in

Sekitar Majlis Pelancaran Album Pertama One Nation Emcees

Tanggal 3 Mac 2010, grup yang digelar ‘Black Eyed Peas Malaysia iaitu One Nation Emcees telah melancarkan album pertama mereka yang berjudul ONE NATION EMCEES di Dragonfly, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur pada jam 3 petang.

Album pertama ‘One Nation Emcees’ memuatkan 6 buah lagu iaitu:

  1. Apa Ku Kisah
  2. Raja Gelek
  3. Bisikan Cinta
  4. Syukur (Kau Yang Satu)
  5. Dendangkan (menampilkan Damian Mikhail)
  6. Laungkan (lagu tema Piala Dunia 2010).

Kini, ONE telah bernaung di bawah syarikat milik mereka sendiri iaitu ONE Nation Emcees Sdn Bhd. Itulah berkat usaha dan hadiah lumayan yang mereka kecapi sehingga dapat membentuk syarikat yang bukan sahaja menjadi penaung artis rakaman, malah menyahut cabaran mempelopori bidang usahawan dalam negara.

Album ini menampilkan beberapa orang penerbit seperti Damian Mikhail (VE), Khairafik Khairuddin @ Rafikoncept Productions.

Lagu APA KU KESAH akan menjadi taruhan untuk album ini di mana ianya akan mula ke udara pada pertengahan Mac ini.

Sebagai permulaan, album ini boleh didapati secara online atau muat turun sahaja di www.onenationemcees.com. Ini kerana ONE masih lagi berbincang dengan beberapa buah syarikat untuk mengedarkannya.

Dato’ Mohkzani juga turut mengumumkan dalam ucapannya tentang lagu-lagu baru yang bermutu perlu diutamakan untuk disiarkan di stesen radio. Yea, lagu-lagu yang bermutu seperti lagu-lagu ONE, kata beliau.

Majlis dihoskan oleh penyampai radio & hos yang mempunyai bilangan peminat paling ramai dalam Facebook. Tidak lain tak bukan, Fara Fauzana.

Jangan terkejut melihat Fafau di majlis ini kerana beliau adalah antara yang paling rapat dengan Mimi di mana Mimi ni dulunya berkawan rapat dengan adik Fafau, Nadeen. Jadi, Mimi dan Fafau dah kira macam adik beradik. Jadi, sekali sekala, ONE buat majlis, Fafau yang selalu sibuk ini sempat meluangkan masa emasnya.

Fafau yang memakai pakaian serba gelap sekarang ini sedang sibuk dengan sebuah konsert di Utara.

Majlis ini juga dimeriahkan dengan rakan artis seperti Imran Ajmain, Lufya dan Dior yang hadir memberi sokongan

Rasanya, ramai yang dah kenal dengan grup ini. Tak perlu Budiey bercerita lebih lanjut tentang mereka yang dulunya meledak selepas menjuarai program realiti TV Gangstarz musim ke-2.

ONE dianggotai oleh empat anak muda berjiwa besar iaitu Mimi, Jojoe, Kozae dan Zydee yang kesemua mereka berasal dari Sabah. Melonjak dengan lagu-lagu yang rancak dan keistimewaan mereka ialah berupaya menari dengan lincah tanpa mengenal penat. Bak kata seorang teman, dalam negara kita, ada dua orang sahaja penyanyi wanita yang boleh menari lincah dengan daya stamina yang tinggi. Mereka ialah Stacy dan juga Mimi One Nation Emcees.

Itu adalah kekuatan ONE sehingga buat masa kini tiada yang dapat menandingi mereka.

Dato’ Mokhzani Ismail

Majlis Pelancaran pada petang yang dingin disimbah hujan itu telah dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian Muzik, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Dato’ Mokhzani Ismail. Nama yang mengingatkan Budiey dengan orkestra di mana Dato’ Mokhzani adalah seorang ikon dalam bidang muzik yang selalu kita lihat dia mengetuai dan conduct untuk persembahan orkestra. Mana tahu suatu hari nanti, ONE juga dapat bergabung dengan muzik orkestra. Sape tahu kan?

Sebenarnya, fokus utama ONE adalah kepada vokalis utamanya iaitu Mimi yang kini semakin langsing setelah 4 bulan work out di Fitness First. Itu yang menjadi rahsia utama mengapa Mimi bertambah kurus sekarang. Mimi mengakui berat badannya turun 13kg iaitu dari berat asal 67kg ke 54kg.

Nah aksi ber-angkat la pulak.

Tapi yang penatnya bukan geng 3 orang tu , tapi Mimi lak yang penat.

Di sidang media itu, ONE mengakui agak tidak selesa apabila sesetengah pihak menyamakan mereka dengan grup dari Barat iaitu Black Eyed Peas. Ya, ONE tak suka dengan perspektif begitu.

Di majlis itu, ONE diajukan soalan berhubung isu mereka perasan bagus.

“Kami memang poyo ‘on stage’. Kami sebenarnya hanya orang biasa bila di bawah pentas. Hanya atas pentas saja kami memang perasan bagus.”

ONE juga mengakui Inul Daratista, seorang penyanyi dangdut Indonesia itu berhajat untuk berduet dengan mereka dalam lagu Karena Uang. Sekarang masih dalam peringkat perbincangan.

“Kami dijangka akan ke Jakarta selepas Konsert Hot FM Big Jam di Pulau Pinang hujung minggu ini untuk mengadakan perbincangan dengan pihak di sana.”

Semoga ONE terus sukses!

Jojoe

Mimi

Zydee yang dah bertunang

Kozae – sebelah kiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

WAN HAZLIZA WAN ZAINUDDIN PENUNGGU ISTANA

Gambar Scha Alyahya di Majlis Prebiu Media Evolusi KL Drift 2