Sekitar Majlis Ramah Mesra Bersama Pelakon Bila Musang Berjanggut
Gelagat Lucu Musang Berjanggut Versi Moden
Pada 17 Mac lalu, TV3 telah mengadakan sidang media & majlis ramah mesra dengan pelakon drama Slot Lagenda – Bila Musang Berjanggut. Yang hadir pastinya, pelakon utama iaitu Fizo Omar dan Nur Fathia.

Menyusuli “SIONG”, sebuah karya kreatif yang pasti mencuitkan hati para penonton slot Lagenda di TV3 terbitan JS Pictures, “BILA MUSANG BERJANGGUT” bakal disiarkan mulai 29 Mac 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang.

Drama bersiri 20 episod ini diadaptasi dari drama popular Allahyarham seniman Tan Sri P.Ramlee dan diberikan nafas baru dengan jalan cerita komedi dan melucukan. Gandingan barisan pelakon popular tanah air seperti Fizo Omar, Nur Fathia, Shahrulnizam, Sheila Rusly, Mahmud Ali Bashah, Kuna, Datuk Jalaluddin Hassan dan Zaibo pasti menceriakan lagi drama ini.
Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, “Siri terbaru ini memaparkan kelainan dalam slot Lagenda kerana Bila Musang Berjanggut merupakan sebuah adaptasi drama yang berunsur komedi. Slot Lagenda sering mengangkat cerita rakyat, dongeng dan lagenda yang akan diolah semula supaya bersesuaian dengan citarasa penonton sekarang. Kali ini, dengan kerjasama JS Pictures, kami juga berharap sambutan yang baik daripada penonton TV3 yang sentiasa meminati drama-drama tayangan TV3.”

Jinggo, pengarah drama
Bila Musang Berjanggut diterbit dan diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo) manakala Sofia Rhyland ialah penulis skrip.

Shahrulnizam SEBAGAI Orang Kaya Jamil

Memey Suhaiza sebagai Lina

Nur Fathia sebagai Cempaka
Sinopsis Drama Bila Musang Berjanggut
Hikayat mengisahkan tentang Orang Kaya Jamil (Shahrulnizam) berasal dari keluarga yang berada dan berstatus tinggi. Ayahnya, Tuan Termasyur (Datuk Jalaluddin Hassan) berpura-pura sakit tenat supaya Jamil pulang ke Malaysia dan berkahwin dengan gadis pilihannya.
Tanpa disangka, Tuan Termasyur mengahwinkan Jamil dengan 3 wanita berlainan kaum iaitu Melayu, Cina dan India serentak. Walaupun begitu, mereka tidak dikurniakan anak kerana Jamil disahkan mandul.
Waris amat penting bagi Jamil kerana dia bakal mewarisi harta keluarga Tuan Termasyur bernilai berbillion ringgit. Jika tidak, sepupu Jamil iaitu Mamat Trump berhak mendapat harta tersebut. Pelbagai kaedah perubatan dan cara alternatif telah dicuba, akhirnya mereka membuat keputusan untuk mengambil anak angkat.
Faridah aka Ferra (Sheila Rusly) muncul dalam kehidupan mereka dan berjaya mendapatkan seorang anak yang menepati kriteria Jamil iaitu Ashraff. Ashraff ditatang bagai minyak penuh dan diberikan pendidikan terbaik termasuk adat dan budaya ketiga-tiga ibunya. Oleh itu, Ashraff boleh bertutur dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil tanpa masalah. Namun, sejak usia 13 tahun, pelbagai ugutan muncul dalam keluarga mereka. Oleh kerana bimbang akan keselamatan Ashraff, Jamil menghantar Ashraff dan sepupunya Romeo sambung belajar ke luar negara.
Kembalinya Ashraff ke tanah air, Jamil mula khuatir jika Ashraff (Fizo Omar) tidak akan berkahwin dan harta keluarga Tuan Termasyur akan jatuh ke tangan Mamat Trump (Mahmud Ali Bashah) dan anaknya Romeo. Lalu dia meminta pertolongan Faridah aka Ferra untuk mencarikan calon isteri buat Ashraff.
Namun tiada seorang pun yang memikat hati anaknya. Ashraff mahu membuktikan kepada keluarganya bahawa dia akan menemui ‘wanita sejati’ yang mencintai dirinya dan bukan kerana harta kekayaan.
Ashraff bertemu dan terpikat kepada Cempaka (Nur Fathia), satu-satunya wanita yang berjaya melepasi segala ujian yang diberikan. Mereka disatukan sebagai suami isteri. Namun, kehadiran Cempaka di dalam keluarga Ashraff menimbulkan pelbagai gelagat lucu. Apakah yang terjadi selanjutnya?
Ikuti siri terbaru yang pasti mencuit hati dan berhibur dengan kompilasi muzik-muzik menarik yang akan membawa anda mengimbau kembali nostalgia filem lagenda tesebut. Jangan lepaskan peluang untuk menonton Bila Musang Berjanggut menerusi slot Lagenda, setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30petang, hanya di TV3 dan 8.30malam di TV9 bermula pada 29 Mac 2010.


Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





March 19th, 2010 at 7:36 am
ada memey…rasa malas nak tengok…
March 19th, 2010 at 10:33 am
Memey ada..memang conferm aku tak tengok cite ni..sume cite yg ade muke ni aku n family sume tak layan..
March 19th, 2010 at 2:45 pm
tak mau tgk la pompuan perampas tu ade, jom la ramai2 boikot cite ni, pompuan gedik tu ade… menyampah sgt dgn memek tu
March 20th, 2010 at 1:25 am
x smpt lg bc sinopsis..br tgk gmbr, ada memek rupanya..
trs jd x minat nk tgk..
br terfkr nk komen, dah ada yg mengomen..
confirm aku x kan tgk citer ni..
March 20th, 2010 at 1:30 am
sdh tntu memek pgang watak rampas suami orang..x pon menggatal ngan suami org..lakonan yg real
March 20th, 2010 at 11:22 am
betul la botolkicap watak si memek tu mcm gitu, suka sgt watak2 yg rampas laki org, sesuai sgt dgn dia, so kita dah tau jln citenya tok sah nengok la, heran kan sheila rusly suka ambik pompuan tu utk production dia, nape yek…. agaknya2 dia sokong artis2 baru yg jd perampas laki org ker ????, confirm x tgk la……
March 21st, 2010 at 2:03 pm
Hehe…memek punya pasal, abis citer ni kena boikot!!
April 11th, 2010 at 12:47 am
ape name betul ROMEO tuh??? hnsem..
April 14th, 2010 at 7:06 pm
encemnye romeo…hurmm
April 29th, 2010 at 5:09 pm
Sheila Rusly punyer lakonan macam stereo type la, cuba letak sebelah criter anak buloh betong dgn criter ni, over acting la mama ni
May 2nd, 2010 at 7:14 am
cte ni best gak….harap ade bila musang berjanggt yg msim ke2 g…….
May 3rd, 2010 at 2:45 pm
orang kate muke aku mcm CEMPAKA plak. aha:D
ad la cket.
first aku ta knl spe cempaka, c0z ak bknnye tgk citer bila musang berjanggut ni. ehe…
May 4th, 2010 at 2:43 pm
best citer ni….ramai bbenor x sukakan memey…kesian memey..sbrlah memey oi….dlm dunia ni mmg mcm tu,ada yg suka kita n ada yg x suka kat kita…apa2 pun cempaka tu cantik lah..ada iras mas anizan plakon lama…
June 12th, 2010 at 8:06 pm
Cerita ni best jugak..Especially bila Cepaka(Fathia) masuk,buat cerita ni superb..Fathia cantik gile!! i nak tengok Fathia berlakon lagi,please mana2 director amik die berlakon..hahaha..anyway cempaka,macam pernah tengok la dekat andalus..