Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Secretaries Week Luncheon: Zahid, Mawi, Faizal, Mila & Anita Sarawak

APRIL BULAN SETIA+USAHA
Bulan April, selain bulan pesta April Fool pada 1 April dan satu tarikh keramat bagi seorang penulis blog terkenal, bulan ini juga boleh kita katakan pesta untuk setiausaha. Apa tidaknya, saban tahun, pastinya mereka akan diajak oleh bos mereka untuk makan tengahari sambil berhibur dengan persembahan artis. Harga tiket pun bukan main mahal juga Budiey perhatikan. Ada yang sampai RM800 pun ada!

Kalau dulu, minggu setiausaha hanya seminggu atau dua minggu sahaja tetapi Budiey meramalkan pada masa akan datang ianya berlanjutan sehingga sebulan! Apa tidaknya kalau kita lihat, ada seorang artis dan selebriti menerima sehingga 10 tempat untuk buat persembahan. Mana cukup masa, kan?

JAMBANGAN BINTANG ASTRO
Pada 19 Mac yang lalu, Budiey menghadiri satu majlis sidang media yang dianjurkan oleh Astro di Restoran Alexis, The Garden yang khabarnya akan turut menganjurkan Minggu Setiausaha. Wah! Satu percubaan menarik. Apatah lagi, gelaran untuk majlis yang diadakan selama dua hari itu; ASTRO’S BOUQUET OF STARS. Ianya bakal berlangsung pada 9 April dan 10 April depan dengan menampilkan selebriti Astro seperti pengacara nombor satu negara; Aznil Haji Nawawi, seniwati tanahari yang disegani Anita Sarawak, dan juara Akademi Fantasia musim kedua hingga musim kelima iaitu Zahid, Mawi, Faizal dan Mila.

Bertempat di Hotel One World, Petaling Jaya pada jam 1 tengahari dan akan dijangka berakhir pada jam 3.30 petang. Ada games, ada cabutan bertuah dengan hadiah yang lumayan.

KONSEP AZNIL MALATOP?
Idea dan konsep untuk majlis ASTRO’S BOUQUET OF STARS ini datang dari Aznil Haji Nawawi di mana ianya menjadi kelainan dan satu pendekatan Astro untuk meluaskan jenamanya. Dengan menganjuran majlis sebegini, Astro dapat menyediakan platform untuk bintang kelahiran Astro, ia juga akan memberi ganjaran kepada peminat untuk menikmati persembahan mereka.

Pada persembahan grand itu, katanya Mawi akan membuka pentas diikuti dengan juara yang lain dan diakhiri dengan show dari Anita Sarawak. Budiey melihatkan satu gandingan yang mantap dan tidak pernah diadakan sebelum ini. Mawi juga berpendapat bahawa Mawi tidak pernah bergandingan dengan beberapa orang juara AF sebelum ini. Tetapi mengapa Vince tidak ada dalam senarai? Jawabannya, Vince agak sibuk dengan jadual yang agak padat pada hari berkenaan. Jadi, Vince tidak dapat join.

Tiket-tiket akan dijual pada harga RM488 seorang termasuk makan tengahari. Tiket boleh dibeli di kaunter Ticket Charge mulai 21 Mac 2008 melalui talian 03-2241 9999 atau boleh layari laman web www.ticketcharge.com.my untuk info lanjut.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Kuasa Huruf “I” dalam Program Realiti TV
  • Faizal Tahir dan Anita Sarawak di Minggu Setiausaha PNB Darby Park
  • Ujibakat Akademi Fantasia 6: Tarikh & Tempat Audition
  • International Secretaries’ Week With Anuar Zain
  • Jawapan Trivia: Tas Tangan Anita Sarawak
  • Gambar Anuar Zain Kahwin Senyap-Senyap Adalah Tidak Benar!
  • Mila AF5, Juara Yang Sedang Laris
  • Anita Sarawak Jadi Guru Persembahan Pentas Akademi Fantasia 6
  • Senarai Lagu Ujibakat Akademi Fantasia ke-6
  • Gossip Zahid Memang Bercinta Dengan Nita



  • 8 Komen untuk entri “Secretaries Week Luncheon: Zahid, Mawi, Faizal, Mila & Anita Sarawak”

    1. amidala kata:

      ye ke vince sibuk? mcm biasa dgar saja jwpn tu. alasan stereotype maestro… hmmm

    2. ctkus kata:

      anita …..no kuhmen

    3. CTF kata:

      I dah pergi semlm, secretraies luncheon.. For me, is the best!! Coz, gabungan bintang2 af termasuk Af6, anita sarawak serta gezutan aznil, is Dr Sheikh Muzaffar Angkasawan kita ada semlm, All womens terus bangun dok ambil gambar Dr Sheikh…. Bila lagi nak jumpakan?

    4. wina kata:

      wahhh!! Stylo nyer my darling faizal dlm gmbr nih ;)
      Love u!
      Yg lg 3 tu….sorry…i x minat pun..

    5. azim kata:

      aku suka faizal senyum sokmo ni…..apsal dia jarang kuar kt tb ekkk….

    6. nik kata:

      mane 5zal ni pegi tak da berita apa pun dah mati ke apa kalau dah mati mane kubur nya kalau idup mane beritanya album ke 2 ke nane nya

    7. AMY MASTURA kata:

      ASSALAMUALAIKUM HAI APA KHABAR?
      HELOOOOOOOOOOOOOOHEHEHEHEHEEEEEEEEE NAKTELEFONBIBIT AMY

    8. AMY MASTURA kata:

      SORYY SAYANG AMY

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!