Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sekitar Majlis Prebiu Filem Semerah Cinta Stilleto



Semalam, jam 9.45 pagi, satu lagi filem terbitan Metrowealth ditayangkan kepada media. Sebuah filem komedi romantik arahan Ahmad Idham berjudul Semerah Cinta Stilleto merupakan filem yang ke-35 terbitan MIG. Sekali lagi, Lisa Surihani dan Farid Kamil menjadi taruhan.

Video Temuramah Bersama Lisa Surihani:
Selamat Hari Jadi Buat Lisa Surihani

Menyaksikan satu chemsitry atau keserasian mereka lebih jelas untuk kali kedua di layar perak. Kali pertama mereka bergabung dalam I’m Not Single 3 tahun lalu. Dan akan datang, keserasian Lisa Surihani dan Farid Kamil akan diuji lagi dalam Filem Cinta 1, 2,3.

Majlis Prebiu Semerah Cinta Stilleto telah diadakan di TGV, The Mines dengan dihadiri oleh para pelakon utama seperti Farid Kamil, Lisa Surihani, Cat Farish, Saharuddin Thamby, Datuk Jamali Shadat, Maimun Mutalib dan ramai lagi.

Dengarnya, MIG akan mengeluarkan 15 buah filem untuk tahun 2010. Dan untuk filem yang bercerita pasal cinta & kasut ini, MIG begitu yakin mampu memberi kejutan dari segi kutipan box-office. Atas sebab filem ini dikatakan mempunyai jalan cerita yang segar dan sesuai dengan jiwa penonton Melayu, maka tak dinafikan menggamit penonton ke pawagam.

Budiey rasa filem ini bakal menyamai sejarah yang dicipta oleh filem Syurga Cinta yang ditayangkan pada tahun 2009 lalu, Keistimewaan sebenar filem ini bukan sahaja pada jalan ceritanya, konsep yang santai tapi keserasian dua pelakonnya yang dikatakan mengingatkan kita kepada gandingan mantap Erra Fazira dan Yusry dulu.

Doa seorang pengarah bernama Ahmad Idham

Di majlis itu, penerbit dan pengarah diberi peluang untuk berucap.

Mengisahkan cerita cinta antara dua darjat dan realiti sikap orang miskin dan kaya rasanya begitu sesuai untuk tatapan seisi keluarga. Ahmad Idham mengatakan beliau mengambil masa 10 tahun untuk buat cerita ini kerana baginya mengarah filem ringan lebih susah daripada mengarah cerita yang padat dengan aksi. Mungkin mesej tak sampai kepada penonton. Seterusnya, penonton akan jadi bosan.

Penerbit David Teo mengakui bahawa filem ini adalah filem ringan yang mampu menarik remaja ke pawagam. Lagi pun, konsep 1Malaysia yang diterapkan boleh memberi pengajaran dan mesej berguna kepada masyarakat.

Lisa Surihani

Filem yang mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila (Stila) yang dilimpahkan dengan kemewahan bertemu dengan seorang pemuda bernama Leto yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Percintaan mereka mendapat tentangan keluarga Stilla yang mementingkan kehidupan mewah.

Stilla gembira kerana dapat berkenalan dengan keluarga Leto yang memberinya erti kesempurnaan hidup berkeluarga dan disebabkan itu keluarga Stilla merasa tidak senang dan cuba memisahkan mereka.

Dengan bantuan Leto, Stilla akhirnya berjaya dipisahkan dan beberapa tahun selepas itu takdir menemukan mereka kembali.

Bagi Budiey, filem ini nak kata romantik tak lah romantik sangat, sedang-sedang. Dan nak kata komedi, ada beberapa part memang kita boleh diajak ketawa bersama. Plot dan jalan cerita filem ini mungkin sengaja dibuat secara bersahaja dan santai untuk menjadikan penonton lebih rileks.

Kepada pembaca, jangan lupa tonton filem ini yang akan berada di pawagam mulai 8 April 2010.

Pada majlis prebiu ini juga, ada kejutan hari jadi buat Lisa…

Tags: , ,

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Sekitar Malam Gala Filem HAQ
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem Semerah Cinta Stilleto
  • Sinopsis Filem Semerah Cinta Stilleto Lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani
  • Sekitar Movie Day Out Clash of The Titan & Semerah Cinta Stilleto
  • Sekitar Prebiu Filem Kembar Siang
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Karak
  • Gambar Dafi di Majlis Pra Tonton Apa Kata Hati
  • Gambar Ummi Nazeera di Prebiu Hikayat Merong Mahawangsa
  • Sekitar Prebiu FIlem Cuti Cuti Cinta
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Apa Tengok Tengok



    • Hamba Allah

      Hepi besday Lisa…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK