Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Secretaries Week Rafflesia @ Hotel Istana, Kuala Lumpur



Pada 16 April depan, Rafflesia Pearl Centre dengan kerjasama Hotel Istana, Kuala Lumpur akan menganjurkan Minggu Setiausaha dalam satu majlis makan tengahari istimewa di Grand Mahkota Ballroom, Hotel Istana, Kuala Lumpur.

ARTIS TERLIBAT
Majlis yang dijadualkan mengambil masa tiga jam setengah ini akan menampilkan persembahan hebat daripada 10 diva popular tanahair iaitu Erra Fazira, Ning Baizura, Jacyln Victor, Ziana Zain, Fauziah Latiff, Liza Hanim, Azharina, dan Noryn Aziz. Sambil berhibur dan menjamu selera, tetamu juga boleh bergelak ketawa apabila pengacara dan pengarah prolifik, Harith Iskander tampil untuk penampilan istimewa.

FASHION SHOW
Selain daripada persembahan artis, pada hari berkenaan juga Rafflesia dengan bangganya akan memperagakan set barangan kemas dari koleksi terbaru mereka yang akan diperagakan oleh model-model ‘catwalk’ Malaysia terkenal iaitu Nasha Aziz, Aleeza Kassim, Fadzlun, Amber Chia dan Deborah Henry.

CABUTAN BERTUAH
Bagi menghargai jasa para setiausaha, pihak Rafflesia Pearl Center telah menyediakan 15 set barangan kemas Rafflesia berharga RM5,000 setiap satu dan ditambah pula 15 set coklat premium berharga RM1,500 setiap satu, bagi setiausaha yang bertuah. Selain dari itu, pihak Istana Hotel juga menyediakan pelbagai hadiah dan boucer untuk meraikan mereka.

HUBUNGI SEGERA!
Bagi yang berminat untuk turut serta dalam majlis ini, tiket-tiket dijual pada harga RM650 setiap satu. Untuk tempahan tiket dan keterangan lanjut, sila hubungi hotline 03 – 21419988, sambungan 3667.

[tags]Secretaries Week Rafflesia, Hotel Istana, Kuala Lumpur, Erra Fazira, Ning Baizura, divX download, Jacyln Victor, Ziana Zain, Fauziah Latiff, Liza Hanim, Azharina, Noryn Aziz, Nasha Aziz, Aleeza Kassim, Fadzlun, Amber Chia, Deborah Henry, reservation, ticket, Rafflesia Pearl Center, pda, mp3, player, gadget, Sloan-Kettering, Harith Iskander[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Koleksi Video Persembahan Anuar Zain Secretaries Week 2012
  • Ziana Zain, Erra Fazira & Pereka Fesyen @ PC Rafflesia’s Secretaries Week
  • Gambar Selebriti di Malam Gala Rafflesia 2011
  • Photo Dayang Nurfaizah @ PC Secretaries Week Lunch Extravaganza 2008
  • Trivia: Tas Tangan Pelakon di Penyampaian Hadiah ABP – Rafflesia
  • International Secretaries’ Week With Anuar Zain
  • Photo Aein & Ekin Bakal Tunang Mawi @ Minggu Setiausaha Rafflesia di Hotel Istana
  • Gambar Memey Suhaiza Bersama Ibu di Majlis Makan Malam Rafflesia
  • Artis Melaram di Malam Gala Rafflesia 2011 Part 3
  • Gambar Sekitar Sidang Media Showcase Anggun di Hotel Istana



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK