in

Sebab-Sebab Anda Perlu Hadir di KL Converge! 2015

KL Converge! 2015 datang lagi. Kali ini, Budiey dengar, lebih hebat, lebih mantap dan lebih gempak. Itu sebab korang kena datang dan join pameran tahunan ni. Masih ingat lagi Budiey pernah hadir di KL Converge! tanggal 17 September tahun lepas. Pergh! Meriah betul. Ni OOTD Budiey tahun lepas kat KL Converge! So, tahun ini, nak pakai apa pulak gi sana ek?

Sebab-Sebab Anda Perlu Hadir di KL Converge! 2015

Tahun ni, pastinya Budiey akan hadir sekali lagi. Apa salahnya setahun sekali luangkan masa untuk hadir di event macam ni. Budiey tak nak lepaskan peluang sebab khabarnya ramai artis dan selebriti akan hadir.

kl-converge

Antaranya penyanyi hip hop terkenal Joe Flizzow dan juga Youtuber dan penyampai radio popular Jinny Boy. Kedua-dua mereka akan berkongsi rahsia untuk berjaya dalam dunia teknologi canggih masa kini. Korang pun tak mahu lepaskan peluang ni kan?

Sebab-Sebab Anda Perlu Hadir di KL Converge! 2015

Kepada pembaca yang belum tahu apa itu KL Converge! Budiey nak kasi tau sikit tentang persidangan dan pameran maklumat yang terkini dunia digital ini. Ia dianjurkan untuk mempamerkan gabungan komunikasi dalam memajukan gaya hidup digital untuk kita semua rakyat Malaysia. Pendek kata, jika korang ingin tahu dan berminat dengan dunia robot, pembangunan aplikasi, ekonomi digital, kemasyuran YouTube… korang WAJIB datanglah!

Untuk info pembaca, KL Converge! 2015 akan berlangsung dari 27 hingga 29 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Antara pameran yang boleh dilihat kat sana ialah… pameran aplikasi, bengkel dan pameran teknologi yang berkaitan dengan Internet Segala-galanya Internet of Things/IoT. Budiey berminat sangat nak tengok pameran aplikasi sebab dengan jadual padat seharian, memang tak sempat nak ‘google’ apakah aplikasi terbaru yang boleh digunakan di telefon bimbit. Semua itu menyenangkan kerja kita pastinya. Nak tak nak kena tahu tentang dunia IT yang sentiasa berkembang setiap saat. Barulah gaya hidup kita lebih baik dari semalam dan seiring dengan masa sekarang ini. Jadi, takdelah lagi orang kata kita ni macam katak di bawah tempurung, ye dok?

Cakap pasal aplikasi ni, Budiey rasa KL Converge! 2015 ni juga sesuai untuk pelajar yang ingin menerokai kemahiran pengaturcaraan. Korang juga akan dapat mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti pembangunan aplikasi dan godaman yang disediakan. Pendek kata KL Converge! adalah pameran yang cukup interaktif.

Budiey melihat event ini bagus dari sudut global dan khususnya baik untuk perkembangan negara kita yang mahu menjadi sebuah negara digital pintar. Apabila negara makin maju, barulah kita dapat lihat ekonomi yang berasaskan inovasi ini lebih mantap. Bila ekonomi mantap, maka ramailah pelabur yang akan datang ke negara kita. Betul tak?

Sebab-Sebab Anda Perlu Hadir di KL Converge! 2015

Kalau kita tengok barisan penceramah KL Converge! 2015 bukan calang-calang… mereka terdiri daripada nama-nama terkemuka tempatan dan antarabangsa dari industri muzik, Internet, filem dan bidang pembangunan aplikasi.

Budiey rasa jika diperluaskan lagi skop pameran ini… maka lebih baik jika ada banyak pameran tentang dunia blog dan sosial media. Bukan apa la kan, zaman sekarang ini, media sosial cukup memberi peranan penting dan memberikan impak yang lebih cepat kepada masyarakat. Budiey rasa nak tahu lebih tentang dunia blog dan bagaimana nak jadi blogger yang lebih beretika dan berilmu. Bukan itu sahaja, dari skop atau bidang hiburan juga perlu diperluaskan lagi. Pasti ramai yang nak tahu apakah teknologi terkini untuk kita semua tahu tentang dunia muzik serta mengenali dunia selebriti dan penyanyi tempatan mahu pun antarabangsa. Memang perlu ada pembelajaran dalam talian telah menjadi keutamaan dan terdapat kenaikan dalam penggunaan kandungan dalam talian untuk hiburan

KL Converge! dilihat menjadi platform yang berjaya merapatkan jurang antara inovasi dan kreativiti Malaysia dengan rantaian bekalan kandungan multimedia global. Ini adalah cara yang berkesan membina jatidiri industri dalam usaha merealisasikan potensinya sebagai jentera yang menjana pekerjaan berpendapatan tinggi dan pertumbuhan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa peluang amat luas begitu juga dengan bakat tempatan.

Sebab-Sebab Anda Perlu Hadir di KL Converge! 2015

Antara acara kemuncak KL Converge! 2015 adalah Simposium dan Pameran Gaya Hidup Digital. Penceramah dari kedua-dua industri dan sektor awam akan mempunyai peluang untuk membincangkan unsur-unsur utama untuk memperkasa sebuah negara pintar digital termasuk Ekonomi Digital, Pembelajaran Digital, Digital Inovasi dan Tadbir Urus Digital.

Rakyat Malaysia yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut gaya hidup digital boleh mengambil bahagian dalam Pameran Gaya Hidup Digital Malaysia dan myMaker. Kedua-dua acara tersebut akan menampilkan ciptaan bidang robotik, pengaturcaraan, pembangunan aplikasi dan banyak lagi. Jika anda ingin melihat robot dikawal oleh aplikasi telefon mudah alih, pasti sesi ini untuk anda.

Selaras dengan agenda membangunkan kemahiran bakat tempatan kita di masa depan, beberapa aktiviti menarik telah dirancang terutamanya untuk membawa bersama-sama dan mendidik pemaju dan ahli teknologi muda. Antaranya ialah Malaysia Developers’ Day, yang akan menyaksikan pencipta dan usahawan membina aplikasi mudah alih sepanjang 24 jam. Memberi tumpuan kepada tema “Internet Segala-galanya (IoT)”, pasukan yang menang pada Hari Pemaju Malaysia akan menerima hadiah wang tunai US$1,000. Pemenang juga berpeluang membentangkan aplikasi mereka di gala makan malam KL Converge! 2015 dan satu pasukan akan membawa pulang hadiah utama bernilai US$10,000.

Di samping itu, lima pasukan terpilih dari sekolah-sekolah menengah akan turut hadir di KL Converge! 2015 untuk berkongsi idea berkenaan penyertaan mereka kepada panel hakim untuk pertandingan video Liga Remaja Kreatif. Pada masa yang sama, sesi Game Jam 2015 akan memaparkan aplikasi yang dibangunkan oleh belia Malaysia yang kreatif dari 12 buah sekolah menengah. 60 pelajar dari 12 buah sekolah juga akan mengambil bahagian dalam Bengkel Pendidikan Lego yang memberi tumpuan kepada pengaturcaraan dan pro-aktif penyelesaian masalah kemahiran menggunakan Lego.

KL Converge! 2015 adalah terbuka kepada khalayak ramai secara percuma.

Pendaftaran boleh dibuat di: https://www.klconverge.my/Register.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat terkini berkenaan aktiviti-aktiviti yang menarik, sila layari https://www.facebook.com/KLConvergeMY

Sebab-Sebab Anda Perlu Hadir di KL Converge! 2015

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem OHM SHANTI OSHAANA Kisah Gadis Kejar Cinta

Spa Percuma di The Holiday Beach Danang Hotel & Resort Vietnam