Sebalik Pembikinan Video Klip Mila Terbaru GILA
Mila menjadi penerbit bagi muzik video “Gila”, iaitu single terbaru Mila dari album beliau ‘Persis Mutiara’.
Muzik video ini ditaja sendiri oleh syarikat Mila iaitu MC Voices & Stars Sdn Bhd. Mila sendiri memberi input dan melalui process pembikinan video ini. Selain itu beliau juga gembira kerana berpeluang memberi idea pada jalan cerita bagi muzik video ini.
Kali ini Mila memang bercadang untuk menunjukkan bakat lakonan di dalam muzik video ini setelah menyedari yang beliau meminati bidang lakonan setelah dapat peluang berlakon di dalam video clip sebelum nya iaitu Ilham Di Matamu.
“Peminat-peminat Mila dari Da VOM (The Voice of Mila) yang juga turut bekerjasama dalam video ini. Mereka yang terpilih adalah antara ahli peminat Mila yang selama ini menjadi tulang belakang kejayaaan Mila, menyokong Mila tanpa henti. Mila gembira kerana mereka dapat bersama-sama Mila untuk berlakon di dalam videoclip ini dan kesabaran mereka memang Mila sepanjang seharian penggambaran di lokasi amat Mila hargai”, kata beliau.
PEngarah muzik video ini ialah Kunyit, dan panggambaran dijalankan di Three Kingdom, Solaris, Mont Kiara.
Video ini juga menampilkan seorang selebriti radio Era. Nak tau siapakah beliau, saksikan tayangan eksklusif videoclip ‘Gila’ dalam Ria Sentral pada hari Khamis 14 Ogos 2008 minggu hadapan.



Tags: Video Muzik
Tags: Mila AF5, Video MuzikClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





August 8th, 2008 at 2:04 pm
siapa gaknye selebriti radio era tu??
hmmm…Nana ke??
kalo nana mmg bes laaa….
August 8th, 2008 at 2:30 pm
selebriti era tuh dj lelaki
hint:
call me, call me nowwwww
ahehehehehe
August 8th, 2008 at 4:38 pm
reza yg pak latah tu ke???
August 9th, 2008 at 9:50 am
well at least she is still making music unlike that smiling scum from terengganu
August 9th, 2008 at 9:56 am
apa ni obe nk mngutuk je smpai mlibatkn ngeri .. leh jdi isu sensitif nti tu .. nk wat cmna dh bkn rezeki fezal ..
February 3rd, 2009 at 6:42 pm
obefiend ni kalau bagi comment mmg gile2 pnye comment dia bg. pekeheiiiiiiiiii
~sar~
March 8th, 2009 at 7:33 am
that’s my favourite song……………….jgn sedap2 nak kutuk mila yer………sedap lagu gila.yg korg jeles2 nape…….