in

Sebab Anda Perlu Dapatkan Hadiah Istimewa Hari Ibu

Bulan Mei, seluruh dunia sudah maklum dan tahu akan sambutan Hari Ibu pada bulan ini. Apa hadiah istimewa yang hendak dihadiahkan kepada ibu tersayang? Ramai yang masih lagi tercari-cari hadiah istimewa untuk ibu tersayang.

ZARRA Sinar Puteri menawarkan edisi terhad Pek Istimewa sempena Hari Ibu pada bulan Mei ini. Pek istimewa ini mengandungi set penjagaan harian Zaria Red, Set Rawatan Bulanan Seri 7 Intensif & Seri 7 Pemutihan set set anti-penuaan Masker Kolagen dan BB Krim Kolagen. Bukan itu sahaja, terdapat juga sehelai selendang ekslusif ZARRA Sinar Puteri di dalam Pek Istimewa ini khas buat ibu tercinta.

zara

PEK ISTIMEWA HARI IBU “Ku, Ibu & ZARRA” daraipada ZARRA Sinar Puteri

Menurut Zamzarina Zambri selaku pengasas, keluaran set eksklusif sempena sambutan Hari Ibu tercetus apabila ramai di kalangan pelanggan rangkaian produk kecantikan ZARRA Sinar Puteri terdiri daripada wanita dalam lingkungan usia 40 tahun ke atas. Malah menurut ibu kepada tiga anak ini, kebanyakan tempahan yang dibuat oleh emak di kampung dibayar pula oleh anak-anak yang bekerja di bandar melalui transaksi online.

“Luahkan dedikasi khas buat ibu tersayang di atas ruangan khas pada kotak Pek Istimewa Hari Ibu ini sebagai tanda kasih kepada ibu anda. Berilah kejutan dengan menghadiahkan sekotak pek Istimewa Hari Ibu daripada ZARRA Sinar Puteri yang disertakan dengan kata-kata peribadi luahan kasih sayang anda yang mahu diungkapkan selama ini”, tambah beliau.

Melalui peraduan “Ku, Ibu dan ZARRA”, pengguna juga berpeluang memenangi set gelang tangan PANDORA dan juga baucer tunai daripada AEON melalui peraduan. Kempen berlangsung selama sebulan bermula 11 Mei sehingga 10 Jun 2014. Layari Facebook ZarraBeautyline untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini.

Harga bagi pek istimewa hari ibu ini hanyalah RM299 dan boleh juga didapati di pengedar-pengedar sah ZARRA Sinar Puteri di seluruh Malaysia selain pembelian di kedai online www.harmonymall.com.my. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 1300-22-7622, 019-3447788 atau layari www.zarra.my.

“Ibu, pengorbanan mu tiada ternilai..”

zara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem The Journey Dapat Anugerah Malaysia Book of Records

Ogy Ahmad Daud Anjur Bengkel Bina Diri Jadi Hebat