Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Sekitar Majlis Perlantikan Awal Ashaari Sebagai Duta DOT RED



Tahniah kepada Awal Ashaari kerana sekali lagi dilantik menjadi jurucakap Dot Red untuk tahun kedua.

Langkah Red Box melantik Awal Ashaari menjadi jurucakap kad program rakan Dot Red tahun lalu telah menerima sambutan yang menggalakkan dari umum.

Perlantikan Awal Ashaari sebagai jurucakap kad Dot Red sebenarnya bertujuan menjadikan program Dot Redku Kehidupanku lebih bermanfaat dan mampu menarik semua lapisan masyarakat menjadi pelanggan setia Red Box, Red Box Ria dan Green Box khususnya pelanggan Melayu.

Ye lah, bukankah Awal Ashaari sendiri adalah produk dan mempunyai pengaruh tinggi di kalangan remaja dan dilihat mampu menggalakkan perkembangan keahlian program ini.

Kad Dot Red direka khas untuk pelanggan setia Red Box di mana mereka yang mempunyai program rakan Dot Red dapat menikmati pelbagai keistimewaan seperti tebusan untuk pilihan produk dan servis yang menarik samada dari segi muzik, tempat makan, membeli belah, hiburan, perkakas elektrik, baucer diskaun, cenderamata artis, tiket konsert, pas masuk menonton wayang dan banyak lagi.

Dengan menunjukkan kad keahlian mereka di cawangan dan kedai terpilih, ahli akan mendapat diskaun sehingga 50%.

Hadir sama ialah Pengarah Urusan Grand Surf Sdn Bhd, Miss Valerie Choo yang turut menurunkan tandatangan pada kontrak pembaharuan perlantikan Awal Ashaari sebagai jurucakap Dot Red untuk tahun kedua.

Di sidang media ini juga, Awal Ashaari mengajak orang ramai untuk sama-sama menyertai keahlian Dot Red dan menikmati pelbagai ganjaran yang disediakan. Di samping itu, beliau juga berharap orang ramai dapat menjadikan Red Box sebagai tempat riadah seisi keluarga.

Tags:

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Awal Ashaari di Anugerah Bintang Popular 2011
  • Gambar Awal Ashaari di Karpet Biru AIM 18
  • Awal Ashaari Jurucakap Rasmi Kad Dot Red Red Box
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Valley of The Wind Korea
  • Gambar Awal Ashaari di Majlis Resepi Perkahwinan Scha Awal
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Seorak Cable Car
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Seoraksan National Park
  • Gambar Awal Ashaari Dalam Bas Korea Trip
  • Ucapan Awal Ashaari Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Suwon Korea



  • 8 Komen untuk entri “Sekitar Majlis Perlantikan Awal Ashaari Sebagai Duta DOT RED”

    1. abby kata:

      Mahal la redbox, wahuhuhuhu, tapi comfy la

    2. mazuin kata:

      awal nyanyi sket!

    3. puteri diana kata:

      haiiiii
      aku suka sgt kat awal ni
      dia berlakon best….
      awal skrg semakin kurus la..
      jaga kesihatan sama

    4. xXYaNaXx kata:

      luv u…

    5. teha jb kata:- kata:

      bila nak datang jb??
      asal x balas emel??
      tapi apa-apa pun saya tetap sokong awal

    6. Honeybee kata:

      tggu episod trbaru rncangn ‘W’

    7. ayu kata:

      hye awal!sy antara berjuta peminat awk….just nak wish “Good Luck On Your Life and Be your Self”

    8. gigi_besi kata:

      awal mcm adik i… =)

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK