in

Seekers Musim Ke-9 Singkap Kewujudan Entit

Diam tak diam, siri penyiasatan paranormal ntv7, Seekers kini memasuki musim yang ke-9. Ternyata rancangan popular itu tetap mendapat tempat di hati penonton yang gemar menyelongkar ke dalam alam paranormal. Kembali di atas permintaan ramai, rancangan Seekers musim 9 yang bersiaran bermula 11 September ini, setiap hari Rabu jam 8.30 malam bakal ke udara selama satu jam berbanding musim sebelumnya.

RANCANGAN SEEKERS MUSIM KE-9 GABUNG PENYIASAT TEMPATAN DAN ANTARABANGSA DALAM DUNIA PARANORMAL

Berbeza daripada musim sebelum ini, Seekers bakal menggunakan kepakaran penyiasat paranormal antarabangsa terkenal yang pastinya bakal memberi lebih perspektif kepada para penonton di rumah. Penyiasat yang dimaksudkan itu adalah Robb Demarest dari Amerika yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam misi pencarian entiti misteri dan pernah mengendalikan siri Ghost Hunters International yang telah disiarkan di lebih 20 buah negara. Turut menemani Robb ialah rakannya, personaliti masakan, Jackie M yang merupakan anak kelahiran Seremban tetapi amat terkenal di dunia masakan Australia. Walaupun daripada bidang yang berbeza, Jackie bakal mencabar dirinya untuk tujuan yang sama.

Seekers musim 9 juga memperkenalkan seorang lagi pengacara baru iaitu pelakon kacukan – Jufri Rayyan Williams – untuk digandingkan bersama Syai yang merupakan penyiasat daripada musim lalu.

“Gabungan penyiasat tempatan dan antarabangsa dalam Seekers 9 pastinya memberikan dinamik di dalam siri kali ini kerana masing-masing mempunyai perspektif yang berbeza serta pandangan mereka yang tersendiri,” kata penerbitnya, Aeizul Reeza Ismail.

Seekers musim 9 juga dilengkapi dengan pelbagai alat-alat teknologi bagi mendapatkan lebih banyak barang bukti hasil kerjasama bersama Robb Demarest. Antara teknologi yang digunakan adalah mesin mengesan pergerakan, kertas sensitif haba, penjana ion, penjana EMF, pistol haba, cermin mata berkamera dan pelbagai lagi.

“Menerusi teknologi yang kami gunakan nanti, kami berharap pelbagai bukti saintifik dapat kami perolehi dan seterusnya menyangkal dakwaan negatif terhadap rancangan ini,” tambah Aeizul.

Kali ini, para penyiasat Seekers akan ke serata Malaysia seperti Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Johor bagi membongkar beberapa lagi aktiviti paranormal sepanjang 13 episod ia disiarkan.

Sebelum menyelongkar misteri di lokasi yang mereka singgahi, Syai, Jufri, Robb dan Jackie akan melakukan kajian dengan menemubual orang ramai mengenai tempat kejadian yang dikatakan aneh. Mereka juga akan mengumpul data-data yang boleh dikaitkan dengan peristiwa ganjil itu sebelum membuat persediaan dan berjaga malam untuk cuba berhubung dengan sebarang kebarangkalian aktiviti paranormal.

“Kami amat teruja kerana Seekers musim 9 menampilkan personaliti antarabangsa – Robb Demarest & Jackie M – yang sudi bekerjasama dalam menjayakan siri kali ini. Saya percaya peminat Seekers akan lebih berpuas hati dengan konsep musim terbaru ini kerana lebih banyak pendekatan saintifik yang akan digunakan. Kami juga ingin berterima kasih kepada para penonton kerana banyak memberikan maklum balas yang membina terhadap Seekers yang merupakan antara rancangan yang paling lama ke udara di ntv7,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

Saksikan rancangan Seekers musim ke-9 yang akan menemui para penonton bermula 11 September 2013, setiap hari Rabu jam 8.30 malam hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7. Maklumat lanjut, layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan terbaru kami di Facebook dan Twitter ntv7. Seekers musim 9 juga boleh ditonton semula di www.tonton.com.my.

Penyiasat Seekers Musim ke-9:

Robb Demarest I Jackie M I Jufri Rayyan I Syai

About Robb Demarest
Once upon a time, there was a man whose job was to inspire the younger generation academically. With an education background in Business Administration and Psychology, that man took a career detour to bravely pursue his passion in the mysterious world of paranormal activity. He is now living-proof the saying that goes ‘if you go after your passion, everything else will take care by itself’.

Highly respected by his fans and ‘friends’ of the same field, Robb Demarest has 20 years of experience under his belt as a paranormal investigator and continues to gain new followers worldwide as his approach is not only scientific, he also practices a ‘no non-sense’ style in exploring the world of the unknown.

About Jackie M
Being a good friend of Robb Demarest, she saw an opportunity for her to join him in his paranormal investigation with ‘Seekers’ and being the go-getter that she is, Jackie is now Robb’s trusty companion for the show. Although she and Robb’s appearance are only in Episode 1 to Episode 5, it would be interesting to watch a renowned Malaysian food expert to take on such adventures. Could her culinary skills help her through the journey to find the truth of the underworld? We’ll soon find out.rtal TonTon (www.TonTon.com.my).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sunsilk Lancar Sunsilk Hair Fall Solution Hair Tonic

Drama Bersiri The Liar di ntv7