Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











SEKITAR KEM REMAJA 2008 ANJURAN TV3



108 PELAJAR SELURUH MALAYSIA
SERTAI KEM REMAJA 2008 ANJURAN TV3

Petaling Jaya, 23 Disember 2008 – Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sekali lagi menganjurkan Kem Remaja untuk kali yang ke – 10 di Warisan Sembilang Resort, Kuala Selangor pada 15 Disember hingga 18 Disember 2008. Program yang diadakan sempena musim cuti sekolah ini disertai oleh 108 pelajar dari seluruh Malaysia berusia dari 7 hingga 18 tahun. Kem Remaja yang mula dianjurkan pada tahun 2004 ini telah diadakan di beberapa lokasi serata Malaysia seperti Kedah, Perak, Johor Bahru dan Selangor.

Kem Remaja merupakan inisiatif TV3 untuk memberi peluang kepada remaja meluangkan masa lapang di musim cuti sekolah selain memberi peluang kepada para remaja untuk merasai pengalaman yang berbeza dari  suasana pembelajaran di dalam darjah. Ia juga merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial TV3 untuk menyediakan aktiviti yang berfaedah untuk menjana minda dan membina siasah diri yang kental.

Objektif Kem Remaja 2008 dianjurkan ialah untuk menggalakkan penglibatan remaja meluangkan masa lapang ke arah aktiviti yang sihat dan berfaedah. Ia juga sebagai platform untuk remaja meningkatkan kecerdasan minda, keyakinan diri para remaja melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang, dapat berinteraksi bersama rakan-rakan baru dan belajar hidup dalam bermasyarakat.

Antara aktiviti menarik yang telah berlangsung selama tiga di Kem Remaja ini ialah Jungle Survival, Management Game, Corporate War Game, Flying Fox dan juga taklimat daripada fasilitator berpengalaman, Fua’ad Rahman. Modul yang dibekalkan kepada para pelajar ialah bagaimana menjadi pemimpin teladan, menyemai wawasan untuk meninjau masa depan, meneroka cara baru untuk mengintai peluang dan risiko dalam kehidupan, memupuk kerjasama dan semangat berpasukan serta menghargai sumbangan orang lain. Modul dan aktiviti yang dirancang sesuai dengan umur dan tahap minda para pelajar untuk diadaptasi dalam kehidupan seharian mereka.

Apa yang lebih istimewa, seramai 6 anak-anak Bersamamu telah dipilih untuk menyertai Kem Remaja ini. Menurut salah seorang daripada mereka yang aktif menyertai kem anjuran sekolahnya, Nur Ellytiny Dzulkefpely, “Walaupun saya sering menyertai kem pelajar seperti ini, namun ini merupakan pengalaman kerana cara pendekatan yang dianjurkan oleh Kem Remaja TV3 ini berbeza di mana mereka melayan peserta seperti orang dewasa. Oleh itu, kami merasa bebas tanpa kawalan ketat namun kami tidak mengambil kesempatan dengan bertindak di luar kawalan. Saya merasa lebih seronok kerana dapat berkenalan dengan kawan baru malah mereka melayan saya seperti biasa dan tidak menilai kekurangan keluarga saya walaupun mereka dikalangan anak orang berharta.”

Manakala menurut Raihana Aqilah berusia 11 tahun, perasaan gementar ketika menjejakkan kaki di Warisan Sembilang Resort ini hilang apabila dapat berkenalan dengan faisilitator dan rakan sebilik. Raihana pada mulanya beranggapan akan merindui keluarga apabila terpaksa bermalam selama 3 hari sepanjang tempoh kem ini  tidak merasa kesunyian kerana 108 peserta yang lain melayannya seperti keluarga dan mula memupuk keakraban sesama peserta.

Mohd Hizqil b Fathoriahman mengeksperikan kegembiraanya mempelajari pelbagai perkara baru ketika mengikuti kem ini seperti belajar mendirikan khemah, mencipta model kereta dan memasak menggunakan peralatan ringkas tidak seperti yang selalu digunakan di dapur. Peserta berusia 13 tahun ini berharap dapat mengikuti Kem Remaja yang dianjurkan oleh TV3 lagi di masa akan datang memandangkan modul yang dibekalkan tidak terlalu berat dan santai.

Mengulas mengenai Kem Remaja kali ke -10 ini, Penyelaras Kem Remaja 2008, Marwatif Amer menjelaskan “Menyediakan modul, aktiviti dan pengisian yang berbeza bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi memberikan sesuatu yang baru kepada pelajar yang sudahpun menyertai kem ini di tahun-tahun sebelumnya. Namun, segala perancangan dijalankan dengan rapi dengan adanya tenaga pengajar dan fasilitator yang berpengalaman. Melihatkan keseronokan dan gelagat mereka serta perubahan sikap dari seorang yang pasif menjadi aktif merupakan kepuasan kepada kami kerana ia membuktikan objektif kami tercapai.”

Tambah beliau lagi, “Di samping itu, para pelajar juga berpeluang untuk melihat sendiri kerja-kerja penerbitan dilakukan dengan menyaksikan bagaimana tenaga produksi menjalankan pengambaran. Secara tidak langsung ia dapat memupuk minat di kalangan pelajar untuk mendalami bidang penyiaran. Melihat daripada maklum balas positif yang diterima, pihak kami membuat perancangan untuk terus menganjurkan Kem Remaja sewaktu musim sekolah ke lokasi yang lebih menarik seperti di Sabah ataupun Sarawak.”

Para penonton setia TV3 boleh menyaksikan rakaman selama setengah jam pengalaman para pelajar di Kem Remaja 2008 menjalankan aktiviti di Warisan Sembilang Resort, Kuala Selangor yang akan disiarkan melalui program Wanita Hari Ini, hari Jumaat, 26 Disember 2008 jam 12.00tengahari menerusi siaran TV3.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Ashraf Muslim, Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari di Hero Remaja Finalis 2008
  • MONSTER WARRIORS LAKONAN LARA AMERSEY, MANDY BUTCHER
  • KEMPEN DERMA DARAH DAN PAMERAN PENDIDIKAN KESIHATAN ANJURAN MASJID NEGARA
  • Drama Dendam Lakonan Rima Melati Adam, Aliff Remaja
  • BOWLING TOURNAMENT BERSAMA DIDDY ANJURAN DIDDYFC
  • Acara Badminton Amal – Terbuka Sinar Latifah Anjuran Sinar FM
  • REMAJA BERAYA DI KEMBOJA
  • Ekspresi Remaja TV9
  • Youth 08: Traffic Jam Blogger Party Anjuran Nuffnang
  • Gambar Adi Putra di Zaman Remaja



  • 4 Komen untuk entri “SEKITAR KEM REMAJA 2008 ANJURAN TV3”

    1. vote me kata:

      adik saya pun ada join Kem Remaja ni tahun lepas..
      memang seronok dia cerita..tahniah buat tv3 sebab dapat anjurkan program yg baik2 utk generasi muda.

    2. Tabuan kata:

      Bagus jugak ada kan kem remaja ni…
      Dan adalah lebih baik kalo kerajaan adakan PERKHIDMATAN NEGARA *COMPULSORY* DI MSIA ni SEPERTI DI NEGARA JIRAN KITA TU.
      Jadi anak2 muda kita ni berdisiplin tak lah hanyut tak tentu arah…

      Anak2 muda kita ni ada yg muda lagi dah steam gam lah, isap dadah lah, rempit, bohsia, bohjan, sumbang mahram lah dan mcm2 lagi
      ahlak sosial makin memburuk !
      Dan menyedihkan lagi..
      Yg suka merempit tu kebanyakan adalah,
      ANAK ANAK BUMIPUTERA !

    3. kyrel kata:

      saya ingin tahu, berapa peratus remaja di malaysia yang berumur di antara 13 hingga 25 tahun.

    4. ida kata:

      Program kem remaja yang dianjurkan adalah salah satu altenetif membendung masalah remaja masa kini. Diharap program ini diteruskan serta bekerjasama dengan JLKN agar remaja didedahkan dengan kepentigan program tersebut.

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK