in

Sekitar 5 Malam 4 Hari Rambut Raya TV9

[dropcap]B[/dropcap]aru-baru ini telah berlangsungnya acara 5 Malam 4 Hari Rambut Raya TV9 Bersama Media di A-Saloon, Sunway Piramid. Suasana menjadi gamat dengan kehadiran wakil-wakil media yang sangat teruja untuk merubah penampilan mereka sebagai persiapan menyambut Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

Ini merupakan kerjasama tahun kedua antara TV9 dan A-Saloon yang kini sudah pun memiliki 9 buah cawangan di seluruh Malaysia seperti di Kuala Lumpur, Kelana Jaya, Shah Alam, Puchong dan Putrajaya.

IMG_2362

[dropcap]S[/dropcap]elain daripada servis professional yang disediakan, A-Saloon turut menyediakan sebuah tablet bagi setiap pelanggan melayari internet sambil menanti rambut mereka didandan oleh pendandan rambut professional yang ramah memberi layanan. Lebih istimewa, pihak A-Saloon telah berbesar hati untuk menghadiahkan produk penjagaan rambut kepada para media untuk dibawa pulang.

Acara turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti seperti Azlee Khairi, Sari Yanti dan Sasha Saidin. Mereka juga akan muncul dalam telemovie istimewa di TV9 Syawal nanti.

Jangan lupa untuk menonton lakonan mereka sepanjang Syawal ini dalam telemovie Geng Kampung Pisang dan Mimpi Fara yang bakal bersiaran pada hari raya pertama dan ketiga pada jam 1.30 tengah hari menerusi 5 Malam 4 Hari di TV9.

Kemeriahan Syawal semakin terasa bersama 5 Malam 4 Hari TV9 dan di kesempatan ini TV9 mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan padu rakan-rakan media dan juga penonton setia TV9. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Azlee Khairi

Azlee Khairi-Selepas

azlee.sariyanti.sasha

sari yanti

3 artis dan Director

artis, director dan stylist

azlee

wakil media

PROGRAM-PROGRAM MENARIK TV9 SEPANJANG RAYA

MALAM RAYA, 7 OGOS (RABU)

Ketupat Rendang Kopi O
8.00 pagi
Rancangan bual bicara khas di pagi raya menampilkan para penyampai muda seperti Hani Hatim, Fizo, Omar, AG, Luqman dan beberapa hos jemputan terkenal akan turut memeriahkan lagi pagi hari raya pertama anda.

HIP TV RAYA
8.30 malam
Dalam anda membuat persiapan di malam raya, jangan ketinggalan untuk mengikuti perkembangan dunia hiburan dengan gandingan pengacara baru Hip TV iaitu Hani Hatim dan Aidid Marcello bersama tetamu jemputan mereka iaitu Najwa Latiff dan Black. Pelbagai informasi menarik mengenai selebriti kesayangan anda akan dipaparkan menerusi Hip TV edisi istimewa Syawal ini.

SKRIN DI 9: SEBERANG TAKIR
9.15 malam
Mengisahkan mengenai Mak Yam yang menderita sakit kanser dan hanya tinggal tiga bulan lagi untuk hidup. Mak Yam mempunyai tiga orang anak lelaki yang masing-masing sudah dewasa dan bekerjaya. Kerana masanya sudah singkat, Mak Yam ingin menghabiskan masa bersama anak-anaknya. Tetapi malangnya, mereka sukar untuk membahagikan masa mereka untuk menjaga Mak Yam. Mak Yam kecewa dan akhirnya membawa diri pulang ke kampungnya di Seberang Takir dan menghabiskan sisa hayatnya di kampung.
Pelakon: Normah Damanhuri, Fizz Fairuz, Erry Putra, Azlee Khairi, Ana Dahlia dan Dilla Ahmad.

HARI RAYA PERTAMA, 8 OGOS (KHAMIS)

Stailista Unplugged
10 pagi
Meriahkan hari pertama Aidilfitri anda dengan menonton konsert yang menggabungkan empat penyanyi wanita terbaik di Malaysia iaitu Dato’ Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Alyah dan Najwa Latiff di atas satu pentas! Selain daripada menyanyi, keempat-empat penyanyi ini akan berkongsi sedikit tips mengenai citarasa berfesyen bersama pereka fesyen pilihan mereka. Pilihan lagu menarik seperti Untuk Dia, Kosong, Galau, Masih Aku Cinta, Realiti Dewi, Kau Yang Terindah dan juga lagu-lagu medley seperti, Senandung Semalam, Rendang Tak Berbuah, Kepadamu Kekasih, Penawar Rindu, Semakin Hari Semakin Sayang dan banyak lagi pasti menghiburkan anda di pagi raya!.

Geng Kampung Pisang
1.30 tengah hari.
Sherry telah pulang ke Kampung Pisang untuk melawat ibu-bapanya setelah lama tidak pulang ke kampung halamannya itu. Kepulangan Sherry telah membuatkan dua ketua kumpulan gengster kampung iaitu AG dan Faizal bertelagah kerana masing-masing terpikat dengan kecantikan Sherry. Bagi menentukan siapa di antara mereka dapat memiliki Sherry, satu pertandingan memasak lemang telah diadakan oleh bapa Sherry. Pelbagai cara dan gelagat melucukan terjadi apabila dua gangster Kampung Pisang bertungkus lumus membuat persiapan pertandingan lemang itu.
Pelakon: Sari Yanti, Faizal Ismail, AG, Kieran dan Ikhwan.

Bola Kampung The Movie
4.30 petang
Amanda merupakan seorang puteri yang berasal dari dunia maya sebuah permainan bernama ‘Kingdom Hill’. Baginda telah dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari Perwira Suria, iaitu penyelamat yang boleh menamatkan krisis yang sedang melanda kerajaannya. Malangnya, baginda hilang ingatan sebaik sahaja tiba di Kampung Gong Lechar. Iwan yang merupakan hero Bola Kampung telah tersalah sangka bahawa Puteri Amanda adalah saudaranya yang sepatutnya datang melawatnya di kampung semasa cuti sekolah.

Ronggeng Rendang
6.30 Petang
Mari ikuti perjalanan Ryan Matjeraie, seorang DJ yang berketurunan Ireland menjejak resepi pembuatan rendang daripada akar umbi. Rendang makanan tradisi Melayu telah mendapat tempat di antara 50 makanan yang paling lazat didunia menerusi rangkaian CNN. Ryan Matjeraie akan mencabar dirinya untuk mencari bahan-bahan asas untuk membuat rendang, memasak dan akan menghidang hasil masakannya untuk dirasa oleh kepada keluarga diraja dan penguji makanan professional.

Hot TV Raya, 8 & 9 Ogos
7.30 malam
Hot TV tidak ketinggalan untuk turut memeriahkan lagi sambutan syawal anda. Anda pasti terhibur dengan pelbagai gelagat para penyampai radio Hot FM seperti Fara Fauzana, Faizal Ismail, AG, Leya, Suraya dan ramai lagi yang mempunyai cara tersendiri untuk menyambut raya. Jangan ketinggalan untuk gelak sakan bersama mereka.

Rockestra
8.30 malam
Saksikan bintang rock lagenda, Amy Search beraksi bersama Black dan Azlan and The Typewriter dengan iringan orkestra. Antara lagu-lagu popular yang akan dipersembahkan seperti Hukum Karma, Kerja Gila, Idola, Teman Pengganti, Bohemian Rhapsody, Sofea Jane dan banyak lagi. Anda pasti terpukau dengan persembahan dan paduan suara mereka.

Oh! Kampungku
9.30 malam
Seorang gadis bandar yang cuba untuk menyesuaikan diri untuk menyambut raya di kampung. Drama ini menampilkan Liyana Jasmay dan penampilan khas daripada suaminya sendiri, untuk membuat persiapan raya mengikut tradisi di kampung tersebut, segalanya atas usahanya sendiri. Adakah dia akan berjaya?

The Expendables
10.30 malam
Mengisahkan mengenai sekumpulan bekas patriot yang diketuai Barney Ross yang ditugaskan oleh Mr. Church untuk menggulingkan Jeneral Gaza, seorang diktator kejam di Vilena. Tugasan itu memerlukan Barnye dan ahli kumpulannya, iaitu Lee Christmas, Yin Yang, Hale Caesar, Toll Road dan Gunnar Jensen kembali bekerja sama. Di Vilena, mereka dibantu oleh Sandra, yang juga anak kepada Jeneral Gaza yang memperjuangkan kebebasan daripada jajahan ayahnya sendiri. Apa yang lebih mengejutkan mereka, kekejaman di Vilena rupanya didalangi James Monroe, bekas perisik CIA yang mahu menguasai Vilena.
Pelakon: Sylvester Stallone, Jason Statham, Dolph Lundgren, Jet Li, Terry Crews dan Mickey Rourke.

HARI RAYA KEDUA 9 OGOS (JUMAAT)

Mini Busking
10 pagi
Konsep berlainan cuba ditonjolkan menerus program Mini Busking dimana setiap band iaitu Najwa Latif bersama ahli bandnya, Black & Parallax serta Amir Jahari dan Go Gerila perlu melengkapkan cabaran yang ditetapkan. Setiap peserta akan diberi peta klasik untuk ke destinasi yang ditetapkan bagi mendapatkan alatan muzik yang bakal digunakan untuk sesi busking mereka di akhir rancangan. Rancangan ini akan diacarakan oleh Radhi OAG.

Mana Kuali Opah?
1.30 tgh hari.
Kisah Opah dan kuali kesayangannya. Opah suka memasak rendang tok kesukaan ramai menggunakan kuali kesayangannya. Semua ahlik keluarga Opah menjadi panik apabila kuali kesayangan Opah hilang, malahan seluruh kampung turut risau memikirkan mengenai kehilangan kuali itu, sedangkan Opah tidak tahu menahu bahawa kualinya telah hilang. Mereka kalut memikirkan dan menyiasat siapakah yang telah mengambil kuali opah kerana tidak mahu Opah susah hati dengan kehilangan kuali kesayangannya itu. Mana kuali Opah??
Pelakon: Norlia Ghani, Amy Mastura, Hairi Safwan, Wahid dan Azza Elite.

I Heart Kurma
4.30 petang
Mengisahkan Umar dan kawan baiknya, Hafiz yang selalu dibuli oleh pembuli di sekolahnya, Doll. Kehidupan Umar berubah apabila dia bertemu Pak Yusof ketika Umar menunggu ibunya di depan gerai Kurma Pak Yusof. Pak Yusop telah memberinya sekotak kurma secara percuma dan menasihatinya untuk makan dengan cermat. Keesokkan harinya, Umar memakan kurma itu untuk sarapan dan Umar menjadi cekap dan cerdas di sekolah walaupun ketika itu mereka sedang berpuasa. Doll masih lagi mengutip duit poket daripada Umar dan tanpa dijangka Umar akan menentangnya. Umar menyedari kurma yang dimakan memberinya kuasa ajaib. Apa yang Umar akan lakukan dengan kuasa ajaibnya?
Pelakon: Ben Laden, Hadi, Iz Ilham, Kaza dan Ziela Jalil.

Switch Off Raya
6.30 petang
Switch Off kini kembali bagi edisi istimewa Syawal ini bersama Radhi OAG. Bersama Tai Bakar, Sharifah Sakinah, Jay Iswazir, Alam (Wakaka Crew) dan Adam Shah mereka akan diuji dalam kegelapan malam di sebuah rumah besar di mana mereka perlu meloloskan diri dalam masa yang ditetapkan atau mereka akan terkunci di dalamnya.

Galaksi Raya
8.30 malam
Galaksi tidak mahu ketinggalan untuk memeriahkan hari raya anda. Galaksi raya akan memaparkan Kiah Propa yang telah lambat untuk ke studio bagi rakaman program hari raya. Pihak produksi telah memulakan rancangan itu tanpanya dan dalam keadaan yang tergesa-gesa untuk ke studio, perjalanan Kiah telah menemukannya dengan beberapa selebriti dan individu yang mempunyai gosip hangat untuk dikongsikan bersama penonton.

Versus Raya
9.30 malam
Mesti anda semua tidak sabar untuk menonton gelagat Estranged, Kristal , Kyoto Protocol, Manifesto, dan Oh Chentaku memasak juadah raya bukan? Istimewa Syawal ini, band-band kesayangan anda akan kembali beraksi tetapi kali ini bukan di atas pentas, sebaliknya di dapur! Nak tahu menu apa yang akan disediakan kelima-lima band Versus musim kedua ini, saksikan mereka dalam Versus Raya.

Rambo
10.30 malam
Rambo telah menyertai tentera upahan di Thailand untuk masuk ke zon peperangan di Myanmar. Misi Rambo pada kali ini adalah untuk menyelamatkan sekumpulan sukarelawan yang telah diculik oleh gerila tempatan yang bertindak kejam terhadap tahanan mereka.
Pelakon: Sylvester Stallone, Julie Benz, & Matthew Marsden.

HARI RAYA KETIGA 10 OGOS (SABTU)

Mimpi Fara
1.30 petang
Telefilem selama 2 jam ini mengisahkan tentang Fara pulang ke kampung halamannya sempena Aidilfitri ini. Di kepulangannya, Fara mendapat berita yang abangnya bakal berkahwin. Lebih mengejutkan Fara, abangnya akan berkahwin dengan gadis yang membulinya ketika disekolah menengah. Tekad menyelamatkan abangnya, Fara membuat keputusan untuk mendedahkan perangai sebenar tunang abangnya. Apa rancangan Fara?
Pelakon: Fara Fauzana, Azlee Khairi, Zul Ariffin dan Aida Khalida.

Seringgit Kashorga
4.30 petang
Am merupakan seorang anak tunggal yang tidak pernah merasai suasana kampung. Pada Aidilfitri kali ini, Am buat pertama kalinya akan pulang beraya ke kampung halaman bapanya. Kehidupan di kampung tanpa gajet-gajet mewah membosankan Am. Tok Ki menceritakan perihal duit RM1 yang ajaib namun Am tidak mempercayainya. Ketika Am dan rakan-rakan barunya pergi beraya, mereka kehilangan duit ajaib itu! Lihat bagaimana mereka mengesan kehilangan RM1 itu disamping berlakunya pelbagai kejadian yang tidak diingini sepanjang perjalanan mereka.
Pelakon: Puteri Balkish, Adam Hazly, Razak Ahmad, Hamidah Wahab dan Cico Harahap.

Bintang Mencari Pasal Raya
6.30 petang
Bersama Joey dan peserta Bintang Mencari Bintang dalam pertarungan ala Amazing Raca dan Running man Aidilfitri ini. Kesemua perserta perlu melengkapkan cabaran yang memerlukan mereka menyanyi, berlakon, berlawak dan bermacam lagi bagi membolehkan mereka memperoleh klu untuk menyelesaikan tugasan seterusnya.

Mad Markets Raya
7.30 malam
Rancangan berbentuk travelogue ini menampilkan selebriti Hanis Zalikha sebagai hos kembali mengembara seluruh Asia membeli-belah untuk persiapan Hari Raya! Saksikan perjalanan penulis blog tersebut bersama selebriti jemputan dalam mencari barang-barang antik dan unik di Asia.

Mission Imposibble 3
10.30 malam
Ejen Ethan Hunt sanggup melepaskan kerjanya melatih ejen-ejen kerana mahu berkahwin dan mulakan hidupnya bersama seorang wanita bernama Julia. Tetapi sahabatnya, Billy Musgrave memberitahu seorang ejen dibawah kawalannya menjadi tebusan pada seorang pengedar senjata api. Ethan membuat keputusan untuk menyelamatkan ejen berkenaan namun gagal kerana ejen itu dibunuh melalui suis yang dilekatkan dibadannya. Konflik berlaku apabila selepas pengedar senjata api terlepas dari kawalan dan Julia diculik!
Lakonan: Tom Cruise, Philip Seympur Hoffman, Ving Rhames, Billy Crudup dan Michelle Monaghan.

HARI RAYA KEEMPAT 11 OGOS (AHAD)
Sweet Lola
1.30 petang
Kisah bermula selepas ibu bapanya meninggal dunia, dimana Lola mula tinggal bersama Uncle Don dan Auntie Gee. Lola bekerja sebagai pembantu editor majalah dan selalu rasa dibuli oleh ketuanya, Cik Tifa. Bagi mengurangkan tekanan, Lola akan menghabiskan masanya di dapur membuat cupcake. Sehingga pada suatu hari, Lola dengan tidak sengaja telah melanggar Zain dengan kereta baru milik bosnya. Apa yang akan berlaku pada Lola dan mangsa langgarnya, Zain?
Pelakon: Scha Al-Yahya, Ammar Asyraf, Didie Alias, Mustapha Kamal, Aleza Shadan dan Talha Harith

Bananana Squad VS Idola Kecil
3.30 petang
Saksikan keletah mencuit hati Hadi, Deera, Alisya, Nazsha, Zul, Izwan, Darling dan Haiqal berentap mewakili pasukan masing-masing dalam rancangan berbentuk game show ini.

Cokelat Maraton
4.30 petang
Kisah ini menceritakan perjalanan cinta tiga segi di antara Lat, Anis dan Johan. Lat meminati dan dalam masa yang sama Johan, lelaki yang suka membuli Lat juga meminati Anis. Johan yang merupakan olahragawan sekolah telah mencabar Lat untuk memasuki pertandingan maraton. Jojo, rakan baik Lat sanggup melatih Lat pada minggu pertama tetapi Lat bersikap acuh tak acuh dan hanya mahukan coklat sebagai habuan. Abang saudara Jojo, Abang Ali sanggup melatih Lat dan menggunakan hadiah coklat setiap 10 meter Lat berlari. Suatu hari, Anis mendapat tahu Lat memasuki pertandingan maraton dan memberi semangat kepada Lat serta berlatih bersama. Namun, ketika pertandingan, Lat pengsan dan dibawa ke hospital.
Pelakon: Daniel Iman, Ben Ladin, Errynne Errynna, Azam Idola Kecil 2, Nas-T, Mustafa Kamal dan Emma Akma

FBI Raya Sakan
8.30 malam
Aidilfitri ini, FBI atau Faizal Ismail mengadakan rumah terbuka!. Rumah terbuka yang diadakan di studio itu akan menyaksikan pelbagai sketsa dan sesi nyanyian daripada tetamu-tetamu jemputannya seperti Bell Ngasri, Fara Fauzana, Angah, Nabil, Yana Shamsudin, Scha Al-Yahya, Aizat dan Hafiz Suip.

Mr. Bean Holiday
10.30 malam
Kisah Mr. Bean bermula apabila dia memenangi sebuah pertandingan yang menawarkan hadiah percutian. Percutian ini melibatkan perjalanan keretapi ke Cannes, kamera video dan 200 dolar. Bermula di Pantai French Riviera, Bean mula merekod percutiannya. Berikutan salah faham yang melibatkan teksi di Stesen Kereta Api di Gare du Nord di Paris, Bean terpaksa berjalan kaki ke stesen keretapi yang membaw anya terus ke arah Cannes. Ketika di platform, Bean meminta tolong seorang lelaki, Dachevsky mengambil gambarnya berjalan ke arah keretapi. Ketika itu, keretapi sedang bergerak dan hanya Bean sahaja yang sempat menaikinya. Anak lelaki Dachevsky, Stepan ditinggalkan bersama Bean di atas keretapi dan Bean merasa bertanggungjawab menjaga Stepan sehingga menemukan ayahnya. Bean melayari percutiannya dan membuat memori baru bersama Stepan.
Pelakon: Rowan Atkinson, Emma De Caunes, Maz Baldry, Willem Dafoe, Karel Roden dan Jean Rochefort.

HARI RAYA KEENAM 13 OGOS (SELASA)
Kidnap
8.30 malam
Saksikan keletah selebriti popular seperti Nas-T, Aiman Hakim, Nabila Huda dan Zarina Zainoordin apabila mereka diculik dan dipaksa untuk menyertai rancangan realiti dimana mereka terpaksa bersaing sesama sendiri dan mencari jalan keluar daripada pulau tersebut.

HARI RAYA KETUJUH 14 OGOS (RABU)
Ada Bran
8.30 malam
Rancangan yang diadaptasikan melalui program Fear Factor ini menampilkan selebriti-selebriti Malaysia seperti Almy Nadia, Tunku Hanis, Nas-T, Soo Winchi, Khairul Fahmi dan Hazama. Mereka akan di uji dengan cabaran seperti cabaran berapi, cucian pendulum, kelasi terakhir, terjunan paskal, rutin komanda dan sangkar ular.

RAYA KESEBELAS (AHAD)
18 Ogos, 8.30 malam
AWAL LAGI RAYA
Rancangan Awal lagi kembali untuk musim kedua. Masih lagi dikendalikan oleh Awal Ashaari sebagai pengacaranya, episod pertama membuka tirai dengan kisah-kisah menarik mengenai persediaan raya selebriti dan keadaan selepas raya setelah berhabisan untuk beraya akan dikongsikan bersama peminat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Liza Hanim di Rakaman Melodi Raya 2013

Suria FM Tampil Dengan Album Raya RAYA SURIA