in

SEKITAR KEMERIAHAN MALAM BLOGGER ASTRO B.YOND

Salam pembaca semua, rumah anda dah pasang Astro B.yond? Kalau dah pasang, tentunya akan dapat rasakan kelainannya. Imej visual yang lebih jelas, gambar lebih sharp, lebih sempurna! Paparan warnanya penuh mewah. Bunyi diadun dengan bunyi lebih menyeluruh. Sangat best!

Astro Beyond

Astro Beyond

Maklumlah, Budiey rasa penyiaran berdefinisi tinggi (High Definition) seperti ini adalah yang pertama di Malaysia. Jadi, inovasi canggih ini memastikan setiap nilai Ringgit yang anda bayar itu sangat BERBALOI!

Budiey sendiri telah merasai pengalaman menikmati keindahan gambar Astro B.yond yang sangat menguja dan menyeronokkan ketika menghadiri Astro B.yond Bloggers Night pada 13 Januari lalu.

Umpama satu malam party yang meriah, Malam Astro B.yond Bersama Blogger yang diadakan di Modestos, Desa Sri Hartamas ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran lebih kurang 200 orang penulis blog.

Ini dia hos Blogger Nite, Non dari Lite FM– Astro B.yond. Terima kasih kerana menjadikan event ini sangat HAPPENING!

Majlis digamatkan lagi dengan kehadiran Encik Henry Tan, Ketua Operasi Astro yang telah berucap sepatah dua kata yang memperkenalkan iklan TV terbaru Astro B.yond kepada para blogger. Kira ini adalah tayangan PREMIERE la jugak ni. Beruntung bagi sesiapa yang hadir.

Sekarang ini, Astro sedang galak menayangkan iklan ini dalam bentuk HD dan Dolby 5.1 Surround Sound di 5 saluran HD iaitu ASTRO Supersport HD (Saluran 831), HBO HD (Saluran 431), National Geograhic Channel HD (Saluran 573) dan saluran HISTORY HD (Saluran 575) dan ESPN HD (Saluran 832). Iklan ini boleh juga ditonton di saluran SD Astro.


IKLAN ASTRO B.YOND TERBARU HD

Dan yang paling gempak, event ini juga telah menayangkan rakaman temubual bersama penulis blog terkenal dalam bentuk HD. Budiey juga turut ditemubual pasal resolusi tahun 2010.


BLOGGER & RESOLUSI MEREKA

Penulis blog juga turut berpeluang memenangi sebuah HDTV 32” dan Astro B.yond menerusi satu game – Murder In The Detail.

Dan tahniah kepada Eric kerana telah menjadi pemenang! Congrats!

IKLAN BARU ASTRO B.YOND… CANTIK GILER!

Selain disajikan dengan jamuan makan malam, penulis blog bertuah kerana diberi hak eksklusif menjadi penonton pertama yang melihat kejelasan iklan TV Astro B.yond dalam bentuk HD! Budiey rasa sangat bertuah setelah melihat dengan mata sendiri betapa jelasnya iklan baru itu. Memang tak puas walaupun penganjur menayangkannya beberapa kali!

FACEBOOK GAME – MURDER IN THE DETAIL

Selain menayangkan iklan baru, Astro B.yond juga telah memperkenalkan kepada penulis blog satu permainan baru yang terdapat di Facebook. Diberi nama MURDER IN THE DETAIL yang terdapat di Astro Fan page.

Budiey dah cuba main, memang mengasyikkan jugak. Kalau kena dengan cara, sangat senang aje, tapi bergantung pada kepakaran korang mencari klu atau pembayang, Kemudian, kumpulkan bukti dan carilah pembunuh sebenar.

Memang excited! Sehari suntuk main pun tak rasa. Bukan apa, kalau main game ini, mana tahu untung-untung hadiah menarik yang ditawarkan. Sebanyak 10 sets of Astro B.yond + 32″ HDTV harus dimenangi!

Dari korang main game lain yang mana tak dapat apa-apa tu, baik korang main game nih. Mana tahu nasib korang baik, dapat tonton Astro B.yond dengan HDTV! PERCUMA lak tu! Sape nak kasi!

MENANGI TV HD 32′ DALAM PERADUAN ASTRO B.YOND – NUFFNANG!

Satu lagi berita baik untuk anda, Nuffnang juga menganjurkan peraduan di mana anda perlu menulis entri yang PALING KREATIF di blog anda. Hadiah juga lumayan iaitu 2 set Astro Beyond langganan percuma selama setahun iaitu sehingga Disember 2010 berserta dengan TV Berdefinisi Tinggi 32”.

Apa yang pembaca harus buat ialah… senang aje, tulis satu entri kat blog anda tentang Astro B.yond Bloggers Night dengan daya usaha paling kreatif yang mungkin. Kemudian hantar kan permalink entri anda itu ke [email protected] sebelum jam 12 tengah malam, 20 Januari 2010 (Rabu).

Apa tunggu lagi, cuba tulis entri anda itu dengan daya kreativiti di tahap maksima dan mungkin anda akan menikmati kecerahan warna dalam HD di rumah anda! Manalah tahu kan?

Mahu tau info lanjut, sila klik SINI!

JADILAH ORANG PERTAMA DI MALAYSIA MERASAI NIKMAT HD!

Masih ingat lagi, Astro B.yond dilancarkan pada 11 Disember 2009 lalu bagaikan membuka lembaran dan tanda aras baru dalam industri penyiaran di Malaysia. Tahniah untuk Astro!

Dengarnya, tahun 2010 ini, Astro juga akan menjadi stesen penyiaran pertama di dunia yang menawarkan rakaman video menerusi CD external. Jadi, korang boleh merakam program kegemaran mengikut keperluan peribadi.

Budiey percaya, dengan Astro B.yond, anda semua akan berpuas hati dengan siaran HD dlam resolusi 1080i dan resolusi 720p dalam keadaan tertentu. Ciri-cirinya menepati piawaian antarabangsa kualiti gambar dalam definisi yang 10 kali ganda lebih baik, kualiti audio yang lima kali ganda lebih baik dengan bunyi sekeliling Dolby 5.1 seperti pawagam, warnanya lebih mewah dan skrin lebih lebar berbanding dengan TV definisi biasa. Pergh! Best sangat weh!

Mahu menukar ruang tamu anda menjadi sebuah pawagam? Bertukarlah ke Astro B.yond sekarang!

Nak bertukar dengan ciri HD untuk hidup yang lebih sempurna? Eloklah tu, Budiey memang galakkan. Apa yang anda perlu buat ialah hanya sign up dengan bayaran yuran tambahan sebanyak RM20 sahaja dan komitmen selama 12 bulan.

Dalam waktu terdekat, anda akan dihubungi oleh pihak Astro. Tak lama selepas itu, anda akan menerima B.yond Box yang baru, smart kad, outdoor unit dish dan kabel HDMI dan remote control yang baru.

Untuk info lanjut, sila layari laman web Astro B.yond:

http://www.astro.com.my/byond

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Analisa Budiey Untuk Senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular 2009

Dokumentari Generasi Asli @ 1 Malaysia TV9