in

Sekitar Larian Hari Olimpik 2012

McDONALD’S MENGHIDUPKAN SEMANGAT SUKAN OLIMPIK BAGI WARGA MALAYSIA
Restoran Rasmi Sukan Olimpik menggembirakan pelangan, kakitangan dan komuniti tempatan dengan pelbagai cara yang menarik

• 12,000 penyertaan Larian Hari Olimpik tahunan memecah rekod
• Gelas Sukan Olimpik London 2012 Coca-Cola boleh didapati percuma dengan setiap pembelian set hidangan terhad Gelas Coca-Cola McDonald’s.
• Dua orang Krew Juara Olimpik McDonald’s akan mewakili Malaysia di restoran McDonald’s di tapak Olimpik London

Larian Hari Olimpik

Sukan Olimpik 2012 di London semakin menjelang, dan McDonald’s, selaku Restoran Rasmi Sukan Olimpik, ingin menyemarakkan lagi semangat Olimpik dalam kalangan rakyat Malaysia melalui pelbagai program yang menarik. Selain menganjurkan Larian Hari Olimpik yang paling besar pernah diadakan di Malaysia, McDonald’s turut melancarkan kempen Gelas Olimpik Coca-Cola yang dinanti-nantikan. Selain itu, McDonald’s akan menghadiahkan dua daripada krewnya yang terbaik dengan peluang keemasan untuk mewakili Malaysia dalam promosi McDonald’s di Sukan Olimpik London.

“McDonald’s berbangga menjadi penaja Pergerakan Sukan Olimpik dan selama lebih 35 tahun telah berusaha menyemarakkan semangat kejohanan tersebut dengan memberi keseronokan kepada berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia. Di Malaysia, kami berasa gembira kerana melalui penajaan kegiatan sukan global ini, kami berjaya menarik minat pelanggan, melibatkan pekerja dan menggalakkan komuniti tempatan untuk mengambil bahagian dengan cara yang menyeronokkan,” kata Sarah Casanova, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia and Pengurus Serantau Malaysia & Singapura dalam sidang media di tapak Larian Hari Olimpik 2012 hari ini.

“Dalam usaha menggalakkan masyarakat setempat untuk memilih gaya hidup yang aktif dan seimbang, kami telah menganjurkan Larian Hari Olimpik tahunan sebagai cara terbaik bagi rakyat Malaysia mengaktifkan diri demi menyahut seruan semangat Olimpik. Untuk meningkatkan lagi minat mereka terhadap kejohanan sukan antarabangsa tersebut, kami melancarkan kempen Gelas Olimpik Coca-Cola terhad untuk menunjukkan komitmen kami yang berterusan ke arah memberi nilai yang terbaik kepada para pelanggan kami. Dalam usaha untuk melibatkan pekerja McDonald’s Malaysia di bawah program Juara Krew Olimpik, kami akan menghantar dua pelatih krew yang terbaik ke London, untuk menyertai program ini bersama 2,000 kakitangan restoran McDonald’s yang lain dari seluruh dunia,” tambah Casanova.

Larian Hari Olimpik

Larian Hari Olimpik
Dianjurkan bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM), McDonald’s telah mengadakan Larian Hari Olimpik buat tahun kesembilan berturut-turut dan initsiatif ini adalah merupakan sebahagian daripada komitmennya terhadap Pergerakan Olimpik. Tahun ini menyaksikan sambutan terbaik dengan 12,000 pelari berbanding dengan 11,000 tahun lepas.

“Larian Hari Olimpik adalah salah satu acara utama yang diadakan menjelang Sukan Olimpik dan ia merupakan peluang yang baik untuk warga Malaysia meningkatkan tahap kecergasan masing-masing untuk mencerminkan semangat Sukan Olimpik. Kami berasa amat gembira menyaksikan begitu ramai rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam aktiviti sihat ini dengan penuh kemeriahan,” kata Setiausaha Kehormat MOM, Dato’ Sieh Kok Chi.

Semua peserta dalam 13 kategori akan menerima sehelai kemeja-T Larian Hari Olimpik yang eksklusif bersama kupon sarapan McDonald’s. Pemenang larian pula berpeluang membawa balik hadiah lumayan, termasuk wang tunai berjumlah RM17,975.00, pingat serta sijil.

Gelas Sukan Olimpik 2012 Coca-Cola
Kempen Gelas Coca-Cola yang dinanti-nantikan kini kembali dengan enam reka bentuk baru berbagai warna dan corak yang mempamerkan piktogram acara sukan Olimpik yang berlainan. Dari 6 Julai hingga 16 Ogos, pelanggan McDonald’s akan menerima Gelas Sukan Olimpik 2012 Coca-Cola edisi terhad ini secara percuma dengan setiap pembelian set hidangan terhad Gelas Coca-Cola. Set ini merupakan Hidangan McValue besar bersama Sundae atau McFlurry, dengan 18 jenis hidangan untuk dipilih. Reka bentuk Gelas Sukan Olimpik Coca-Cola yang berlainan akan diperkenalkan pada setiap hari Jumaat sepanjang tempoh kempen ini berlangsung dan boleh didapati sementara stok ada.

Krew Juara Olimpik McDonald’s
Dua orang krew McDonald’s akan mendapat peluang keemasan untuk mengalami suasana Sukan Olimpik kerana mereka telah berjaya membuktikan kehandalan sebagai pelatih krew terbaik di Malaysia berasaskan pengetahuan operasi restoran yang meluas dan kemahiran perkhidmatan yang cermerlang. Mohd Zulhilmi Bin Jamal dari Johor dan Aruni Bt Hamzah dari Pahang memenangi perjalanan ke London untuk 8 hari 7 malam, di mana semua perbelanjaan akan ditanggung oleh syarikat. Mereka akan menyertai 2,000 lagi kakitangan McDonald’s terbaik dari seluruh dunia untuk memberi perkhidmatan cemerlang kepada para atlit, jurulatih, ahli media dan penggemar sukan di restoran-restoran McDonald’s di tapak Olimpik London.

McDonald’s dan Sukan Olimpik
Komitmen McDonald’s dalam Pergerakan Sukan Olimpik bermula pada tahun 1968 apabila pihak syarikat menghantar bekalan burger melalui udara bagi atlit-atlit Amerika Syarikat di Grenoble, Perancis untuk memuaskan keinginan mereka untuk menjamu makanan tanah air sendiri. Sejak itu, McDonald’s telah menyediakan pelbagai menu istimewa dengan hidangan yang lazat kepada berjuta-juta atlit dan jurulatih, termasuk ahli keluarga dan penyokong mereka. Sukan Olimpik London 2012 merupakan kali kesembilan McDonald’s menjadi Restoran Rasmi Sukan Olimpik secara berturut-turut.

Perihal McDonald’s
McDonald’s merupakan rangkaian restoran perkhidmatan segera yang terkemuka dengan lebih daripada 33,500 restoran di seluruh dunia. Ia menawarkan perkhidmatan kepada 68 juta pelanggan di 119 negara setiap hari. Di Malaysia sebanyak 230 restoran McDonald’s melayan 13 juta pelanggan sebulan. Di samping itu, McDonald’s menyediakan peluang kerjaya, latihan dan pembangunan kepada lebih daripada 12,000 kakitangan rakyat Malaysia di restorannya.

Untuk maklumat lanjut tentang McDonald’s sila layari laman web www.mcdonalds.com.my

Larian Hari Olimpik

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Oreo Introduces Limited Edition Oreo Tin Bus Collectible For Ramadhan

Program Qari Junior TV3 Sempena Ramadan