in

SEA Premiere X-Men: Days of Future Past Hari Ini

Hari yang Budiey nantikan telah tiba. Hari ini, Budiey terbang sekali lagi ke Singapura untuk buat liputan #liveupdate di SEA Premiere X-Men: Days of Future Past yang akan berlangsung di Blue Carpet, Shaw Theatres Lido, Shaw House, Urban Plaza, 350 Orchard Road, Singapura. Pasti penuh sesak lokasi Orchard Road jam 5 petang ni.

Budiey sudah pun menonton filem X-Men: Days of Future Past di tayangan tertutup di Cathay Cineleisure baru-baru ini dan rasa sangat teruja sebab pada malam ini, Budiey akan menonton filem ini sekali lagi di SEA Premiere X-Men: Days of Future Past bersama peminat X-Men di Singapura. Memang best dan takkan bosan menonton filem ini sebab visual 3D-nya sangat ohsem!

Seperti yang Budiey war-warkan, ada tiga orang pelakon X-Men iaitu Hugh Jackman, Fan Bingbing & Peter Dinklage telah diterbangkan ke Singapura bersama pengarah Bryan Singer semata-mata untuk mempromosikan filem X-Men terbaru ini. Peter Binklage membawa watak Dr. Bolivar Trask, seorang anthropologist yang melihat kebangkitan mutant sebagai satu ancaman dan mencipta satu konspirasi untuk menghapuskan semua mutant di dunia. Banyak juga scene doktot jahat yang petite dalam filem ini.

Apa-apa pun, Budiey rasa, penduduk dan peminat di Singapura cukup bertuah sebab mendapat kunjungan ahli mutant paling berbisa dan hebat iaitu Hugh Jackman yang membawa watak Logan aka Wolverine di mana dalam filem ini beliau cukup hebat dengan kostume yang lebih mantap!

SEA Premiere X-Men: Days of Future Past

Budiey percaya, pasti ramai rasa frust sebab pelakon seksi Jennifer Lawrence yang memegang watak Raven aka Mystique tiada dalam senarai. Tapi kekecewaan itu terubat sikit sebab satu-satunya pelakon wanita jelita, Fan Bingbing yang sudi datang memeriahkan lagi SEA Premiere X-Men: Days of Future Past di Singapura.

[pullquote] Ini adalah kali kedua untuk tahun ini Budiey dijemput untuk terbang ke Singapura untuk acara junket. Kalau di media junket filem The Amazing Spider-Man 2, Budiey dapat stay di Marina Bay Sands, kali ini Budiey akan menginap di Ritz Carlton Hotel. Kira okay la kan? Rezeki tak boleh ditolak. Inilah masanya Budiey nak timba pengalaman untuk mengadakan liputan di junket filem.[/pullquote]

Budiey rasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk slot soundbite di Blue Carpet di mana Budiey dapat menemubual Hugh Jackman, Bryan Singer, Fan Bing Bing & Peter Dinklage di tengah-tengah keriuhan peminat menjerit nama mereka. Dapat bayangkan macamana keadaan sebenar yang akan berlaku nanti. Pasti ada keriuhan dan kekecohan di mana semua peminat yang berpeluang mendekati pelakon ini akan mengambil kesempatan untuk berselfie.

Yang pasti, Hugh Jackman, Bryan Singer, Fan Bingbing & Peter Dinklage bersama pengarah Bryan Singer akan melintasi hamparan karpet biru untuk bertemu peminat dan menandatangani autograph. Jika bernasib baik, yang hadir boleh berselfie. Hey, Budiey pun nak berselfie gak. Tapi boleh ke? Sempat ke? Nak buat interview lagi?

Sebelum terbang ke Singapura, pelakon Fan Bingbing telah menghadiri Premiere X-Men: Days of Future Past di Indigo Shopping Mall, Beijing, China pada 13 Mei lalu. Semasa di premiere ini, ramai terpukau apabila pelakon yang membawa watak sebagai Blink ini mengenakan busana gaun serba hitam rekaan Zac Posen musim luruh yang cukup dramatik. Gaya beliau dilengkapkan lagi dengan clutch berjenama Louis Vuitton dan barang kemas dari Chopard dengan diserikan lagi pengikat sanggul berwarna merah velvet. Elegan & stunning, kan?

fan bingbing

Menurut apa yang Budiey khabarkan daripada 20th Century Fox Singapura:

“The blue carpet will go all the way from the end of Shaw House (next to International Building) to the centre (where the fountains and stage are). The side of the blue carpet closer to Isetan will be where the media section, is and the side closer to Orchard Road is open to the public. Fans can line up against the barricade and will get to see the stars up close as they walk the carpet.”

SEA Premiere X-Men: Days of Future Past

Jika anda, pembaca dari Singapura yang berada di Meet & Greet bersama pelakon The Amazing Spider-Man 2 yang berlangsung bulan lalu, pasti akan tahu macamana keriuhan yang Budiey maksudkan. Jadi, kepada pembaca yang hadir pada petang ini, anda kenalah beratur awal sikit. Tak payahlah nak berkhemah atau tidur kat tempat tu. Biasanya ramai akan beratur panjang selepas jam 2 petang.

“There will be early bird contests on site, where fans will stand to win exclusive X-Men premiums with hundreds up for grabs. Also, if you come dressed as your favourite X-Men characters, you also stand a chance to win premiere tickets to catch the movie before its official release in cinemas!”

Untuk info, pada jam 10 pagi ini, akan berlangsungnya Sidang Media bersama pelakon dan pengarah X-Men: Days of Future Past dan juga esoknya, 15 Mei akan berlangsung sidang media secara eksklusif bersama media yang diadakan di lokasi yang sama.

Nantikan liveupdate dan gambar menarik sekitar SEA Premiere X-Men: Days of Future Past di blog ini dan di laman sosial Instagram @budiey.

Kepada #budieyators yg nak pass masuk menonton filem ini di Premiere X-MEN di TGV 1 Utama pada 20 Mei ini, jgn lupa layari #budieydotcom !

SEA Premiere X-Men: Days of Future Past

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Liyana Jasmay Masih Rahsiakan Nama Anak

Zack Snyder Tayang Ben Affleck Pakai Kostum Batman