Sekitar Majlis Jom Raya Bersama Faizal AF4
Pada 3 November 2007 hari Sabtu yang lalu, Budiey telah menghadiri satu majlis Program Jom Raya Bersama Faizal AF4 bersama-sama Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal di Hotel Legend, Kuala Lumpur. Terima kasih kepada Fieza dari Faizal FC kerana sudi menjemput Sensasi Selebriti bagi merasai kemeriahan majlis tersebut. Dengan ditemani co-author Sensasi Selebriti, Rizal, saya selamat sampai di Ballroom, Hotel Legend seawal jam 8.30 malam lagi.

Usaha mengadakan program kemasyarakatan meraikan insan-insan malang seperti anak yatim dan ibu tunggal seperti ini sepatutnya diperbanyakkan lagi oleh artis kita. Apatah lagi di bulan Syawal yang mulia dan penuh dengan keberkatan ini, segala kegembiraan dan kesyukuran eloknya dirayakan bersama. Sebenarnya, ini kali pertama saya menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Faizal FC. Sudah agak lama juga saya tidak melihat persembahan Faizal secara live. Setidak-tidaknya, program sebegini dapat mengembalikan populariti Faizal yang saya kira agak tenggelam berikutan Akademi Fantasia saban tahun terus menerus melahirkan penyanyi yang berbakat.
Acara dipengerusikan oleh Reza, penyampai Radio Era yang saya kira banyak menjadikan majlis pada malam itu hinggar binggar dengan lawak jenaka bintang AF ini yang spontan dan mencuit hati. Saya perhatikan Reza banyak mengusik hadirin dengan seloroh yang ringan-ringan tetapi kadang-kadang tu nampak macam over. Asalkan orang yang kena usik tu tak kecil hati sudahlah. Acara yang saya kira mewah dengan makanan-makanan yang sedap-sedap ini dihadiri juga orang-orang kuat Faizal FC dan peminat-peminat. Hadirin sudah tentu dihiburkan oleh Faizal dengan 5 buah lagu. Antaranya lagu yang dipetik dari album terbaru Faizal iaitu Lihatlah, Blues Senyum Sokmo, Kumilikmu, Malam Kekasih dan beberapa lagu raya. Diselang-selikan dengan permainan yang melibatkan hadirin yang dikendalikan oleh Reza. Sebenarnya, permainan sebegini banyak mengamit ketawa hadirin. Nasib baik ada ‘penyelamat’, kalau tidak majlis rasanya agak lesu sedikit.
Dari segi persembahan, saya lihat banyak lagi yang perlu dipelajari oleh Faizal terutamanya dari segi komunikasi. Untuk menjadi artis yang serba boleh, Faizal perlu bekerja keras untuk bersaing dan meneruskan karier sebagai penyanyi. Saya ada dengar juga banyak kata-kata di luar sana yang mengatakan Faizal mempunyai masalah disiplin. Apa sahaja yang berlaku, semoga Faizal akan mengambil segala yang berlaku sebagai iktibar. Semoga Faizal terus sukses deh… Sukses sokmo la!
Gambar sekitar Majlis Jom Raya Bersama Faizal.





[tags]jom raya bersama faizal, monsoon cup 2007, gambar faizal af4, gambar faizal oiam, profile faizal af, masalah disiplin penyanyi, fieza, hotel legend ballroom, lirik lagu Lihatlah, mp3 Blues Senyum Sokmo, mp4 Kumilikmu, lagu Malam Kekasih, restoran chicken rice shop linda, lisdawati fauzi kahwin, drama iris, anak pontianak cerita, novel mawi, drama wali, bapuk, cerita gay, mums recipe, resepi, mesra.net, koleksi resepi chef wan, kursus make up, access hollywood, bad plastic surgery[/tags]
Tags: Akademi Fantasia, Faizal AF4
Tags: Akademi Fantasia, access hollywood, anak pontianak cerita, bad plastic surgery, bapuk, cerita gay, drama iris, drama wali, fieza, gambar faizal af4, gambar faizal oiam, hotel legend ballroom, jom raya bersama faizal, koleksi resepi chef wan, kursus make up, lagu Malam Kekasih, lirik lagu Lihatlah, lisdawati fauzi kahwin, masalah disiplin penyanyi, mesra.net, monsoon cup 2007, mp3 Blues Senyum Sokmo, mp4 Kumilikmu, mums recipe, novel mawi, profile faizal af, resepi, restoran chicken rice shop lindaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





November 9th, 2007 at 7:29 am
baju raya faizal mcm baju sayalah…hehehe…perasan la pulak..
December 5th, 2007 at 8:57 am
waaaa faizal ensem giler.album baru lagu semua best
December 19th, 2007 at 1:27 am
best….minat sangat kat Faizal..nape tak de cerita positif slalu negatif walhal bila saya amati show dia ….cara dia…he is a very humble boy..just kerana dia anak kampung jati semangat jati diri yang tinggi orang benci??? Manusia..manusia..cuma nampak orang tu semayang dia bagus….ingat dont judge the book by its cover…
Go Faizal Go..u have our support …album baru best…sora jantan wooo !!!!
December 24th, 2007 at 4:39 pm
biasa la wania… sabo jela.. hehehe…
awak xmasuk web dier ker.. mcm2 ado,.. ahaks
January 25th, 2008 at 1:45 pm
senyum sokmolah…..ke guane…
teruskan dengan keperibadian sekarang yang tidak sombong lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan para peminat.
selamat berjaya dalam karier ini….
March 5th, 2008 at 2:36 pm
lama tak dengar cerita faizal. sayang faizal, semoga berjaya dalam career.
May 2nd, 2008 at 5:47 pm
suka sangat faizal. bila nak buat album ke 2????
June 28th, 2008 at 3:30 pm
He’s very talented! and Down to earth..
Don’t worry..no matter what happens, I’ll support u.
LOVE U so MUCH…
July 1st, 2008 at 7:37 am
abg faizal ni memang kuit!!!!!!!!and u ur very talented!!!
and no matter what happens, i’ll support u.
love u so much….!!!!!
July 1st, 2008 at 7:38 am
abg faizal ni memang kiut!!!!!!!!and u ur very talented!!!
and no matter what happens, i’ll support u.
love u so much….!!!!!
July 2nd, 2008 at 6:41 pm
eellloo cik mira..yg nak ikut ape i tulis nape???
sibuk jer tau..
MISS U FAIZAL
August 16th, 2008 at 11:48 pm
Jom gi ke Hari Ulang Tahun Faizal yg di adakan di Seri Pacific Hotel, Bilik Bunga Raya 17 Ogos 2008 jam 8.30 malammmm…Go Faizal Go…Apa orang kata , yang baik kita amik dan yang buruk kita jadi kan sempadan…he..he..
Bye semua