhbar/majalah yang mengatakan Dynaz kini berbadan dua, namun pesanan Fara Fauzana kepada Dynaz melalui radio baru-baru ini membayangkan begitu.

      Fara berpesan kepada Dynaz supaya beliau tidak begitu aktif dengan kerjaya seni’nya nanti takut baby dalam perut tu ikut berpusing. Seorang staff di Istana Budaya juga memaklumkan yang Dynaz menceritakan sendiri perihal beliau mengandung.

      Tahniah kepada pasangan Dynaz-Fizy dan Malaysia masih menunggu penyanyi No.1 negara untuk menimang cahayamata. Bilakah Siti?

      Sumber: http://www.ohbulan.com/

    15. Honeybee kata:

      Alhamdulillah klau btul.. ptut le nmpak muka Dynaz mcm chubby smacam je msa teater IM tu..

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:
















    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET