Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Sekitar Kejutan Diari Akademi Fantasia 6 @ Pavillion KL



Pada jam 6 petang tadi (3 April 2008) di Connection Level, pusat membeli belah PAVILLION Kuala Lumpur, diadakan satu KEJUTAN untuk Diari Akademi Fantasia 6 untuk siaran 4 April 2008.

Apakah bentuk kejutan itu? Ya, Budiey difahamkan ramai di kalangan pelajar AF6 mengalami masalah darah gemuruh, takut, gugup di atas pentas. Jadi, atas nasihat pengetua, nampaknya 4 orang pelajar telah dipilih untuk diuji dan diminta untuk melakukan persembahan di hadapan orang ramai secara LIVE di pusat membeli belah PAVILLION. Kemungkinan besar showcase mengubat penyakit darah gemuruh ini akan diteruskan di minggu-minggu seterusnya.

RAMAI BETUL PEMINAT YANG DATANG

PERSEMBAHAN PERTAMA STANLEY

Empat orang pelajar yang bertuah dapat menghirup udara luar itu pada petang tadi ialah Riz, Stanley, Saida dan Nubhan. Yang baiknya, dengan adanya showcase kejutan sebegini, peminat dapat melihat dengan dekat pelajar pujaan mereka. Tidak seperti musim-musim yang lalu, di mana pelajar memang dikurung dalam sangkar akademi dan tidak dibenarkan keluar semeter pun.

RIZ, SATU SHOW YANG SANGAT MENYAKINKAN

SAIDA YANG LEMAH GEMALAI. MASIH ADA RUH SITI DALAM SHOWNYA

PERTUKARAN BATON KEPADA NUBHAN YANG PUNYA RAMAI PEMINAT

PEMINAT NUBHAB DATANG SIAP DENGAN BANNER SEKALI. CAYOLAH!

Kejutan ini bagi Budiey memang bagus untuk menghapuskan ketakutan dalam diri pelajar. Selain, dapat mencipta sesuatu elemen yang baru dalam siaran Diari, Budiey kira pelajar dapat mengetahui sejauh mana penerimaan peminat. Budiey dapat melihat ramai peminat yang datang mengerumuni lokasi showcase terbuka ini. Kadangkala ia dapat membentuk rasa keterujaan dalam diri pelajar. Contohnya, Stanley nampak bukan main lagi teruja dengan tepukan dan sorakan peminat sampai terlupa lirik ketika menyanyikan lagu Izin Ku Pergi.

Showcase kejutan itu dimulakan dengan persembahan Stanley dengan lagu Imran Ajmain – Sudah Tu Sudah. Diikuti dengan Riz dengan lagu Kasih Latifah. Mikrofon berpindah tangan dengan nyanyian Nubhan dengan lagu Seribu Tahun. Peminat Nubhan bukan main lagi ramainya. Ada yang bawa sepanduk dan banner.

Saida satu-satunya pelajar wanita yang berjaya memboloskan diri dari akademi dan mempersembahkan dua buah lagu iaitu Berdua Lebih Baik dan Kaulah Segalanya.

Oleh kerana waktu agak lewat, showcase itu selesai tanpa sebuah lagu duet Dua Insan yang sepatutnya dinyanyikan oleh Riz dan Saida.

Selepas sahaja selesai ada sidang media bersama dengan pengetua.

Berikut ada gambar untuk pembaca yang sempat Budiey rakam:

SAIDA MENGAJAK KETIGA RAKAN UNTUK MENYANYI LAGU BERDUA LEBIH BAIK

SAIDA MASIH LAGI GOYAH SEKALI SEKALA

STANLEY TERLALU TERUJA DAN TEROVER. TAPI LULUS!

[tags]kejutan af6, pavillion, connection level, Fitna The Movie, Geert Wilders, affiliate marketing, gambar kilang roti, boycott dutch, product internet, Christian, Jewish, humanistic traditions, gossip imran ajmain, petrol, shell[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Senarai Penuh 14 Nama Pelajar Akademi Fantasia 6
  • Gambar & Ulasan Konsert Tirai Akademi Fantasia 9
  • Gambar Sarimah Ibrahim di Sidang Media Akademi Fantasia 7
  • Profile Rina Akademi Fantasia 6
  • Konsert Mingguan Akademi Fantasia Di Istana Budaya?
  • Hafiz Juara Akademi Fantasia 7
  • Blog Terbaru Fatin – Akademi Fantasia 5
  • Gambar Kekasih Alif AF6
  • Foto Marsha, Kefli, Fitri, Bob, Nurul, Reza di Konsert Akademi Fantasia 5
  • Profile ISMA Akademi Fantasia 7



  • 39 Komen untuk entri “Sekitar Kejutan Diari Akademi Fantasia 6 @ Pavillion KL”

    1. syamsulariff.com kata:

      terpaksa buat kejutan..agar lain dari yg lain..lepas nie sape pulak ye

    2. ctkus kata:

      go saida…

    3. naNaku kata:

      huhuhuhuhu sore stanly mmg power… :) sokong banget… na cume kureng suke ngn riz jek…aHAKSSSSS :p

    4. soly kata:

      cayalah Nubahan…
      semoga ko terus berjuang dlm industri ni…
      Ingat!!!
      aku, mie,dzu, mitha gan emmy n sentiasa sokonh ko daris egala sudut…

    5. soly kata:

      go…Nubhan…Go…
      go…Nubhan…Go…
      go…Nubhan…Go…
      go…Nubhan…Go…
      go…Nubhan…Go…
      go…Nubhan…Go…
      go…Nubhan…Go…
      go…Nubhan…Go…
      CAYALAH….

    6. izanmohd kata:

      Go! SAIDA Go!
      Go! SAIDA Go!
      Go! SAIDA Go!
      Go! SAIDA Go!
      Go! SAIDA Go!
      Go! SAIDA Go!
      Go! SAIDA Go!
      Go! SAIDA Go!
      Go! SAIDA Go!
      Go! SAIDA Go!
      OK lah tu……..

    7. effa kata:

      saida 2 arap tompang popular ct jer. apa nak banggakan.

    8. naNaku kata:

      AFUNDI NADIA !!!!!!!!!!!!!!
      AFUNDI NADIA !!!!!!!!!!!!!!
      AFUNDI NADIA !!!!!!!!!!!!!!
      AFUNDI NADIA !!!!!!!!!!!!!!
      AFUNDI NADIA !!!!!!!!!!!!!!
      AFUNDI NADIA !!!!!!!!!!!!!!
      AFUNDI NADIA !!!!!!!!!!!!!!
      AFUNDI NADIA !!!!!!!!!!!!!!
      AFUNDI NADIA !!!!!!!!!!!!!!
      AFUNDI NADIA !!!!!!!!!!!!!!
      AFUNDI NADIA !!!!!!!!!!!!!!
      AFUNDI NADIA !!!!!!!!!!!!!!
      AFUNDI NADIA !!!!!!!!!!!!!!
      AFUNDI NADIA !!!!!!!!!!!!!!
      AFUNDI NADIA !!!!!!!!!!!!!!
      AFUNDI NADIA !!!!!!!!!!!!!!
      REDAHHHHHHHHHHHHHHH JE :)

    9. mil kata:

      go cik kutip…we luv u cik kutip…hehe!!!

    10. naNaku kata:

      sore cik kutip cute banget…. :P saper erk cik kutip? oh yek…nnt konsert last msti dibocorkn gak..ehheheehehehhehehe ;)

    11. naNaku kata:

      stanley bleh gaNti jOsh grObaN la…. hehehehheheheheh suke banget tgk muke stanley yg kiut miut…pndi dancing lak tu………….. ukurn bdn x menjadi faktor ;)

    12. emet kata:

      Ramai betul peminat af ye, agak2nya kalau diharamkan rancangan realiti kat Malaysia ni apa pendapat korang.

    13. ctkus kata:

      nana marah x klu ctkus kter x suker lorr ngan stanley tuh…
      ctkus rase die poyo ler…
      tpi x kesahla
      mnt msg2 agagaga

      tpi honestly la kan..
      bru ctkus tgk diari n previous concert…
      dpt dinyatakn disini..
      bahawe derang nye sore bese2 jer…

    14. puteh kata:

      kalo semua peminat tok ti pakat ramai2 afundi saida tentu bleh menang

    15. OK kata:

      go SAIDA go…

    16. mil kata:

      nana..ko pon suka cik kutip tu ke.??aku suka sgt2 dgr sora cik kutip tu..bleh wat tak tido mlm beb…=b

    17. EMA kata:

      STACY YOU ARE GREAT GIRL, I BELIVE YOU WILL WIN.

    18. EMA kata:

      stacy you are great

    19. cuppy kata:

      persembahan pelajar AF kali ni tak menyerlah.mcmanala dlm byk2 diorng leh terpilih.pelik2.

    20. soly kata:

      sapa sokong NUBHAN…
      sila angkat tangan….

    21. mimi kata:

      stanley artis af sarawak yang berbakat besar tapi berbadan pendek dari bakatnya. cayalah stanley

    22. mimi kata:

      saidah kurang keyakinan diri. kurang menyerlah. macam takut2. kenapa? keluarkan suara yang tersimpan. jangan ingat yang anda tu kurang menarik.yakin pada diri.anda boleh. cayalah saidah. makeup tak berapa menyerlah.kena terang sedikit. dan ada kilat2 ckit baru cun.

    23. naNaku kata:

      huhuhuhu mimi….make up tu kena tnye make up artist la.. :) nthla sume cm biasa2 jek..keculai stacy, nadia and stanly yg mmg perform well…… :)

    24. X-clifford kata:

      Sauda..yakin boleh!!!!..buat cam na yang pernah u buat masa sekolah dulu…suara u sebenarnya sedap tapi u tak berapa yakin aje….. Ingat masa mula – mula dengar saida nyanyi lagu madah berhelah dulu…power!!…. cayalah..Buktikan bahawa sebenarnya u boleh lakukan.

    25. sweety kata:

      riz…..ko ni mmg nakal…..takpe, adat remaja…..tp performance kena terus improve tau…..go riz…..

    26. sweety kata:

      mama rina has a great performance in every concert, keep it up mama!!

    27. hajamilah kata:

      mane budieoii,mane blog tuk stacy…..dai best sesgtla…..hai Stacy is agnes monica malaysia…………………………………………………..best…patut jadi juara……………

    28. nisyah kata:

      NASIB BAIK SAIDA 2 KELUAR DARI AF……KLAU TIDK PENING KPLE ORG NK MENONTON AF NANTI KAN…..
      KLAU BLH CARI LAH ORG YANG BTL2 NK MENYANYI…XPYH PILIH ORG YANG LEMAH,LEMBAP,ASYIK2 MENANGIS,BAWAK LAGU PUN CAM X BERMAYE…….TOLONG LAH CARI ORG YANG BETUL2.JANGAN SEMATE MATE NAK AMBIK ORANG 2 MENYANYI TP X PDAI MENYANYI LG 1 XPYH NK LAWAN NGAN AKAK CT KTE 2 DIA MEMG DAH JUARE…….HEHEHEHEHEHEHE
      KLAU NK LAWAN NGAN CT TANDING NGAN ANK2 KECIL DLU K

    29. nisyah kata:

      MAMA RINA MEMANG THE BEST LAH….
      SUARE MEMG MANTAP…..WLAU PUN DAH D GELAR NENEK…

    30. nisyah kata:

      NADIA SUARE PUN MEMANG BEST LAH……….GOOD LUCK K

    31. nisyah kata:

      STACY………………….suare pun best gak x bosan lah klau d dengar……..GOOD LUCK!!!!!!!!!!!!!!!!!

    32. BUTTERPRAWN kata:

      VOTE STACY.SHE DA BEST…………DA NEW SUPERSTAR………………..SUARA TERSENDIRI,ADA GAYA,NATURAL,HM…….AGNES MONICA MALAYSIA ?O O O….YALALA…………………..POWERFUL GAL…………………………….

    33. 2bz kata:

      nadia,stacy,riz bleh pegi jauh..

    34. farhana kata:

      GO…..ALIFF…GO
      ALIFF DA BEST………..hope alif ke final……
      AFUNDI ALIFFFF

    35. mama rock kata:

      aLifF???
      emmm,xbekenaan…
      Riz,nadia n stacy..
      Final ….
      Go naDia.
      Go stacy
      Go Rizz………

    36. jiema83 kata:

      peh…stacy mmg power giler..sore dia mantap la,n gedik2 gila dier tu aku rasa sesuei la dgn usia dier kn?aku jd suka tgk af ni semenjak aku tgk si stacy dgn alif,,kiut beb…i think diorng mmg sesuai muka alif tu hencemmmm sgt.hehe…yummyyyyyy

    37. jiema83 kata:

      weii,,,meluat giler aku tgk si stanley tu bah..semenjak alif trkuar aku tgk dier mcm nk cuba jet si stacy tu jer???nk test line la tuuuuu.for stanly mcm mana la stacy mau suka sama kau bahasa kau tu ksr sgt bah.tgk alif maintane jer!tu la baru lelaki Machooo

    38. gma 90 kata:

      hope nubhan n the geng sucsses …………

    39. khaulah kata:

      we!!!!!!AF taun nie….cam x best je……
      kalau lerh….suh arh aznil jdi p’gcara……
      baru best……..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK