Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)













[ Iklankan Produk & Website anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Sekitar A Nite Show With… Anuar Zain di Dewan Perdana Felda

KONTROVERSI
Semalam (2 Mei 2008) telah berlangsung A Nite Show With… Anuar Zain di Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab Off Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Bagi Budiey, showcase ini boleh diletakkan sebagai showcase paling kontroversi setakat tahun 2008 ini. Mana tidaknya, isu Anuar Zain mengizinkan peminatnya mencium pipi di showcase ini telah menjadi perbualan hangat ramai pihak termasuklah pihak Jabatan Agama Islam. Apakah ada orang jabatan berwajib datang memantau semalam? Budiey pun tak pasti. Yang pasti, showcase sunyi dari sebarang kontroversi dan tampak meriah dan glam!

Bermula agak lewat iaitu tepat jam 8.40 malam, showcase dimulakan dengan emcee atau hos yang baru sahaja berhenti daripada TV3 iaitu Aidil Abdul Ghafar. Selain menjadi tumpuan peminat, showcase mega ini dihadiri oleh penasihat Pemangku Sultan Terengganu, Encik Bill Bora (orang kuat Rafflesia), Datin Nursiah Osman serta anak-anak yatim dan pengetua, Encik Jaafar Johan, dari Rumah Bakti Ulu Kelang. 20 minit kemudian, semua hadirin dijamu dengan masakan Melayu sajian lazat daripada Felda D’Saji.

Dua orang kakak Anuar Zain juga turut datang. Tapi Ziana Zain tak dapat datang sebab terpaksa hantar suaminya ke KLIA.

SOLD OUT CONCERT!
Budiey nak ucap tahniah kepada Sutra D’Mega kerana telah berjaya menggamit 1,240 orang peminat membeli tiket. Sekaligus menjadikan tiket untuk showcase ini SOLD OUT! Mengikut sumber yang Budiey dengar, banyak juga syarikat korporat dan badan-badan yang membeli meja termasuklah Felda, Bank RHB dan banyak lagi. Sehingga semalam pun, ramai lagi peminat yang mahu membeli tiket tetapi apa boleh buat, tiket memang dah habis. Dulu, Budiey ingat show semahal ini takkan laku, tapi tengoklah sambutannya… bak kata Mr Bill Borra…”Memang happening!”

Memandangkan ini adalah projek pertama Sutra D’Mega, Budiey kira satu kejayaan telah dicipta walaupun terpaksa melalui pelbagai rintangan. Tahniah! Khabarnya, Sutra DMega akan menganjurkan Reff Party di Sepang bulan Ogos ini dan Konsert Wings & Search Double Trouble pada penghujung tahun ini. Wah! Mesti malatops la ni.

JURUTERA BUNYI BOIKOT ANUAR?
Tidak tahu apa malang menimpa, Anuar Zain terpaksa akur inilah satu pengorbanan dan ujian buatnya. Bermula dari siang tadi, dalam perjalanan untuk melakukan ujian bunyi, kereta yang dinaikinya rosak. Masalah kesesakan lalulintas juga turut dilalui dengan sabar dan kerja keras dibuat untuk sound check yang agak panjang iaitu selama 4 jam.

Ini semua untuk menghasilkan yang terbaik kepada peminat sesuai dengan harga tiket yang dibayar. Bukan setakat itu sahaja, seorang jurutera bunyi, Anthony yang menjadi tulang belakang showcase ini juga turut hilang dan tidak muncul sehingga showcase selesai. Patutlah mutu bunyi agak kurang mantap, tak mengancam dan bergema sedikit. Nasib baik mereka punya back-up. Apa-apa pun, Anuar tidak melenting dan tidak mahu mengeruhkan keadaan sebab Anthony sudah setahun bekerjasama dengan Anuar.

BERBALOI KE?
Memang harga tiket agak mahal iaitu RM300, RM350, RM400 dan tiket istimewa RM650, pakej meja berharga RM3000, RM3500, RM4000 serta RM6500. Berbaloi ke? Korang yang datang puas hati tak? Itu je soalan Budiey nak tanya. Dan kalau ditanya kepada Budiey, memang Budiey akan jawab masih tidak puas hati sebab showcase terlalu pendek dan sangat sekejap. Namun, Budiey percaya, sebilangan besar peminat rasa berbaloi dengan persembahan vokal mantap dari suara jantan Anuar Zain dan jamuan makan malam yang sedap!

RANGKAIAN LAGU TOP ANUAR
Niat untuk mengubat rindu peminat sudah tercapai dengan rangkaian lagu-lagu yang didendangkan. Antara lagu Keabadian Cinta, Sesuci Cintamu, Semuanya Untuk Mu, I’m The Lucky One, Kau Bunga Cintaku, Mungkin, Sinaran Suria, Jangan Bersedih Lagi. Di satu ketika selepas mendendangkan lagu Teman Terulung bersama seorang wartawan bertaraf diva, Anuar Zain yang menggayakan sut serba hitam meninggalkan pentas buat seketika membiarkan peminat ternanti. Ternyata Budiey lihat ramai peminat masih meminta dan melaung untuk Anuar terus menyanyi.

Tidak lama kemudian, Anuar menyempurnakan persembahan dengan lagu kegilaan ramai, Lelaki Ini. Anuar Zain menerima tepukan meriah. Tidak ada lagu Inggeris dinyanyikan kerana Anuar mahukan show kali ini untuk hiburan semua.

Lagu Ketulusan Hati, sebuah lagu yang terakhir ditinggalkan buat kenangan peminat. Namun, Budiey kira peminat masih tidak berpuas hati dengan persembahan pendek ini. Jadi, sudah tiba masanya Anuar Zain merancang untuk mengadakan konsert yang lebih mega sifatnya. Apabila ditanya, memang Anuar Zain dah lama nak buat konsert tetapi tengok kepada jadual, sponsor, perancangan pemasaran yang kuat dan promosi yang hebat.

CABUTAN BERTUAH
Untuk menutup tirai, hos menjemput Pengarah Urusan Sutra D’mega untuk cabutan bertuah pada jam 10.45 malam. Hadiah berupa barangan kemas Rafflesia. Rozita Ali antara penonton bertuah mendapat barangan Rafflesia dan The Most Glamourous Dress dimenangi oleh perempuan yang berbaju hijau. Budiey lupa nama wanita cantek itu. Hadiah disampaikan sendiri oleh Anuar Zain.

Mungkin ini berita baik buat semua. Anuar Zain akan buat konsert mega pertamanya pada penghujung tahun ini samada di Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil. Anuar juga tidak mahu terlalu expose dan tidak terlalu kerap keluar buat show.

Gambar Anuar Zain ketika sidang akhbar selepas showcase.

AKHIRNYA ANUAR ZAIN DICIUM TAPI…?
Nampaknya, tiada aksi yang tidak senonoh seperti yang digembar-gemburkan peminat boleh mencium pipi Anuar Zain. Jauh sekali untuk melihat peminat yang jatuh di riba Anuar. Namun, akhirnya Anuar Zain dicium juga oleh seorang peminat cilik yang dijemput ke atas pentas. Kata Anuar, budak kecil, tidak mengapa. Huhu!

Sebaliknya, Anuar Zain agak terkilan kerana tidak dapat turun bersalaman dengan semua yang hadir sebab takut terjadi peristiwa dicium dan dipeluk oleh peminat. Budiey dapat lihat di hadapan pentas, peminat dah mula beratur nak cium Anuar. Tapi malanglah… kesian pun ada.

Nampaknya sampailah hajat Anuar untuk bergembira bersama peminat dengan menghargai setiap yang datang secara eksklusif. Soalnya puas atau tidak, itu bergantung pada penonton. Persembahan vokal Anuar? Budiey kasi 3 bintang dari 5. Memang superb!

Technorati Tags: , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Anuar Zain @ Sidang Media A Nite With… Anuar Zain
  • Isu Peminat Cium Anuar Zain Sebagai Strategi Marketing?
  • Sneak Preview Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain
  • Showcase A Nite With… Anuar Zain @ Dewan Perdana Felda
  • Gambar Anuar Zain Superimpose Bertudung Tersebar di Internet
  • Gambar Kekasih Anuar Zain
  • Majlis Aidilfitri Bersama Anuar Zain Anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd
  • Sekitar Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain
  • Showcase Jinbara di Ruums KL & Lagu Lirik Lelaki Ini Anuar Zain
  • Gambar Eksklusif AE 07 & Ulasan Album Anuar Zain



  • 12 Komen untuk entri “Sekitar A Nite Show With… Anuar Zain di Dewan Perdana Felda”

    1. naNaku kata:

      owh tidak…………..abg anuar….handsomenye cyg….muahhhhh cyg abg anuar… :) dimple dia tu x thn nk tgk…………….comellllllllllllllllllllllllllllllllll

    2. glam 55 kata:

      yang pakai macam jalang ala2 moden la konon tu dr planet mane agaknye

    3. hanz kata:

      enjoy tol dorn nie sampai panjang muncung seko2 menyanyi brbaloi lh tu

    4. naNaku kata:

      HEHEHEHHEEHE………..jalang ke? ahaks………ok le tu ( bak kata saida ) :P

    5. nita kata:

      tahniah lah buat anuar sbb dpt mengelakkan perbuatan yg tak sepatutnya …

    6. chindi kata:

      ensemnya anuar,hinanya pompuan tu..

    7. eyta kata:

      well done az.. performance mmg superb!

    8. Andie kata:

      tadi budiey cakap berbaloi ke tak kan? ala sure la berbaloi sebab most of them di sponsored oleh company. Secretary week katakan…kalau bayar sendiri, dijamin tak berbaloi sbb harga tix Celine Dion pun boleh dpt RM200

    9. sisanuarzain kata:

      apa yang tak berbaloi nya?? saya sendiri bayar sendiri2 …rm650…puas…dan happy sangat….. rasanya dia dah buat yang terbaik…….apa yang dia lakukan…..semua untuk memuaskan ati semua pihak..adakala dia sendiri tidak puas!!!! kesian kat anuar..kasi ler dia peluang untuk bebas dari KONTRAVASI yang dah basi ni…pleaseeeeeeeeeeeeeeeee

    10. diva in red kata:

      it was the best malaysian album ever, that was a great concert… in fact tak puas….i wish i can get more of anuar zain…
      inilah satu satunya diamond in the rough. he is THE malaysian act to watch right now…

    11. orenx-gurlz kata:

      mmg gempaq gila….puas and berbaloi la……show dia mmg power….
      happening…….abg anuar zain ensem sgt2……huhuhu =)

    12. Honeybee kata:

      Really hope AZ dpt maintain rmbut pndk .. kemas gitu sih …

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET