in , , ,

Sebalik Tabir Pembikinan Filem CHERMIN

Saksikan hantu yang keluar dari CHERMIN menghantui pawagam seluruh negara mulai 22 Mac ini.

Zarina Abdullah telah dididik dalam suatu cara yang sungguh luar biasa untuk seorang penerbit filem. Dia memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan Sivil, kemudian meneruskan pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Teknologi Maklumat dari University College London. Tetapi sebagai peminat filem, dia menyertai persatuan filem universiti (di mana alumni termasyhurnya ialah pengarah Batman Begins, Christopher Nolan) dan mengusahakan beberapa filem pendek.

“Saya inginkan filem ini memberi satu kesan dihantui yang berpanjangan kepada penonton-penonton dan bukan hanya satu perasaan ketakutan yang berlalu dengan cepat. Ia merupakan sesuatu yang memberikan mimpi ngeri.”

Lakun Layar/Pengarah: Zarina Abdullah

Semasa cuti musim panas, dia menghadiri beberapa kursus jangka pendek dalam bidang penulisan skrin dan pada tahun 2003, dia mengambil kursus intensif dalam bidang penerbitan filem di Sekolah New York Film Academy di London.

Selepas sekolah perfileman, dia dengan cepatnya mula mengusahakan skrip filem cetera seramnya yang pertama iaitu Chermin, dan pada tahun 2004, dia telah dipilih menghadiri Berlinale Talent Campus.

Pada tahun yang sama, dia menubuhkan Starry Eye Productions, sebuah syarikat penerbitan tersendiri bersama kakaknya Ummi Khaltoum Abdullah dan mereka memulakan penerbitan filem cetera mereka yang pertama pada tahun 2005.

Pengarah Fotografi: Roszali Samad
Roszali Samad dilahir dan dibesarkan di Singapura. Dia mempelajari seni penerbitan filem di Ngee Ann Polytechnic sebelum mempelajari Seni perfileman di Escac, Barcelona. Chermin adalah filem ceteranya yang kedua selepas Rock.

Pengarah Seni: Andy Sulaiman
Chermin menandakan penglibatan Andy yang pertama dalam arahan seni. Sebelum ini, dia mengendalikan koleksi kostum dan terlibat dalam banyak kommersial-kommersial televisyen dan filem-filem cetera termasuk filem Itali, ‘A Babbo Morto’. Dia paling dikenali di Malaysia untuk koleksi kostum lelakinya  di bawah jenama Tom Abang Saufi Homme.

Komposer muzik: Adeline Wong
Adeline Wong ialah komposer pemenang anugerah. Gubahannya telah dipersembahkan di London, Los Angeles, New York, Itali, Singapura dan Malaysia.

Pendidikan muziknya bermula dengan piano semasa berumur lima tahun. Dia memperolehi Diploma Muzik dari La Salle College of the Arts, Singapura dari tahun 1992-95. Dia kemudiannya meneruskan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Muzik di Eastman School of Music, Amerika Syarikat.

Di Eastman, Adeline merupakan penerima Anugerah George Eastman dari tahun 1995-98. Pada tahun 2001, Adeline dianugerahkan biasiswa dari Royal College of Music untuk meneruskan pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Muzik (Penggubahan).

Adeline bertemu dengan pengarah Zarina Abdullah di Berlinale Talent Campus pada tahun 2004. Dia diminta menggubah muzik untuk Chermin disebabkan cara gubahan modennya  yang menghantui fikiran.

Walaupun Chermin merupakan filem ceteranya yang pertama, Adeline telah menggubah satu skor filem untuk filem bisu Jerman, Five Mysterious Stories, yang ditauliahkan oleh Goethe Institute.

Syarikat Penerbitan: Starry Eye Productions
Starry Eye Productions Sdn Bhd ialah sebuah syarikat penerbitan tersendiri ditubuhkan pada tahun 2004 oleh pengasas-pengasasnya Ummi Khaltoum Abdullah dan Zarina Abdullah dengan tujuan membangun dan mengeluarkan filem-filem cetera, program-program televisyen dan rencana-rencana yang berkualiti untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa.

Chermin merupakan filem cetera syarikat ini yang pertama.

Post Produksi & Kesan-kesan Visual: Oriental Post, Thailand
Oriental Post merupakan pakar post produksi yang terkenal di Asia. Syarikat ini merupakan subsidiari Kantana iaitu kumpulan hiburan terbesar Thailand, telah  mengepost-produksikan beberapa filem cetera, TVC dan MTV Negeri Thai dan antarabangsa dengan jayanya.

Hasil-hasil kerja mereka pernah mendapat banyak anugerah di Thailand dan juga di peringkat antarabangsa seperti Anugerah Suphanong (Oscar Thailand), anugerah CLIO dan anugerah berprestij Cannes Lions.

Oriental Post juga merupakan pelopor proses DI (Digital Intermediate atau Perantara Digital) di mana filem diubah kepada format digital dan kemudian berbalik kepada filem. Chermin disiapkan keseluruhannya sebagai DI disebabkan bilangan kesan-kesan visualnya yang banyak.

Kumpulan di Oriental Post terdiri dari penyunting-penyunting, seniman-seniwati, penerbit-penerbit yang berbakat dan pengadun warna filem yang mengusahakan Chermin merupakan pengadun warna filem yang terkenal di Asia yang telah mengusahakan filem Kung Fu Hustle.

Reka bentuk bunyi Dolby: Kantana Animation Co.
Kantana Sound Studio merupakan yang pertama di Thailand, yang dilulus dan dikuasakan oleh Dolby Laboratories Inc., untuk memasang kemudahan yang dilengkapi dengan Sistem Digital Dolby.

Studio bunyinya dilengkapi dengan mesin-mesin teknologi yang tercanggih supaya memberikan penerbitan bunyi yang berkualiti dan terbaik. Studio bunyi tersebut terdiri daripada kumpulan jurutera-jurutera bunyi dan pereka-pereka bentuk bunyi yang sungguh berbakat; dan perekabentuk bunyi yang mengusahakan Chermin pernah mengusahakan filem-filem Hollywood seperti The Last Samurai dan Terminator 3.

Sumber artikel & foto: Starry Eye Productions

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem Mukhsin: Skrip Terbaik & Tema Falsafah Kehidupan Yang ‘Deep’

Ulasan Konsert Akademi Fantasia 5 Untuk Minggu Pertama