Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Iklankan Produk & Website anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Sekitar Majlis Minum Petang Eksklusif Hari Ibu Datuk Sharifah Aini

Pada 11 Mei 2008, Ahad lalu, Budiey telah berkunjung ke Hotel Legend, Kuala Lumpur untuk meraikan Hari Ibu di Majlis Minum Petang Eksklusif Hari Bonda - Datuk Sharifah Aini.

Tepat jam 3 petang, Dee, pelawak dan pelakon memulakan celotehnya sebagai hos…. Budiey kira lawak Dee yang spontan sedikit sebanyak dapat membantu untuk menggamatkan lagi persembahan selama lebih 2 jam itu.

Yang penting… Dee telah 4 kali bersalin baju sedangkan Kak Pah baru je sekali tukar baju. Kata Dee, masa Kak Pah suruh jadi emcee, Dee lembik lutut untuk pilih dan pakai baju apa untuk show. Mesti banyak benar koleksi baju show Dee dalam almari ni kan? Sebab Budiey perhatikan, Dee akan pakai baju berlainan untuk setiap show yang dikendalikan olehnya.

Petang itu, Sharifah Aini menggayakan 2 pasang dress rekaan dari pereka Calvin Thoo. Memang lawalah!

Dee juga turut buat gimik dengan meniru gaya Datuk Sharifah Aini dan nyanyi secara miming untuk lagu Kau Pergi Tanpa Pesan.

Sebelum persembahan bermula, Dee menjemput hadirin untuk menjamu selera. Antara menu sajian yang disajikan oleh Hotel Legend ialah Mini Croisant Tuna Sandwiches, Quiche Lorraine, mee siam istimewa, Tempura chicken Nugget, vegetable spring roll, roti jala dengan kuah kari ayam, assorted french pastries, fruit tartlets, assorted malay kuih, buhan segar, dan kopi tea.

Lebih 500 orang peminat telah memenuhi Dewan Ballroom untuk meraikan Hari Bonda bersama Datuk Sharifah Aini. Turut hadir penyanyi Fazley menemani ibunya. Khabarnya, Fazley masih belum mempunyai anak. Mungkin masih tidak ada rezeki lagi kot.

Apabila ditanya oleh Dee, Fazley minat dengan suara Kak Pah dan mengganggap Kak Pah adalah seorang penyanyi lagenda. Boleh dikatakan semua lagu-lagu Kak Pah dihafal. Apa tidaknya, Fazley juga membesar dengan lagu-lagu Kak Pah.

Sejurus beliau mengucapkan hari ibu buat ibunya yang turut hadir, penyanyi yang berusia 54 tahun itu memulakan persembahan dengan lagu Mama, Kasihnya Ibu, Ayah dan Ibu (Allahyarham Sudirman) serta Seri Dewi Malam.

“Dalam hidup, kita semua ada cerita…” Kata-kata penghibur ini begitu dalam maksudnya. Ternyata, beliau suka bercerita di dalam persembahannya. Kak Pah tidak lokek untuk menceritakan dan berkongsi pengalaman pahit bersama peminat bersama lagu-lagu yang dinyanyikan. Ketulusan hati terpancar dari raut wajah Kak Pah tatkala berkongsi cerita peribadinya.

Sharifah Aini juga ada menujukan sebuah lagu cinta yang mendayu-dayu buat Ali Bakar, suami pertamanya. Lagu Putus Kasih pula dinyanyikan buat anaknya, Alif. Namun, jika diteliti bait liriknya, semacam lagu ini mengembalikan saat-saat perpisahannya dengan suaminya.

Budiey pun tak pasti, mengapa suasana agak kurang hangat sedangkan yang datang semuanya peminat fanatik Sharifah Aini. Mungkin diorang ni segan atau mungkin suasana begitu hambar pada mulanya. Sehinggakan Kak Pah meminta dan merayu berkali-kali daripada penonton agar turut bertepuk tangan. Mungkin juga penonton kekenyangan atau tema pada petang ini agak sentimental, membuatkan penonton agak pasif. Yelah, kalau dah banyak lagu-lagu tribute untuk ibu, pastinya akan meruntun perasaan penonton. Budiey perhatikan ramai juga yang menitis air mata sebab lagu-lagunya buat kita mengenang kembali jasa ibu kita.

Yang pasti, Sharifah AIni seorang yang peka dengan sambutan dan reaksi daripada hadirin. Sekiranya yang datang diam, mesti ada sesuatu yang kurang sempurna dalam persembahannya.

Ada peminat yang mahukan Kak Pah membawa lagu yang pernah popular di zaman 70 an, antaranya sebuah lagu saduran yang menjadi kegemaran Kak Pah, Lagu Kenangan Indah. Sebuah lagu rancak temponya.

Kak Pah kemudian turun dari pentas untuk beramah mesra dan bersalaman dengan peminatnya. Lalu, membawa lagu tahun 70 an, Hapuslah Airmata. Ketika di zaman kegemilangannya, Kak Pah dianggap pokok kurma tetapi sekarang dah jadi pokok kelapa? Huhu!

Lagu yang sinonim dengan karier Kak Pah seperti Terbang Helang, Que Sera Sera dan beberapa lagu lain turut dinyanyikan. Kak Pah juga turut mengundang seorang peminat untuk menyanyi bersamanya.

Cabutan bertuah juga diadakan dengan memberikan pelbagai hadiah sumbangan daripada penaja Pensonic, Gerlain, Beaubelle, Smart Tag dan banyak lagi.

Lagu nostalgia bagi Budiey, Mawar Putih Untuk Mama, Bunga Tanjung, Empat Dara didendangkan untuk menunaikan permintaan ramai. Bagi Budiey, lagu-lagu ini bagaikan lagu wajib. Kalau tak nyanyi memang tak sah!

Menjelang ulangtahun ke-40 tahun pembabitannya di persada seni muzik, persembahan hari ibu pada hari ini begitu istimewa dan Kak Pah mahu meraikan ulangtahun itu bersama peminatnya. 40 tahun adalah satu tempoh yang panjang dan pastinya banyak onak duri telah ditempuh dan pengalaman telah ditimba. Kak Pah turut menangis tatkala menceritakan kesusahan bapanya seorang pemandu teksi yang banyak berkorban membesarkannya.

Datuk Sharifah Aini juga turut berkongsi dengan peminat tentang album sempena 40 tahun penglibatannya dalam industri muzik. Dua buah album akan dihasilkan sebelum beliau berundur dari menjadi penyanyi. Khabarnya, Kak pah sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk menjayakan projek album ke-99 ini.

Selain album, Kak Pah juga sedang merancang untuk mengadakan konsert untuk peminat di PWTC.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Minum Petang Eksklusif Hari Ibu Bersama Datuk Sharifah Aini
  • Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini, Ifa Radziah di Rakaman Melodi Raya
  • Gambar Sekitar Minum Petang Eh! 20 Yang Anggun di Butik Zang Toi
  • Majlis Minum Petang High Tea Lord’s Tailor di Hotel Genting
  • Gambar Farah Nabila Noor Binti Anuar SERI Calon Juara AF 6
  • Tonton TV3, Ntv7, 8TV dan TV9 Secara Online
  • Sambutan Hari Ibu Bersama Khatijah Ibrahim di Kunang-Kunang
  • Gambar Siti Nurhaliza Bertudung di Majlis Hari Jadi ke 29
  • Datuk Siti Nurhaliza Hantar Mohd Adib Study ke Melbourne, Australia
  • Keluarga Datuk Khalid & Datuk Siti Nurhaliza



  • 23 Komen untuk entri “Sekitar Majlis Minum Petang Eksklusif Hari Ibu Datuk Sharifah Aini”

    1. mala kata:

      kalo datin seri siti norhaliza dressed up cam nie tentu kena kritik dato’ yg sorang ni camne diam aje lh kan sbb ape?? sbb lantak ko lh x kuase den

    2. ctkus kata:

      wahh dee…

    3. obefiend kata:

      unlike Ct mala.. datin Saripah have been dressing like a hot tranny mess for the best part of 20 years

      this is how she looks like since 1976

      siti in the other hand use to be a style icon and looks awesome in anything she wore to an event. lately she dumped all that cool styling and look like a tranny mess with extra sceret crap souce to boot!

      thats why people abuse her on the web.

      plus……her “tudung” qualifies as the worst acessory since ankle warmers!

    4. ajeeb kata:

      wahhhhhh wambut….wakakaaaaaaaaa!! tingat dulu ade lah kazen aku ni umur 7 taun. 1 mlm 2 kitorg jejlln tetiba tnmpk le dato seripah eni ni..dato? sesuai keeeeeeee? teeeetttt!!! tetibe je kazen aku ni nanges..siap sembunyi blakang mak dia. nek heran pn ade. msuk dlm kete smpi blik umah..tak henti2 nanges. mlm 2..dia demam panas smpi tpksa bawak brubat kg. dlm 3 4 minggu bru dia bek, then kitorag tny knp dia nanges? dia diam je. time 2 gak kitorng tgk melodi, ade le seripah eni ni, tetibe kazen aku 2 ckp “ari 2 ita nmpk blakang dia ade antuuuuuu..!!!” mula2 igt dia main2 tp fikir2 mama dia penah ckp c ita ni ade six sense sbb dia jenis lemah smgt..cpt nmpk “benda2″ ni sumer. emmmm..ku arap2 sumer 2 tak btullllll……

    5. WANNensem kata:

      KAK PAH NI MCM BUAT MUKA JE ……………………….. AMBOI , MEENGATA SITI PANDAI YEKKKKKKKKKKKKKKKKKK !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    6. mrs. andy kata:

      same lah ct dgn kak pah nih (kak pah ker nen pah??)
      x sesuwai tau….
      yg sorang, x abes2 g cucuk muke n bibir sampai trjuih2..
      yg sorang lagik tuh, konon nk tunjuk “alim” lps balik haji..
      kalo btol2 dpt haji mubarak, x de nye nk nmpak rambut n sgala macam aurat kat badan lagik..
      alasan, blom brsedia utk brtudung btol2..biar mule drik pkai selendang dulu…
      1 word 4 both of u…
      BBWWWWUUUUUEEEEEKKKK!!!!!!

    7. amar182 kata:

      ajeeb - biar betol?? susuk ke?

      hmm…Siti style icon? Sape yg jadikkan dia style icon ek? Sebab dari dulu style dia agak kekampungan…adela skali-skala cantik…muka boleh la tahan tapi dress ups biase2 je..

      I like her because of her gifted voice and good behaviour…

    8. puteh kata:

      nenek pah kr tok pah or jush opah

    9. flzl kata:

      kalau rambut macam tu..
      jangan kate hantu…
      segala lalat, lebah, kutu dan spesis yang seangkatan dengan nye..
      mesti tgh menyorok kat belakang rambut die…

    10. lady_carlorino kata:

      To mrs. andy: bukan haji mubarak lah…. haji mabrur….

    11. puteh kata:

      kampung2 datin seri siti nurhaliza pn kalo d sruh buat pilehan aku lebih rela brbillion2 kali pileh datin seri ct

    12. ram kata:

      lpas aji nk pakai tdung or tdak d pnye psal lh bute fesyen bkan lh prkare yg truk sgt tapi bnyk lgi nilai2 murni yg trdpt pd datin seri ct nurhaliza tu

    13. bosannnnn......... kata:

      apsal ade 2 3 gmbo nek pah ni die asyk pegang mende yg sma?hahaha.!!!
      tau mantap…cisss…!!!1 g dosa ak brtambah..!!!huahua…
      ram i agree with u..
      tp bese r 2..manusia ni kalo yg xbtol nmpak aje..tp kalo yg baik wat xtau jek…
      hmmm…kesah ape aku korng nk kutuk kak ct aku 2…
      yg penting die x r cm nek pah nie…
      bangga anak belajar kt mesir tp maknye tgk r..mkin tua makin kembang rmbutnye..
      kalo pontianak tgk..gerenti pontianak 2 pon lari….
      at least ct ade gak perubahan pkai slendang dlu..
      pasni plan2 pkai tudung spenuhnye..
      yg ni ak tgk…mmmmm….!!!
      lu pikir la sndiri…

    14. hanz kata:

      kalo rambut camtu same ngan rambut david aramugam dari kum alley cat btol x

    15. hanz kata:

      makcik yg pakai tudung purple tu lgi ok

    16. dina kata:

      ingat aku sorang sj perasan bile nyanyi nenek ni suke support kat mende tu

    17. dina kata:

      makcik yg pakai baju hijau yg brdiri seblah nenek pah tu lgi ok

    18. mala kata:

      antare seripah ni ngan david arumugam dr kump alley cat fesyen rambut dorg ni sape tiru sape?

    19. naNaku kata:

      erm…kalo DCT pki cm nie..kena kutuk abis2…yg si kak pah nie pki xpe la plak erk? bdn kalo kurus xpe la…hmmmm mmg x sesuai langsung…taubat la, kan da tua tu..smpi bile lagi nk cm nie……….. wah baju gold tu bukan main erk..mengalah kan pengantin jek…… :)

    20. papadom kata:

      muke kak pah skrg mmg lain slps agak lama x kuar tv..
      papadom tgk muke die pun takut..

      tang bibir dh nak jadi angelina juir..tang dagu..nk lwn dagu zeila jalil yg dh mmg natural
      ..kenapa ek

      pakai la tudung kak pah..

      anak 6 org kat Madinah pun tp maknya mcm ni tentu diorg segan silu..

    21. deedon kata:

      agknya betoi kata budiey hi-tea ni tak happenning lansung. nengok la yang datang muka monyok jer. macam dengar syarahan. yang si dee satu hal jantan nak jadi betina, yang tok pah tak habis2 nak jadi diva seumor idop….siti???? dia ada masuk ini pelem ker?????

    22. oranglama kata:

      macam macam orang kutuk DSA. Buatla banyak banyak.. korang dapat saham gak kang. Tak pasal pasal pahala ko rang kang plak yang DSA dapat. Udah udah le….. Dia tak pergi haji lagi. Biar la dia tak bertudung. Dah pergi haji pun ada yang buka tudung. Biar ler… Jangan rasa kita ni bagus sangat. Semuanya ketentuan Allah S.W.T.

    23. lela_kuantan kata:

      rambut betul ke wig?? a bit too glorious at that age..

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET