in ,

Sekitar Karnival Jom Heboh Pertama di Kuala Terengganu

LEBIH DEKAT, LEBIH MESRA, LEBIH HEBAT!
Penganjuran Pertama Kali di Kuala Terengganu Lakar Sejarah

Kuala Terengganu, Februari 24 – 26, 2011 – Permulaan bertenaga bagi tahun 2011 menyaksikan TV3 kembali dengan acara on-ground terbesar naungannya, Karnival Jom Heboh yang bakal menggegarkan seluruh tanah air dengan pelbagai aksi hebat, kandungan terbaru dan aktiviti yang sangat menghiburkan!

Tahun ini, Karnival Jom Heboh 2011 dengan sukacitanya mengumumkan 2 lokasi terbaru dari 8 lokasi dalam agenda ‘jajahannya’ iaitu Terengganu dan Sabah. Buat pertama kali dalam sejarah, Karnival Jom Heboh telah berkunjung ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu pada 25 dan 26 Februari lalu, hari Jumaat dan Sabtu bermula pada jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Jom Heboh TV3 Kuala Terengganu

Sebagai lokasi pembuka tirai tahun 2011, satu majlis pelancaran telah dilangsungkan di Pentas Utama, tapak Karnival Jom Heboh, Dataran Shahbandar, sejurus sebelum Konsert Jom heboh pada malam Sabtu, Februari 25, 2011.

Budiey difahamkan sepanjang dua hari diadakan, Jom Heboh telah dihadiri oleh 300 ribu orang pengunjung. Untuk Konsert Jom Heboh pula seramai 35ribu orang yang hadir.

Semasa lawatan amal pada hari Khamis, TV3 telah menghulurkan sumbangan RM50ribu kepada Rumah Sejahtera Taman Bahagia – RM10k, Pertubuhan Kebajikan Warga Tua Nurul Saadah – RM10k, Persatuan Kebajikan Islam (PERKASA) Terengganu – RM10K, Rumah Tunas Harapan Anak-Anak Yatim Darul Hilmi – RM10k dan Persatuan Pembangunan Orang Kurang Anggota Terengganu (POKUAT) – RM10k

Jom Heboh KT

Tahun 2011 akan memperlihatkan Jom Heboh dengan konsep dan improvisasi yang lebih segar di samping berpeluang berkunjung ke lokasi-lokasi yang belum pernah lagi dilawati seperti Terengganu dan Sabah buat pertama kalinya. Tidak ketinggalan, atas dasar keprihatinan dan sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya, Jom Heboh juga mengadakan aktiviti amal dengan lawatan ke rumah-rumah kebajikan dengan menceriakan penghuni rumah tersebut.

Kali ini, rombongan Jom Heboh telah dibawa ke Rumah Tunas Harapan Anak-Anak Yatim Darul Hilmi, di Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir dimana ahli rombongan yang diketuai oleh En. Aziz Ismail, Ketua Penerbit Program Majalah, Primeworks Studios dan beberapa personaliti TV3 seperti Teh Syuhada, Hazrena Mohd Kassim, Azura Azizul Azman, Maria, Tunku Sabri, Mior Malik, Adzriefaiz Adnan, Aidid Marcello dan Tung Seng Loo sempat meluangkan masa di petang Khamis beramah-mesra dengan adik-adik dan juga penghuni warga emas di pusat tersebut.

Jom Heboh TV3 Kuala Terengganu

Turut tidak ketinggalan, kru program TV3 Kids School Attack juga mengadakan kunjungan pertama mereka di Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran, di Kuala Terengganu pada hari yang sama (Khamis, 24 Februari 2011) sempena dengan lokasi pertama Jom Heboh. Ini merupakan sekolah pertama yang telah dikunjungi bagi sesi School Attack 2011. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah seperti Giant Jigsaw Puzzle, Netball, Mini Futsal, Ping Pong, Telematch, Foosball dan Giant Worm & Ladder, bersama artis yang akan meriuhkan acara seperti MyTV3 Roverz, Aidid Marcello, Maria Tunku Sabri, Comel Farhana dan DedeQ.

Jom Heboh KT

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, En. Ahmad Izham Omar berkata, “Saya bagi pihak TV3 bersyukur kerana Jom Heboh terus mendapat sambutan hebat dan dikunjungi sehingga kini. Kami berpuas hati dapat menyediakan satu platform yang juga merupakan tempat beriadah serta mengisi waktu lapang di hujung minggu kepada orang ramai sambil menikmati pelbagai juadah, permainan, jualan dan macam-macam di Jom Heboh. Jom Heboh merupakan inisiatif positif pihak kami untuk membantu kerajaan dalam memupuk semangat kekeluargaan dan 1Malaysia sejajar dengan matlamat yang disarankan.”

“Secara kolektif, Jom Heboh adalah antara karnival yang paling besar dan meriah di yang pernah dianjurkan. Pada usia ke 9 penganjuran Jom Heboh diadakan, ia telah memberikan banyak manfaat kepada para pengunjung untuk menjadi wahana penjana minda dengan pelbagai pameran dan aktiviti yang berteraskan ilmiah disamping dapat berhibur bersama-sama artis-artis popular dan juga personaliti-personaliti TV3. Kami juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat di dalam usaha menjayakan penganjuran Karnival Jom Heboh Kuala Terengganu kali ini terutamanya PDRM Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu,” ujar En. Ahmad Izham Omar lagi.

Jom Heboh TV3 Kuala Terengganu

Kali ini, Karnival Jom Heboh menjanjikan kandungan terbaru yang pastinya menarik perhatian anda menerusi gerai-gerai eksklusif mempromosikan program-program terkini dan slot berwajah baru, antaranya Studio Cereka, Inspirasi Wanita, MyTV3, TV3 Kids, Studio 3 dan tidak ketinggalan Kota Ilmu yang akan memuatkan segala maklumat, paparan menarik, cenderamata keluaran terhad dan promosi menarik slot Akasia, Samarinda, Lestary, Zehra dan Seram.

Selain darpada itu, antara aktiviti-aktiviti lain yang bakal mencuri tumpuan adalah seperti Petting Zoo, Sambutan Hari Jadi, Pertandingan Pakaian Beragam dan Peraduan Mewarna kelolaan TV3 Kids, beraneka aktiviti yang melibatkan artis seperti Adi Putra, Dynas Mokhtar, Chef Sherson (5 Rencah 5 Rasa), Shahz Jaszle, Kamal Adli, Irfan Roslan dan ramai lagi bersama peminat dan pengunjung di sepanjang dua hari Karnival Jom Heboh berkampung di Kuala Terengganu.

Sebelum menutup tirai di Kuala Terengganu, sebagai tanda penghargaan kepada semua para penonton setia dan peminat TV3 di Pantai Timur, pihak penganjur mempersembahkan sebuah konsert istimewa yang akan berlangsung malam Sabtu bermula jam 9.00 malam hingga 10.30 malam. Acara kemuncak yang sememangnya dinanti-nantikan oleh para pengunjung di bandar Darul Iman pastinya meriah dengan persembahan hebat daripada barisan artis berbakat seperti Anuar Zain, Hazama & Meet Uncle Hussain, Ning Baizura, Jaclyn Victor, Kumpulan Sofarz dan Shylah Amzah (Shila OIAM).

Jom Heboh TV3 Kuala Terengganu

Jom Heboh TV3 Kuala Terengganu

Berikut adalah senarai aktiviti yang dirangka sepanjang dua hari penganjurannya di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu.

SENARAI GERAI & AKTIVITI-AKTIVITI

CEREKA
• Pertandingan pakaian beragam ala 70-an di Studio Cereka sempena drama Gemilang – Jam 3.30petang, Sabtu & Ahad
• Sesi beramah mesra bersama pelakon Samarinda; Samson & Delaila (Adi Putra & Irfan Roslan) – Jam 10pagi, Sabtu
• Sesi beramah mesra bersama pelakon Gemilang (Shahz Jaszle & Kamal Adli) – Jam 12tengah hari, Sabtu

TV3 KIDS

• Peraduan Mewarna, Jumaat & Sabtu, 12tengah hari
• Pertandingan Pakaian Berhias/Beragam, Sabtu, 11pagi
• Sambutan Hari Jadi, Jumaat, 4petang
• Mini Explorace Kids, Jumaat & Sabtu, 5petang

KOTA ILMU

• Sesi ceramah & kaunseling, Jumaat & Sabtu
• Maghrib Berjemaah, Jumaat & Sabtu, 7malam
• Pameran bersejarah oleh Arkib Negara, Jumaat & Sabtu
• Tata tertib / demonstrasi bertawaf di Kaabah, Jumaat & Sabtu

MyTV3

• Tiru Gaya Artis, Jumaat & Sabtu, 11pagi
• Talent Drive Jumaat & Sabtu 4petang
• Pendaftaran ahli-ahli baru My TV3, sepanjang hari, Jumaat & Sabtu

Jom Heboh TV3 Kuala Terengganu

Inspirasi Wanita
• Wanita Hari Ini (WHI), Azura, Hazreena & Teh, Jumaat & Sabtu, 10 pg – 6 ptg
• Sesi Ramah Mesra bersama-sama host Sikecilku Chakk, Dynas Mokhtar
• Sesi Ramah Mesra bersama-sama artis slot Senda Pagi, drama Isteriku Bukan Queen Control – Amyza Adnan
• Masak bersama Chef 5 Rencah 5 Rasa, Jumaat & Sabtu, 11 pagi, Chef Shersen

Jom Heboh TV3 Kuala Terengganu

SIARAN LANGSUNG DARI TAPAK KARNIVAL

1.
Sembang-Sembang
Berlangsung dari jam 9.30 hingga 10.30pagi hari Jumaat dan Sabtu. Membincangkan isu-isu semasa selain menemuramah artis-artis, pihak berkuasa dan wakil penaja.

2.
Konsert Jom Heboh Kuala Terengganu 2011
Pentas Utama, Karnival Jom Heboh, Dataran Shahbandar dari jam 9.00 – 10.30 malam Sabtu. Hos: Ally Iskandar dan Faizal ‘FBI’ Ismail

3.
Al Kulliyah
Siaran langsung di persekitaran tapak karnival jam 5.00ptg – 6.00ptg hari Jumaat

4.
Liputan Berita
Bersama wartawan berita membawakan berita terkini dari tapak karnival; Buletin 1.30ptg & Buletin Utama 8.00mlm

PERSEMBAHAN KONSERT JOM HEBOH
Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shylah Amzah menyanyikan Di Mana Di Mana dan Beribu Sesalan. Anuar Zain pula mendendangkan lagu Kau Bunga Cintaku dan Sedetik Lebih. Sofarz menghiburkan penonton dengan lagu Maaf Dari Hati & Dan Bila Esok. Medley: Cinta / Kepantasanku Jaclyn Victor nyanyi lagu I Hate Myself For Loving You. Ning Baizura dengan lagu Mama Papa. Shylah Amzah nyanyi Penasaran. Hazama & Meet Uncle Hussain mengegarkan pentas dengan lagu Mula & Drama King serta Medley: Lagu Untukmu / Putihnya Lukisan.

Jom Heboh TV3 Kuala Terengganu

Jom Heboh TV3 Kuala Terengganu

Jom Heboh TV3 Kuala Terengganu

Jom Heboh TV3 Kuala Terengganu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album Terbaru Jinbara INTERPRETASI MENTAL

Video Persembahan Pertama Protege di Showcase Mentor 5