Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Sekitar Majlis Pelancaran Filem Syurga Cinta



Pada jam 4.30 petang tadi telah berlangsung Majlis Pelancaran Dan Doa Selamat Memulakan Pengambaran Filem Syurga Cinta di Restoran The Lemon, The Mines, Sri Kembangan.

Selain penerbit Encik David Teo, turut hadir, barisan para pelakon seperti Awal Ashaari, Heliza AF5, pelakon kanak-kanak; Hadziq dan Wazata Zain.

Filem ke-29 terbitan Metrowealth MIG ini dilancarkan dengan tema Islamik dan berunsur keagamaan di dalam acuan kisah cinta remaja masa kini. Ini mengingatkan Budiey dengan filem pertama berjudul Syukur 21 yang juga sebuah filem berunsurkan Islamik.

Skrip Syurga Cinta dihasilkan oleh Panel Skrip MIG berasaskan konsep oleh David Teo dan akan diarahkan oleh Ahmad Idham.

Satu inisiatif yang positif untuk memaparkan tema Islamik sebagai medium untuk memberi pengajaran kepada masyarakat. Cara begini dapat mengimbangi pelbagai medium lain yang dilihat mampu memberikan satu mesej yang positif. Kebimbangan terhadap gejala sosial menjadi salah satu agenda terpenting negara untuk menangani dan usaha MIG ini hanyalah sekadar tempelan untuk menjayakan usaha tersebut.

Syurga Cinta akan mengupas kehidupan dua orang Melayu Islam dengan dua akidah atau pegangan yang jauh berbeza. Seorang lelaki remaja yang mengamalkan gaya hidup barat bertemu dengan seorang gadis yang masih teguh mempertahan keimanan kepada Islam dan nilai-nilai ketimuran.

Ahmad Idham menjelaskan tentang spekulasi filem ini yang digembar-gemburkan di media yang menyamakan filem ini dengan filem Yasmin Ahmad. Menurut Ahmad Idham, sebenarnya filem ini tidak melibatkan sebarang hubungan cinta antara pasangan kekasih berbangsa Cina dengan orang Islam. Ianya tidak menjurus kepada dakwah yang terlalu berat dan ianya memperjelaskan tentang apa itu aqidah yang sebenarnya.

Ahmad Idham sebagai pengarah

Ahmad Idham mahu memaparkan dua kisah dua insan yang berlainan latar belakang dalam sebuah filem cinta. Filem ini lebih menekankan kepada budaya dan gaya hidup remaja dan filem ini akan membawa satu mesej tentang sejauh mana gaya hidup Islam dalam kehidupan remaja. Lebih kepada kesedaran dan pembentukan sakhsiah diri sebagai orang Islam.

Ramai yang kata David Teo sudah tidak berani atau serik untuk menerbitkan filem bergenre Islamik lantaran filem Syukur 21 tidak mendapat sambutan. Bukan serik tetapi menurut David Teo, beliau belum menemui skrip yang bermutu untuk diketengahkan.

Filem ini dilakonkan oleh Awal Ashaari, Fizz Fairuz, Azizah Mahzan dan memperkenalkan bintang Akademi Fantasia Heliza AF5 dan kanak-kanak yang dicungkil bakat melalui siri Tom Tom Bak iaitu Hadziq yang berusia 8 tahun.

Pemilihan pelakon dibuat berdasarkan kesesuaian watak dan kehendak skrip selain menyediakan barisan pelakon pelapis untuk industri filem Malaysia di masa akan datang.

none

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Video Adik Hadziq Tom Tom Bak Baca Skrip Filem Syurga Cinta
  • Gambar Terbaru Heliza AF5 @ Sesi Pembacaan Skrip Filem Syurga Cinta
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Quotes of The Day: Keluargaku Adalah Syurga Dunia Paling Indah
  • Gambar Heliza AF5 di Pengambaran Filem Syurga Cinta
  • Syurga Cinta Raih RM1.3 Juta Dalam Masa 1 Minggu
  • Sekitar Wrap Party Filem Syurga Cinta Arahan Ahmad Idham
  • Sinopsis Epilog Syurga Cinta
  • Video The Making Of… Sebalik Tabir Filem Syurga Cinta
  • Video Sekitar Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza



  • 18 Komen untuk entri “Sekitar Majlis Pelancaran Filem Syurga Cinta”

    1. Heliza Berlakon Filem : Firdee’s Blog kata:

      [...] Terkejut dan seronok juga bila terbaca entry terbaru budiey di dalam webnya. Mana taknya, diam-diam je si Heliza dah nak berlakon filem rupanya (ke saya yang [...]

    2. firdee kata:

      wah…tak tau plak ija akan berlakon… :D

    3. obefiend kata:

      gaydar says gay

    4. jeng2 kata:

      Ija belakon eh…. bereh….

    5. erz kata:

      Suka tgk Heliza….Cntik…muka sweet….mati besar,cantik…
      dgn bertudung…laaaaggiiii terserlah keauan wajah dia…
      tak tau la nk ckp mcm mana…perfect…tp biar la hati pn seindah wajah.. :-)
      Haaaazziiiiiqqqqq…..comelnyeee…apa2 pn Haziq mmg cute…best tgk tom2 bak….mulut becok..mmg best..

    6. mizbutterfly kata:

      good luck ija!

    7. pid kata:

      suker gaya heliza!!!fesyen si awal ni mmg superb!!wa tabik sama lu beb!!!!

    8. blue kata:

      awal hensem lah bila pakai mafle … heliza plak bergaya ngan fesyen bertudung dia tu.

    9. aida_ashaari kata:

      sweet sangat awal ngan heliza:0

    10. ciput kata:

      best sangat ceter nie… saya dah tgk pun filem nie.. best sangat suka tgk lakonan korang.. lebih2 lagi lakonan adik haziq best geler…

    11. ciput kata:

      best sangat ceter nie… saya dah tgk pun filem nie.. best sangat suka tgk lakonan korang.. lebih2 lagi lakonan adik haziq best geler… nak tgk lagi kali kedua…

    12. ella kata:

      bez tngk korang berganding lam cter nie.harap korang dpt berlakown lg len kali.mungkin dlm drama plak.pa pa pown,good luck..sy mmg mnt dengan korang……

    13. maintain kata:

      awal ngan heliza mmg spadan.

    14. dikwa kata:

      suke la tgk awal ngan heliza..sama padan n cocok gitu
      bgai pinang di blh 2..

    15. myra kata:

      woooow………….mang best lah cter ne.
      bkali2 tngok mang x jemu punya..bak kta org kelazzzzzzzzz gtu.
      sukalah tgok awal ngan heliza blakon smer..lbh2 lg c adik kiut’z…..
      yang memantapkn lg cter 2.
      hrap mreka dpt blakon sma2 lg…….

    16. mimey kata:

      pape pown,,,,,mmg bezt ar,,,,,

    17. bid kata:

      sy suke sgt tngk syurga cnta ni..
      dah 3 kali tngk..
      mmg syok r..
      dah lah awal hnsem
      heliza lawa,,haziq tiut..
      sk sgt2

    18. nurul syafiqah kata:

      soooooooo sweet heliza dengan haziq mcm kakak n adik.hehehehehe……..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK