in

Sekitar Majlis Kesyukuran Tamat Shooting Filem I’m Not Single

Seawal jam 5 petang, Budiey meredah jalan sesak di petang Khamis yang cerah ceria bersama Rizal untuk ke Mines Shopping Fair. Di sana menanti satu event 3 dalam 1 anjuran Metrowealth Sdn Bhd. Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Darul Kifayah + Majlis Kesyukuran Tamat Pengambaran Filem I’m Not Single + Majlis Pembukaan Rasmi Restoran The Lemon = Arggh… buat perut Budiey kenyang sekali dengan poket berisi.

Huhu…  1 Syawal belum lagi membuka tirai, tapi Budiey sudah dapat duit raya hasil pemberian taukeh filem yang senyumnya sampai ke pipi. Senyum senang hati. Ya, taukeh filem ini memang selalu senang hati dan ceria orangnya. Walaupun terkenal dengan sikap yang telus dan tegas serta defensivenya. Siapa lagi kalau Encik David Teo yang sentiasa happy dengan keramahan melayan kami dan para media lain. Yea, majlis ini menjadi 4 dalam 1 dengan ada sesi apresiasi untuk media membantu kejayaan meletopnya Filem Jangan Pandang Belakang.

Gambar selebriti yang hadir, sila klik sini:

  1. Gambar Intan Ladyana, Kekasih Kevin Zahri HOT
  2. Gambar Pierre Andre; Aktor Gol & Gincu Rileks Banget
  3. Gambar Farid Kamil Yang Teruja. Huhu!
  4. Gambar Awal Ashaari Di Nuansa Gaya Aidilfitri?

Apa-apa pun, terima kasih daun keladi kerana kesudian menjemput Sensasi Selebriti untuk bersama merasai ruang selesa restoran milik David Teo yang dekorasinya sungguh fusion dan santai reka bentuknya. Gabungan perabut kayu berkerusikan kusyen empuk, dindingnya disaluti cati hijau daun pisang dan punya lampu ala-ala Ikea yang bercahaya terang. Semoga dengan pembukaan restoran ini sebagai langkah bernas lagi bervisi untuk Pakcik David membenihkan cawangan yang lain di tempat lain. Khabarnya, misi untuk menambahkan lagi 10 cawangan dalam masa setahun yang terhambur dari Pakcik David yang agak futuristik dan optimistik. Good luck to you! Tapi yang Budiey jangkakan, sudah tentu lokasi Mines akan menjadi tempat yang sesuai lagi strategik untuk majlis pra tonton filem dari Metrowealth. Yelah, selepas menonton, terus turun merasa makanan membuncitkan perut mentekedarah di restoran ini. Mmm… dan jangkaan saya terbukti setelah diberitahu yang Majlis Pra Tonton Filem 9 September pada penghujung bulan ini akan diadakan di sini. Huhuhu.

Di hadapan Restoran The Lemon cawangan Mines Shopping Centre, Seri Kembangan. Untuk bertandang ke restoran ini senang sahaja kerana anda hanya perlu mengenal pasti di mana Mines Wonderland. Restoran ini hanya terletak berhadapan dengan pintu masuk Mines Wonderland. Very easy lor!

Budiey sampai dalam jam 6 petang. Majlis belum bermula, namun sudah ada media yang mengelilingi pelakon dan pengarah muda berjiwa halus dan prolifik, Pierre Andre. Sungguh pandai Pierre menjawab setiap soalan media. Dalam berhati-hati itu, ada lagi soal cinta dan gossip terkini diutarakan. Fuh, rupanya Pierre bercinta 4 tahun dengan si dia… tetapi sekerat jalan. Kenapa terputus di tengah jalan? Apakah sudah ada bunga yang menjadi idaman hati?

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh promoter aka Public Relation Officer Metrowealth yang sentiasa memberi peluang kepada Budiey untuk menghadiri event anjuran mereka. Kalaulah semua PR macam Azahari ni alangkah bagusnya kan. Terima kasih Azahari!

Off record: “Tidak seperti seorang PR dari syarikat filem yang buat cerita pasal patriotik ittew… (nama perlu dirahsiakan), Baru-baru ini, Budiey ada minta poster filem period tu tetapi malang sekali tidak dibalasnya. Fuh! That was so cool lah kan? Benda senang sahaja ekceli. Hanya perlu menghantar poster sahaja dan ianya untuk dipromosikan di blog ini untuk tatapan 8 ribu pengunjung setiap hari dengan percuma! Mmm… saya pun tidak faham lah… tak pasal-pasal membebel kat sini pulak kan.”

Bacaan doa. Amin….

Ucapan daripada Pierre Andre seakan menyuntik kata-kata semangat untuk minda hadirin. Pada saya pula, aspirasi jiwa Pierre yang cool dan santai ini menyalakan obor inspirasi dan ilham buat saya. Segala usaha biar bermula di usia muda. Ya, anda bayangkan Pierre masih lagi muda, 22 tahun mengenali hidup dan lihatlah apa yang dia telah capai dalam perjalanan seninya. Sudah punya 2 filem dibahunya. Hasil arahan yang begitu best banget dan khabarnya sedang sibuk bikin skrip sebuah filem penyiasatan pula nanti. Fuh, sibuk betul anak pelakon Khatijah Tan ini. Oh Pierre yang matured ni, boleh ajar saya camna nak bikin filem? Huhu! Nanti saya ajar anda bagaimana untuk buat blog pula. Kira win-win situation lah kan.

Anak-anak yatim yang turut diraikan. Kesian tengok wajah-wajah mereka ini… Budiey rasa nak bela sorang dua. Huhu…

Uncle David Teo kita sedang berucap dengan bunyi telor cina-melayunya masih tebal. Kadangkala mengundang ketawa saya. Harapannya agak tinggi menjulang langit untuk melihat kejayaan filem I’m Not Single dan 9 September ini akan membenihkan hasil yang meletop seumpama meletopnya filem Jangan Pandang Belakang. Jangan lupa dalam filem I’m Not Single, David Teo juga turut berlakon. Sebagai pelakon cameo atau pembantu… itu saya tak pasti. Tapi kelakar gila bila tengok scene close up pakcik nih pakai topi keledar. Sila tengok gambar bawah ni ya… huhuhu…

Media dan hadirin juga disajikan dengan sneak peak dan beberapa layar pembikinan filem I’m Not Single. Keseluruhannya, ada adegan panas, ada adegan romantis Farid Kamil, ada aksi lucu Ahmad Iham, ada kah kah kah Kelakar… ada apa lagi? Tunggu sahaja tahun depan!

Resepi makanan Malaysia di restoran The Lemon… Yummmyyyy…

Intan Ladyana, Awal dan Ahmad Idham (membelakangkan kamera) sedang berbuka puasa.

Jangan lupa menonton filem I’m Not Single yang akan menemui penonton tahun hadapan (2008).

Banyak lagi foto selebriti di majlis ini akan diletakkan dalam blog: http://budifoto.blogspot.com Anda boleh ambil tetapi sila kreditkan gambar itu atas nama hak cipta terpelihara http://budiey.com.

Kepada akhbar tabloid W**** P*****, sila kreditkan nama www.budiey.com (Sensasi Selebriti) ketika menyiarkan gambar dan rencana di akhbar. Gambar Majlis Berbuka Puasa bersama Aizat yang saya lihat kesahihan itu memang cantik bila berada di laman akhbar. Terima kasih.

[tags]filem I’m not single, majlis berbuka puasa, majlis aidilfitri, restoran the lemon, david teo raja filem, Don’t Look Back, Ahmad Idham Pierre Andre, international space station, Intan Ladyana, Rio Elani, Khatijah Tan, filipina, philiphines showcase,  Fasha, Jehan Miskin, Aku, Farid Kamil, Pierre Andre, Aziz, Zed Zaidi, gambar Natasha Hudson, Khatijah Tan, Rempit, Deanna Yusoff, blog artis Malaysia, doanload buku novel, filem undercover pierre andre, biodata pierre andre, gambar pierre andre, fasha sandha natasha, kad raya, gambar pelancaran angkasawan malaysia di kazakhstan, gambar awal dan intan ladyana, gambar ella, malaysian first, indonesian celebrity gossips, aishwarya raya life story, gambar intan ladyana seks panas, gambar nur aliah lee, gambar awal ashaari, gambar ahmad idham, juliana evans remaja aku, anak yatim darul kiffah, sinopsis filem i’m not single[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Wedding Natasha Hudson & Mohd Faiz

Watak dan Pelakon Filem Anak Halal