in , ,

Sekitar Majlis Berbuka Puasa Aquila Emas di Hotel Federal

Pada 2 Ogos, hari Selasa yang lalu, setelah bercuti selama sehari, Budiey telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama artis Aquila Emas dengan lebih 80 anak-anak yatim daripada Rumah Titian Kasih. Alhamdulilah, elok betul majlis ini diadakan bersama dengan anak yatim. Laungan Marhaban Ya Ramadan telah mendorong Aquila Emas dan Federal Hotel meraikan anak yatim pada malam itu. Nampaknya, ini adalah majlis berbuka pertama untuk tahun ini. Tujuan diadakan majlis ini dianjurkan oleh Aquila Emas Sdn Bhd dengan kerjasama Federal Hotels International, Kuala Lumpur adalah untuk menghargai dan memberkati bulan Ramadan bersama agensi profesional pengurusan artis.

Dengarnya, tak lama lagi Aquila Emas akan mengembangkan syarikatnya menjadi sebuah syarikat produksi bagi menerbitkan beberapa rancangan TV. Sesi pengambaran akan dimulakan selepas hari raya nanti. Syabas Aquila Emas. Walaupun Budiey tengok ada artis yang keluar masuk syarikat ini, tapi ia tetap utuh sebagai sebuah syarikat pengurusan artis yang terkenal di Malaysia.

Di majlis ini juga Aquila Emas memperkenalkan artis baru yang terdiri daripada pengacara dan pelakon. Antara artis baru di bawah pengurusan Aquila Emas yang hadir ialah Juliana Ibrahim, Adrea Abdullah, Rizal Ayub (Akademi Fantasia), Tia Ibrahim dan Ixora Chen. Selain itu, artis yang kekal bernaung juga hadir iaitu Zizan Nin hadir bersama isterinya, Fazilah Hani, Ainul Aishah yang Budiey tengok datang agak lewat bersama kawannya mmm lama betul tak jumpa Aishah, sementara itu Zed Zaidi tak dapat hadir sebab masih lagi sibuk dengan shooting drama. Diana Johor juga tak dapat hadir kerana ada komitmen lain.

Zizan Nin & Isteri

Budiey nampak Zizan Nin dah makin susut sikit dan kurus. Dikatakan sebelum ini ada gossip mengatakan rumahtangga Zizan Nin dilanda masalah kerana mereka jarang nampak bersama. Ye lah, selepas berkahwin, masing-masing sibuk dengan karier. Zizan Nin sibuk dilokasi, isterinya pula, Fazilah Hani pula sibuk sebagai wartawan penyiaran di stesen TV. Namun, semua gossip itu adalah tak benar kerana ia dinafikan sendiri oleh Zizan Nin sendiri. Menurut Zizan, rumahtangga mereka tak ada apa-apa masalah. Zizan anggap ini satu fitnah dan biarlah Allah sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku. Zizan malas nak ambil pusing sangat. Cuma dia kena kasi tahu keluarga yang masih tak faham keadaan sebenar. Katanya, gossip ini timbul kerana ada mata-mata yang tengok dia pergi ke pejabat agama untuk ambil kad perakuan nikah.

Setuju dengan ucapan Pengarah Urusan Aquila Emas, En. Syarizan Md Isa, katanya rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT selama ini seharusnya dikongsi bersama orang lain.

“Majlis ini dianjurkan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih buat semua pihak yang selama ini menyokong Aquila Emas sejak daripada penubuhannya beberapa tahun yang lalu hinggalah sekarang,” ujar Syaziran yang turut hadir bersama isterinya, Azliyanti Ibrahim dan anak perempuan sulungnya pada petang itu.

Selain beramah mesra bersama anak-anak yatim, majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Tony Eusoff dan Rizal Ayub sebelum lagu ‘Jalur Gemilang’ dinyanyikan beramai-ramai sebagai menghargai bulan kemerdekaan negara tahun ini.

Berbuka Puasa Aquila Emas

Majlis yang berlangsung pada jam 5 petang ini dimulakan dengan ucapan dari Ms Ooi Lee Ping, Pengarah Pemasaran, Regional Sales & Business Development, Federal Hotels International (FHI) kemudian disusuli oleh Mr Simon Leong, Pengurus Besar Hotel Federal Kuala Lumpur dan Pengarah Urusan Aquila Emas Sdn Bhd, Encik Syarizan Md Isa.

Momen paling best, pastinya saat menyaksikan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Titian Kaseh ini menerima sumbangan ikhlas dari FHI & FHI Group of Hotels, sumbangan dari Aquila Emas sendiri dan juga artis. Wah, excited sungguh tengok diorang dapat hadiah. Selain tu, mereka juga berpeluang berjumpa dengan artis dengan layanan first class. Dapat pulak berbuka dengan sajian juadah makanan yang sedap dan enak dari masakan Chef Hotel Federal yang tersohor.

Menariknya, sebelum berbuka puasa, lagu lagu 31 Ogos dilaungkan sempena menyambut bulan kemerdekaan bersama lagu dari Ella iaitu Standing In The Eyes of The World diketuai oleh Tony Eusoff dan Rizal.

Untuk info lanjut, korang boleh layari www.aquilaemas.com.my


Berbuka Puasa Aquila Emas

Ixora Chern

Berbuka Puasa Aquila Emas

Tony Eusoff

Berbuka Puasa Aquila Emas

Rizal Ayub

Berbuka Puasa Aquila Emas

Adrea Abdullah

Berbuka Puasa Aquila Emas

Berbuka Puasa Aquila Emas

Berbuka Puasa Aquila Emas

Berbuka Puasa Aquila Emas

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album Kompilasi Lagu Raya Terbaru

Jackie Evancho Releases Debut Album Dream With Me