in

My Scrapbook Program Realiti Travelog Kanak-Kanak Pertama

Suatu masa dahulu scrapbooking diminati oleh mereka yang teliti dan penyabar dengan pelbagai medium seperti kain, butang, reben dan bahan-bahan yang remeh dan memerlukan masa yang lama. Tetapi di masa kini dengan adanya internet dan printer, menghasilkan buku skrap yang menarik tidak lagi memerlukan belanja dan masa yang banyak.

[pullquote]Ingin memastikan aktiviti menyeronokkan dan penuh bermakna ini tidak berkubur begitu sahaja, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi Unit Dokumentari dan Majalah RTM berkongsi memaparkan program kanak-kanak berkonsepkan realiti travelog pertama di Malaysia – My Scrapbook, bermula 8 Mac depan.[/pullquote]

Rancangan terbaru di saluran TV2 itu membawa kelainan apabila dipaparkan menerusi animasi buku skrap yang mana ia menggabungkan teknik kamera profesional dan kamera amatur dari perspektif kanak-kanak, khusus buat penonton sasaran dari tujuh hingga 12 tahun.

Bakal bersiaran setiap hari Sabtu, jam 10.15 pagi, rancangan berdurasi 10 minit ini bakal menghiburkan penonton dengan aktiviti menarik di lokasi-lokasi terpilih sekitar Kuala Lumpur bersama-sama pengacara, Aeriadne Naomi Tay dan Safira Iskandar.

Antara lokasi menarik – Pantai Bagan Lalang di Sepang, Taman Rama-rama Kuala Lumpur, Lake Valley Bandar Tun Hussein Onn dan Muzium Coklat Kota Damansara.

Selain itu, program ini bukan saja meneroka pelbagai keindahan dan daya tarikan di setiap lokasi terbabit, malah ia juga banyak memberi informasi berguna kepada kanak-kanak.

Dengan tema yang berbeza setiap minggu, My Scrapbook antara lain bakal menjadi medium terbaik untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak seperti sikap mengasihi haiwan dan tumbuhan.

Ia turut disokong dengan paparan animasi penuh interaktif yang memudahkan golongan cilik ini memahami mesej yang disampaikan. Selain itu, My Scrapbook turut menekankan aspek daya kreativiti apabila memperlihatkan bagaimana kanak-kanak boleh memanfaatkan bahan-bahan terpakai dan dedaun kering untuk dijadikan aksesori dan karya seni.

Diterbitkan oleh penerbit program kanak-kanak berpengalaman, Farah Syahnaz Haji Ruslan, jangan lepaskan peluang untuk meneroka pengalaman menarik dan penuh kreativiti bersama-sama My Scrapbook hanya di TV2.

ELE_7538

pengacara bersama penerbit program di lokasi

tekun ... pengacara Aeriadne Naomi Tay dan Safira Iskandar

Scrapbook

ketika di lokasi penggambaran

pengacara ... Aeriadne Naomi Tay dan Safira Iskandar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cris Cab Announced As MTV’s International Push Artist For March

Peraduan Menang Tiket Konsert Teaterikal Suara Kita