in ,

Sekitar Majlis Doa Selamat & Berbuka Puasa SimplySiti 2011

Semalam, Budiey telah dijemput oleh SimplySiti untuk menghadiri Majlis Doa Selamat dan Majlis Berbuka Puasa SimplySiti di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Majlis ini sebenarnya diadakan untuk meraikan para wartawan, rakan-rakan perniagaan, para pengguna setia dan anak-anak yatim. Secara tak langsung, ini dapat membuka ruang kepada tetamu untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan mengucapkan syukur.

IMG_8015

Aturcara turut disajikan dengan hidangan hiburan rohani. Antaranya bacaan doa selamat oleh Ustaz Zamri selaku pengacara majlis dan persembahan nasyid dari kumpulan Now See Heart juga Yassin Sulaiman. Turut diundang ialah Imam Muda Asyraf (Juara Program Imam Muda Musim Pertama) untuk sesi tazkirah sempena dengan kedatangan Nuzul al-Quran yang jatuhnya pada hari ini.

Menurut Presiden SimplySiti, majlis berbuka puasa kali ini lebih unik dan lain sikit. Kalau biasa majlis berbuka dibuat di hotel, tapi kali ini, majlis yang dinantikan oleh SimplySiti dibuat di Masjid Wilayah di mana menjadi lokasi yang cukup nostalgik buat Siti. Di sini adalah tempat cintanya bersama Datuk Khalid disatukan dan ianya sangat bermakna dalam hidup Siti. Selain itu, ada baiknya juga majlis ini dapat membantu memberi kesedaran dan menghayati indahnya Ramadan.

IMG_8009

Majlis yang berlangsung jam 6 petang ini juga disudahi dengan pemberian duit raya kepada anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Gombak yang diraikan bersama.

VIDEO Tazkirah Imam Muda Asyraf di Majlis Doa Selamat SimplySiti

Sempena musim perayaan, SimplySiti menawarkan promosi istimewa iaitu 10% diskaun ke atas semua produk SimplySiti di kesemua cawangan niaga SimplySiti, dan pengguna setia dapat membeli gincu bibir dengan potongan harga 50% di atas setiap pembelian produk SimplySiti di Watson’s manakala di Guardian pula tawaran harga istimewa RM49.90 bagi Simply Perfect 2 Way Cake dan RM32.90 bagi Simply Feminine Blusher serta banyak lagi tawaran menarik.

Untuk keterangan lanjut, sila layari: www.simplysiti.com.my


Siti Nurhaliza

Bacaan doa oleh Ustaz Zamri

Siti Nurhaliza

Dato’ Siti Nurhaliza bersama suaminya

Siti Nurhaliza

Presiden SimplySiti sedang berucap

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Tazkirah ringkas dari Imam Muda Asyraf

IMG_7983

Persembahan dari Now See Heart

Siti Nurhaliza

Tazkirah tentang bisnes networking di zaman Rasulullah

Siti Nurhaliza

Persembahan dari Yassin Sulaiman dengan lagu Satu Perjuangan, Teman Sejati & Nur Kasih

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fara Fauzana Hos Program Kepohnya Raya di Astro Ria

AirAsia’s Web Mobile Check-in