in ,

Sekitar Konsert Hot FM Big Jam 2008

Selesai sahaja, event Hero Remaja 2008, Budiey dan gang semua terus ke Dataran Petaling Jaya untuk join Hot FM & gang sambut ulangtahun kedua mereka di Konsert yang Budiey kira grand lah jugak sebab siap terbangkan Ungu. Tapi rasanya, Ungu tenggelam di dalam deruan Hujan yang menggila pada malam itu. Macam korang semua tahu, Budiey memang minat gila dengan Hujan. Huhu!

Budiey seronok malam tu sebab dapat ke backstage di mana kelihatan begitu ramai di situ artis jemputan yang sedang makan-makan dan bersiap sedia untuk konsert. Tak kurang ada yang kena temuramah oleh media.

Budiey sempat juga bergossip dengan my beloved friend dari Melodi TV3… siapa lagi kalau bukan hos yang sekarang ni suka serkap selebriti… Michelle Wee. Sebelum ni, Melodi suka buat TERJAH kelolaan Nas Ahmad. Ha, untuk Michelle lak, kena buat assignment SERKAP! Minggu lalu, giliran Fauzi Nawawi yang kena serkap pasal video lucah dengan gadis yang menyerupai Ida Nerina tu. Macam Ida juga, Fauzi tak mengaku dan menafikan lelaki dalam video itu adalah dirinya. Memang tak sama pun.

Michelle ada kata yang dia suka baca entri yang Budiey tulis masa wedding Ning Baizura tempohari. Huhu… TQ TQ! Sebelum Michelle gi terjah artis, Budiey pun korek-korek la sikit gossip yang Michelle ada… Mmm… ada la 2-3 gossip… sumber kena mantap beb! Michelle ni bagus sebab dia tak lokek nak hulur gossip terkini kat Budiey.

Dan macam biasa, Michelle menunjukkan kemanjaan dan kemanisannya bila bergambar… macam teman tapi mesra gitu kan. Huhu!

Tanggal 23 hb Februari 2008, mencatat satu lagi sejarah dalam penyiaran radio tempatan apabila lebih daripada 40,000 orang pendengar HOT FM mengunjungi karnival muzik yang terhangat tahun ini seawal jam 10 pagi. Bertempat di Dataran Petaling Jaya, cuaca baik menemani orang ramai sepanjang hari tersebut. Karnival muzik 8 jam tanpa henti yang dibawakan oleh TM Streamyx ini juga berjaya menarik 35,000 kunjungan melalui “live streaming” di laman web www.hotfm.com.my. Ternyata “live Streaming” yang julung kali diadakan mampu menarik perhatian peminat muzik di serata dunia.

Jam sepuluh yang dimulakan dengan pembukaan gerai-gerai dari TM serta HOT FM mengundang orang ramai untuk meninjau serta mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengendai produk serta barangan yang ditawarkan kepada para pengunjung. Di gerai HOT FM contohnya, kesemua barangan eksklusif HOT FM telah habis terjual dalam masa yang cukup pantas iaitu sekitar 3 jam.

Diteruskan dengan HOT FM yang bersiaran langsung dari jam 12 tengahari sehingga 4 petang. Selain ditemuramah oleh penyampai HOT FM, artis juga dibawa ke gerai barangan HOT FM bagi sessi beramah mesra bersama peminat. Semestinya remaja-remaja berpusu-pusu menyerbu apabila melihatkan kelibat artis yang sedang meningkat naik seperti Aliff Aziz, Aku, Nitrus, Meet Uncle hussain, Hujan, Imran Ajmain serta Ungu. Tak ketinggalan Adibah Nor yang mencuit hati penggemar beliau sewaktu sessi yang sama.

Tepat jam 4 petang, cuaca yang semakin baik, HOT FM BIG JAM 2008 dimulakan dengan sessi Tugu Drum Circle. Keunikan kumpulan ini sekali gus berjaya membawa kelainan bagi karnival muzik 8 jam tanpa henti ini. Gimik yang selama ini dirahsiakan oleh HOT FM berjaya mencuri hati pengunjung apabila 8 orang penyampai HOT FM iaitu Fara. Faizal, Tini, Azura, Leya, AG, Anne, Ikhwan & Fiq meneruskan acara dengan menari irama “Malu Tapi Mahu”. Ternyata latihan intensif yang dijalani hampir 3 minggu berjaya dilaksanakan dengan sempurna demi menghiburkan pendengar setia HOT FM. Adam meneruskan kehangatan HOT FM BIG dan ikuti dengan pelbagai artis solo serta band-band tempatan seperti Liza Hanim,Nitrus, Nurul, Aku, Imran Ajmain, Ramlah Ram, Newboyz, Dayang Nurfaizah, Aliff Aziz, Sofaz dan Misha Omar. Manakala Kristal menutup sessi pertama karnival ini pada kira-kira jam 7 petang.

Sekali lagi Tugu Drum Circle membuka tirai sessi kedua HOT FM BIG JAM 2008 dan diikuti dengan gerakan ligat lagi lincah penyampai HOT FM menarikan rentak lagu “Ku Mahu”.

Malam semakin hangat dengan kemunculan artis seperti Meet Uncle Hussain, Jaclyn Vitor, Lah, Flop Poppy, Adibah Nor, Elyana, Ahli Fiqir, Fiq, Jinbara, Mila dan Hujan yang semakin mendapat tempat di kalangan pendengar HOT FM. Persembahan bertenaga yang dipersembahkan oleh dari mereka telah memakukan pengunjung daripada bergerak pulang. Ungu sebagai band yang dipilih untuk menutup karnival muzik kali ini, telah menggegarkan Dataran Petaling Jaya hampir 30 minit dengan barisan 6 buah lagu hits mereka yang sering diputarkan di HOT FM. Lagu rancak mereka “Berikan Aku Cinta” yang diikuti lagu berirama perlahan seperti Kekasih Gelapku, Tercipta Untukku dan Demi Waktu telah menyaksikan lautan kunang-kunang yang di bentuk dari cahaya telefon bimbit pengunjung. Pasha selaku vokalis Ungu menutup persembahan mereka dengan “Melayang” sebuah lagu yang cukup hangat dan membakar sisa sisa tenaga pengunjung yang hadir.

Percikan bunga api selama hampir 10 minit menandakan berakhirnya karnival untuk malam tersebut yang juga merupakan sambutan ulangtahun kedua HOT FM. Kepuasan mereka yang mengunjungi HOT FM BIG JAM 2008 ternyata dapat dirasai oleh setiap warga tenaga kerja Media Prima Radio Network. Sokongan lebih daripada 40,000 orang sepanjang berlangsungnya HOT FM BIG JAM 2008 serta keyakinan pihak penaja iaitu TM STREAMYX semakin membuatkan HOT FM untuk terus memberikan hanya yang terhangat untuk pendengar setia kami.

Hot FM mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah merealisasikan HOT FM BIG JAM 2008 2008 sebagai sebuah karnival muzik yang terhangat tahun ini. HOT FM BIG 2008 tidak berakhir di sini, tetapi akan dilanjutkan dengan siri HOT FM MINI JAM 2008. Mereka akan menjelajah seluruh Malaysia bermula April 2008.

[tags]konsert hot fm 3, Aliff Aziz, Aku, Nitrus, Meet Uncle hussain, Hujan, Imran Ajmain, Ungu, Meet Uncle Hussain, Jaclyn Vitor, Lah, Flop Poppy, Adibah Nor, Elyana, Ahli Fiqir, Fiq, Jinbara, Mila, fara fauzana, winner abp, awards oscar, bintang popular[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anita Sarawak Jadi Guru Persembahan Pentas Akademi Fantasia 6

Senarai Nama Tenaga Pengajar Akademi Fantasia 6