in ,

Sekitar Karnival Raudhah Di Hatiku 2014 di Ipoh Perak

Karnival Raudhah Di Hatiku sudah sinonim dengan masyarakat Malaysia terutamanya penonton-penonton setia TV9. Tahun ini, karnival Raudhah Di Hatiku sudah menginjak ke tahun keempat penganjurannya dan ia menjadi satu platform untuk medekati jutaan penonton setia. Acara padang simbolik TV9 pada tahun kali ini lebih luas dan meriah dengan penyertaan radio Hot FM, Tonton dan penjualan barangan cenderahati di booth Wow Bag. Raudhah Di Hatiku edisi 2014 telah memulakan penjelajahannya yang pertama di Ipoh, Perak.

Seramai hampir 150,000 orang pengunjung telah hadir ke karnival Raudhah Di Hatiku yang berlangsung selama dua hari 26 April & 27 April 2014 (Sabtu & Ahad) lepas di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak. Karnival Raudhah Di Hatiku kali ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Besar Perak, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr Zambry bin Abd Kadir dan tetamu-tetamu kehormat yang lain seperti Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat Dato’ Seri Abdul Punat bin Mat Nayan, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak, Tuan Haji Musa bin Dun, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak, Yang Berhormat Datuk Nolee Ashilin bte Mohammed Radzi dan ADUN Ulu Kinta, Yang Berhormat Datuk Haji Aminuddin bin Md Hanafiah.

Atas dasar kprihatinan dan sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya, Raudhah Di Hatiku di mulakan dengan Projek Kufi Raudhah yang bertujuan untuk memperkenalkan seni Kufi yang semakin mendapat perhatian masyarakat sekaligus memupuk amalan dalam menjaga keindahan dan kebersihan masjid.

Projek Kufi yang melibatkan aktiviti membaik pulih kawasan masjid dan melukis mural bertemakan seni kufi ini telah diadakan di Masjid An-Nur Batu 8, Ulu Kinta oleh Persatuan Seni Khat Kufi Murabba’ dibantu oleh 30 orang sukarelawan daripada Majlis Belia Perak. Antara tetamu kehormat yang hadir pada Projek Kufi ini adalah Yang Berhormat Datuk Haji Aminuddin bin Md. Hanafiah, ADUN Ulu Kinta bersama Seelan Paul, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Zurina Othman, Pengurus Besar TV9 dan disertai oleh personaliti TV3 & TV9 seperti Hasfizza Sabjahan, Zaim Helmi Zaini, Affiza Azmi, Ameera Zaini dan Yusmanabila Yunus.

Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad:

“Alhamdulillah…Saya bagi pihak TV9 amat bersyukur kerana Raudhah Di Hatiku terus mendapat sambutan dan sokongan daripada penonton setia dan para pengunjung yang tidak pernah jemu datang tanpa mengira cuaca panas atau hujan. Selain itu, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak secara langsung dalam usaha menjayakan penganjuran Raudhah Di Hatiku 2014 di Perak.”

“Walaupun baru menginjak ke empat tahun penganjurannya, Raudhah Di Hatiku yang memperkenalkan booth Raudhah, booth Lin Nisa’ dan Bazaar Raudhah cuba untuk mengetengahkan tarikan terbaru pada setiap lokasi Raudhah Di Hatiku. Kami sentiasa memperbaiki kelemahan dan menyajikan program-program terbaik dan menarik supaya Raudhah Di Hatiku 2014 terus dilihat sebagai tempat membina ikatan ukhwah dan tempat beriadah yang menghiburkan buat seisi keluarga.”

Secara kolektif, karnival Raudhah Di Hatiku edisi kali ini adalah yang paling besar berbanding edisi-edisi yang lepas. Ia telah memberikan banyak manfaat kepada para pengunjung untuk bergaul dan berhibur dengan rakan ukhwah yang lain melalui pelbagai pameran dan aktiviti menarik disamping bermesra dengan artis-artis popular dan juga personaliti terkenal.

Sempena konsep ‘Menambah Bilangan Rakan Ukhwah’, karnival Raudhah Di Hatiku 2014 memberi peluang kepada para pengunjung untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik di booth kendalian TV9 seperti Booth Raudhah, Booth Lin Nisa’, Bananana! Land, Wow Bag! dan Bazaar Raudhah. Malah, pengunjung juga tidak ketinggalan mengikuti siaran langsung dan rakaman program-program Raudhah di tapak karnival.

Bazaar Raudhah kali ini tampil lebih menarik di mana ini merupakan kali pertama Raudhah Di Hatiku berkolaborasi bersama Femes Bazaar dan mereka menghimpunkan puluhan usahawan kecil untuk menjual pelbagai barangan dan produk terkini.

Wow Booth menjual koleksi cenderahati eksklusif dari semua rangkaian televisyen dan radio Media Prima Berhad seperti TV3, TV9, ntv7, 8TV, Bananana!, HOT FM dan Tonton. Di sana, selain membeli pelbagai cenderahati yang ditawarkan dalam pakej RM15 dan RM 25, para pengunjung juga boleh beramah-mesra dengan artis jemputan.

Raudhah Di Hatiku 2014 juga akan memberi kelainan kepada kanak-kanak dan golongan remaja melalui Bananana! Land yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti Birthday Bash, B-Insta Snap, B-Model, Bananana! Squad Studio, Out of the Box dan Little Kitchen. Adik-adik berpeluang untuk merasai pengalaman sebagai hos Bananana! Squad di Bananana! Squad studio dan membawa pulang rakaman video tersebut sebagai kenangan. Selain itu, mereka juga boleh mempelajari resipi mudah di Little Kitchen, aktiviti-aktiviti seni dan kreatif menarik dari Out of the Box serta beramah-mesra dengan bintang-bintang kecil seperti Iz Ilham dan Aleeya IK6. Watak-watak animasi daripada siri Boboiboy, Yaya dan Eicak turut turun ke padang untuk memeriahkan lagi acara ini.

Booth TV9 yang disediakan turut gamat dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan karaoke dan penampilan selebriti TV9. Malah, pengunjung yang datang juga tidak melepaskan peluang bergambar dan bermesra dengan selebriti dan personaliti TV9 seperti Affiza (Berita TV9), Aedy Ashraf, dan Hafeez Mikhail.

Raudhah Booth merupakan booth utama di Raudhah Di Hatiku yang membawakan siaran langsung Majlis Selawat Raudhah Mahabbah dengan penampilan istimewa daripada Ustaz Safwan, Da’i Azam, Ustaz Harryanto Rizal Rokman, Zaf (V.E) dan Addep (Fabulous Cat). Malah pentas utama ini juga menyaksikan persembahan akustik Raudhah daripada kumpulan Muhibbain. Raudhah Booth juga merupakan pentas utama untuk siaran langsung rancangan Tanyalah Ustaz, Nasi Lemak Kopi O dan rakaman rancangan Tanyalah Ustazah yang menampilkan panel terkenal seperti Ustaz Sharhan Shafie, Ustazah Asni Mansor, Ustazah Asma Husin, Ustaz Harryanto Rokman, Ustaz Safwan dan juga Ustaz Zamri Hasim (Timbalan Mufti Perak). Pada malam hari Sabtu, telah berlangsungnya Majlis Selawat Raudhah Mahabbah yang melibatkan bacaan maulid dan qasidah yang diketuai oleh Habib Umar Hafiz bersama kumpulan Muhibbain dan pelajar-pelajar Madrasah Tahfiz Pondok Hidayatullah.

Para muslimah pula berkesempatan untuk mengunjungi booth yang dikhaskan buat golongan mereka iaitu Booth Lin Nisa’ di mana para wanita bergaul dan berhibur disamping mengambil peluang mempelajari cara bacaan Al-Quran dengan sempurna. Malah, selebriti seperti Sharifah Khasif, Ila Damia, Bella Yunus, Ainan Tasneem berkongsi secara langsung dengan pengunjung wanita mengenai kisah penghijrahan mereka dan tip-tip berfashion mengikut landasan Islam.

Berikut adalah senarai aktiviti sepanjang dua hari Raudhah Di Hatiku di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak, Sabtu dan Ahad (26 & 27 April 2014) lepas dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
SENARAI GERAI AKTIVITI-AKTIVITI

1.
RAUDHAH BOOTH
• Siaran langsung program Nasi Lemak Kopi O
• Kuiz ‘Wheel of Deen
• Akustik Raudhah bersama kumpulan Muhibbain
• Sembang Raudhah bersama
• Majlis Selawat Raudhah Mahabbah
• Penampilan istimewa Ustaz Safwan, Da’i Azam, Ustaz Harryanto Rizal Rokman, Zaf (V.E) dan Addep (Fabulous Cat)
• Siaran langsung dan Rakaman program Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Nasi Lemak Kopi O dan Halaqah.

2.
LIN NISA’
• Perkongsian cerita dengan ahli panel jemputan seperti Ustazah Asni Mansor dan Adibah Dai’.
• Sesi ramah mesra bersama personaliti program Raudhah seperti Safiyya, SIS, Shoutul Quran dan Hijab Stailista.
• Ruang hiburan dalam Sesi Musik dengan selebriti Ila Damia dan Ainan Tasneem.
• Mempelajari ilmu tajwid dan bacaan Al-Quran dalam Sesi Shoutul Quran bersama Sharifah Khasif.
• Peragaan fesyen-fesyen muslimah terkini dalam sesi Hijab Stailista.

3.

BANANANA! LAND
• Ruang hiburan dan pembelajaran khas untuk kanak-kanak
• Serlahkan kreativiti seni dan kraftangan di Out of the Box
• Riang ria bersama maskot Boboiboy dan Bola Kampung
• Penampilan artis – Iz Ilham dan Aleeya dari Idola Kecil
• ‘Make-over’, ‘Photo Booth’ dan ‘The Awesome Challenge’

5.
WOW BAG! BOOTH
• Aktiviti jualan cenderahati eksklusif dari semua rangkaian televisyen dan radio Media Prima Berhad seperti TV3, TV9, NTV7, 8TV, Bananana!, Hot FM, dan Tonton
• Pelbagai jenis cenderahati seperti t-shirt, buku nota, beg, pen, kipas tangan, poskad, lanyard dan banyak lagi
• Sesi ramah mesra bersama Alex Yanz, Adam Shah, Ali Bowl (BMB) dan Shah Tapaw (BMB)

6.
MEDIA PRIMA DIGITAL – HOT FM

• Pendaftaran akaun Tonton secara percuma sepanjang hari
• Khidmat langganan akhbar digital dalam talian (e-paper) untuk Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times
• Pelbagai kuiz dan permainan.

7.
TV9
• Aktiviti: Aerobik Pagi
• Hadiah eksklusif barangan TV9 untuk pengunjung terawal.
• Ramah mesra bersama selebriti dan personaliti TV9 seperti Affiza (Berita TV9), Aedy Ashraf, dan Hafeez Mikhail
• Pelbagai aktiviti seperti karaoke, kerusi muzikal, teka lagu dan banyak lagi.
• Sesi OOTD atau bergambar di booth.

SIARAN LANGSUNG DAN RAKAMAN DI BOOTH UTAMA RAUDHAH

1.
Tanyalah Ustazah
Siaran langsung di booth utama Raudhah jam 11.30 pagi – 12.30 tengah hari hari Jumaat (25 April 2014)
Hos: Ustazah Asma Husin

2.
Halaqah
Siaran langsung di booth utama Raudhah jam 9.30 malam – 10.30 malam hari Jumaat (25 April 2014)
Ahli Panel : Haji Ahmad Noor Sulaiman, Ustaz Zamri Hashim (Timbalan Mufti Perak) dan Ustaz Harryanto Rizal Rokman

3.
Tanyalah Ustaz
Siaran langsung di booth utama Raudhah jam 7.00 pagi – 8.00 pagi hari Sabtu & Ahad (26 & 27 April 2014)
Hos: Ustaz Sharhan Shafie

4.
Nasi Lemak Kopi O
Siaran langsung di booth utama Raudhah jam 8.00 pagi – 10.00 pagi hari Sabtu & Ahad (26 & 27 April 2014)
Hos: Luqman Hakim

5.
Tanyalah Ustazah
Rakaman di booth utama Raudhah jam 11.00 pagi – 12.30 pagi hari Sabtu & Ahad (26 & 27 April 2014)
Hos: Ustazah Asni Mansor

Selepas ini, Raudhah Di Hatiku 2014 akan meneruskan siri penjelajahan ke negeri Kelantan dan akhir sekali di Kedah.

Layari laman sesawang rasmi TV9 di www.tv9.com.my serta laman sosial Facebook dan Twitter untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini berkenaan Raudhah Di Hatiku. Kongsi sebarang komen dan gambar di laman sosial Twitter dan Instagram di @TV9Malaysia menggunakan tanda pagar #raudhahdihatiku.

Raudhah TV9

Raudhah TV9

Raudhah TV9

Raudhah TV9

Raudhah TV9

Raudhah TV9

Raudhah TV9

Raudhah TV9

Raudhah TV9

Raudhah TV9

Raudhah TV9

Menteri Besar Perak - YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry bin Abd Kadir

Menteri Besar Perak & Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Digital MPB

Kumpulan Muhibbain

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato’ Seri Abdul Punat bin Mat Nayan dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak, Tuan Haji Musa bin Dun

ProjekKufi 3

ProjekKufi 2

Encik Seelan Paul - Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen MPB

YB Datuk Haji Aminuddin b Md Hanafiah - ADUN Ulu Kinta

ProjekKufi

Selebriti

Selebriti TV9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran Tonton Music Anjuran Media Prima

Jebat & Mmmmm Juara Minggu Di Saingan Kedua Bintang Mencari Bintang