in

Sebab Zizan Razak & Faizal Ismail Dipilih Jadi Hos AIM 21

Pelakon dan pengacara Zizan Razak dan bekas penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail diumumkan sebagai hos Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM21) yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 6 Disember depan. Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM, Rosmin Hashim dan Pengurus Saluran Astro Ria dan Maya HD, Raqim Ahmad dalam satu sidang media yang diadakan di Hotel Istana pada petang Selasa.

Sebab Zizan Razak & Faizal Ismail Dipilih Jadi Hos AIM 21

Pasangan itu sebelum ini bergandingan sebagai pengacara program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) yang baharu sahaja berakhir dua minggu lalu.

Raqim ketika mengulas mengenai pemilihan kedua-dua selebriti terkenal itu berkata, keserasian ketika mengemudi AF 2014 menjadi faktor utama pasangan itu dipilih bagi mengendalikan AIM 21 selain kredibiliti mereka sebagai pengacara.

“Sepanjang 10 minggu mereka bersama dalam AF 2014 keserasian itu jelas kelihatan dan atas faktor itu juga kami mahu mengekalkan mereka berdua untuk AIM 21. Bagaimanapun tidak dinafikan pemilihan mereka juga adalah atas dasar untuk mendapatkan rating bagi acara itu ketika ia disiarkan secara langsung nanti.”

Dalam pada itu, Rosmin ketika mengulas mengenai pemilihan kedua-dua pengacara tersebut berkata, pihaknya menyerahkan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak Astro dalam memilih hos sesuai untuk acara berprestij itu.

Sebab Zizan Razak & Faizal Ismail Dipilih Jadi Hos AIM 21

Barisan artis yang bakal menjayakan Anugerah Industri Muzik ke-21 pada 6 Disember depan.

Jelas Rosmin, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah dengan gandingan Zizan dan Faizal kerana yakin mereka mampu mengendalikan AIM 21 dengan baik pada 6 Disember nanti.

“Keputusan untuk memilih pengacara kami serahkan sepenuhnya kepada pihak Astro dan berpuas hati dengan pemilihan Zizan dan Faizal Ismail sebagai pengacara.”

Penyampai radio Era FM, Haniff dan hos Hlive, Dahlia Shazwan bertindak sebagai pengacara di red carpet sebelum acara sebenar bermula.

Sementara itu, Rosmin memberitahu AIM 21 turut diserikan dengan beberapa persembahan istimewa daripada barisan artis seperti Sleeq, Dayang Nurfaizah, Hazama, SonaOne, Joe Flizzow, Haleeda, Datuk Khadijah Ibrahim dan Akim & The Majistret.

Manakala penyampai anugerah yang bakal membuat kemunculan pada malam itu adalah Adibah Noor, Aisyah Aziz, Alif Satar, Amyra Rosli, Amar Baharin, Nurul, Mizz Nina dan Noh Salleh.

Dalam perkembangan sama, Zizan dan Faizal yakin keserasian yang wujud diantara mereka dapat digunakan dengan baik ketika mengacarakan AIM 21 nanti. Sumber: mStar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan THE HOBBIT: THE BATTLE OF THE FIVE ARMIES

Gambar Putri Raysha Jemyma Baby Fasha Sandha dari Lensa Camora Arts