Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Secret Of The Heavenly Book & Aku Nak Jadi Wira di TV2



FILEM ANIMASI DAN KANAK-KANAK ISTIMEWA TAHUN BAHARU CINA DI TV2

Semarak keceriaan sempena Tahun Baharu Cina 2009 ini berterusan apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TV2 yang tampil dengan tagline Dunia Ria pada 26 Januari 2009 (Isnin) ini, mengajak penonton berhibur dengan filem animasi, Secret Of The Heavenly Book, jam 9.30 pagi sebelum disiarkan rancangan kanak-kanak, Aku Nak Jadi Wira, jam 4.30 petang.

Secret Of The Heavenly Book sebuah filem animasi yang mengisahkan sebuah kitab suci yang telah di bawa turun dari kayangan ke dunia oleh Yuan Gong. Dia telah mengukir segala isi buku tersebut ke atas dinding sebuah gua.

Disebabkan itu, Yuan Gong telah dihukum untuk mengawasi buku yang diukir oleh Jade Emperor atas kesalahannya melanggar undang-undang kayangan dan mendedahkan rahsia kitab suci kayangan.

Untuk menyampaikan buku tersebut kepada manusia, Yuan Gong telah mengarahkan Dan Sheng untuk menulis semula isi kandungan buku tersebut ke atas kertas. Pelbagai aksi serta jalan cerita menarik dapat di tonton dalam misi Yuan Gong untuk menyelamatkan kitab suci tersebut.

Kemudiannya, penonton dikalangan kanak-kanak dapat berkongsi kisah tiga orang kanak-kanak teman sebaya mereka menerusi rancangan Aku Nak Jadi Wira. Ia mengisahkan tiga kanak-kanak pelbagai bangsa iaitu Cina, Melayu dan India tertarik untuk mengetahui tentang tarian singa.

Setelah mereka jemu bermain tarian singa olok – olok, mereka mengambil inisiatif untuk bertemu dengan Master Siow agar dapat mengetahui apa sebenarnya tarian singa . Melalui pendedahan yang diberikan oleh Master Siow akhirnya mereka berjaya memahami dan mengikuti aktiviti tarian singa sebaik mungkin.

Aku Nak Jadi Wira terbitan Hal Ehwal Awam TV RTM ini dilakonkan oleh Lee Kah Lok, Ahmad Raihan Kamaruldzaman dan Lim Yik Soon.

Justeru kepada anda yang tidak mempunyai sebarang perancangan untuk keluar rumah diharap meluangkan masa pada 26 Januari 2009 (Isnin) ini, menonton filem animasi, Secret Of The Heavenly Book, jam 9.30 pagi dan rancangan kanak-kanak, Aku Nak Jadi Wira, jam 4.30 petang disiarkan menerusi TV2 yang bersesuaian untuk tontonan seisi keluarga.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Wira Dani Kekasih Pengacara Seksi Raja Endon Mastura?
  • Raja Hendon Mastura Rampas Wira Dani Dari Camelia?
  • Ujibakat Teater Muzikal The Secret Life of Nora
  • ‘Brady Bunch’ Star Reveals All About Lesbian Fling With TV Sister?
  • Egyptian Book of the Dead
  • Megaquake History Asia
  • Sinopsis Filem Cinta Yang Satu
  • Crotchets And Cloth Fashion Theatre
  • Aksi Pertarungan Ekin Cheng Dalam Heavenly Mission
  • Lirik Lagu Terima Kasih Hero NB



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK