in

SCM Dilancarkan Buat Julung Kali Di Malaysia

FOX International Channels bekerjasama dengan perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia, HyppTV untuk membawa saluran filem Cina terkemuka Asia kepada penonton di seluruh negara

FOX International Channels (FIC) telah bekerjasama dengan perkhidmatan IPTV Malaysia yang paling pesat berkembang, HyppTV untuk menyalurkan saluran perdana filem Cina FIC, STAR Chinese Movies (SCM), sebagai tanda bermulanya kemasukan saluran tersebut ke Malaysia. Ia akan menjadi sebahagian daripada Pek Mega HyppTV, Ruby Pack dan juga secara ‘ala-carte’. SCM menyertai barisan saluran-saluran peringkat atas FIC yang telah pun dibawakan oleh HyppTV, termasuk SCM Legend, STAR Chinese Channel, FOX Football Channel, FOX Crime HD, Nat Geo People HD, Channel [V] International, Channel [V] Taiwan dan saluran M.

Rob-B-Hood

SCM (Saluran 228 HyppTV) pada masa ini sudah bersiaran di hampir 3.5 juta rumah di seluruh dunia, termasuk Hong Kong, Taiwan, Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina dan Indonesia. Digelar sebagai “Maharaja Filem Cina”, SCM adalah saluran terkemuka Asia bagi filem-filem Cina terbaik blockbuster dari Hong Kong, Taiwan, China dan Asia Tenggara. Sempena pelancarannya di Malaysia, beberapa acara kemuncak program yang akan datang di musim Luruh ini termasuk filem terbaru box-office Kick Ass Girls (爆3俏嬌娃), siri drama Golden Horse, Journey to the West: Conquering The Demons (西遊: 降魔篇), Tactical Unit (機動部隊巡禮) siri-siri filem dan drama, Huat Ah! Huat Ah! Huat! (發啊! 發啊!發!), 2014 The Voice of China Spring Festival Concert (2014 中國好聲音春節演唱會), Where Are We Going Dad (爸爸去那兒), Rob-B-Hood (寶貝計劃), The Detective (C+偵探), The Bounty (懸紅), The Attractive One (身驕肉貴), Men Suddenly in Black (大丈夫), Hotel Deluxe (百星酒店) dan The Bounty (懸紅).

Mengulas mengenai kemasukan SCM ke Malaysia dan perkongsian dengan HyppTV, Keertan Adyanthaya, Pengurus Besar FIC berkata, “Dengan peningkatan permintaan untuk siri filem Cina berkualiti tinggi di Malaysia, kami teruja untuk membawa filem blockbuster Cina yang hebat untuk peminat di Malaysia. Ini adalah saluran tv terbaru di Malaysia dan pasti akan memberikan keseronokan kepada pelanggan HyppTV di seluruh negara. Barisan cerita yang disiarkan sentiasa menjadi kunci kepada peningkatkan kepuasan penonton kami, oleh itu kami percaya kerjasama ini akan berhasil.”

Men Suddenly in Black

Untuk meraikan pelancaran ini, HyppTV juga menawarkan kepada pelanggannya tontonan percuma saluran terbaru ini selama sebulan sehingga 1 Oktober 2014.

“Melalui perkongsian hebat kami dengan FIC dan saluran-salurannya, SCM adalah tambahan penting kepada tawaran saluran HyppTV yang sudah sedia ada termasuk SCM Legend, Star Chinese Channel, FOX Crime HD, Nat Geo People HD, FOX Football Channel dan banyak lagi. Dengan ini, HyppTV telah menambahkan lagi cerita dari Asia dan antarabangsanya yang berkualiti tinggi untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin bertambah untuk hiburan TV yang lebih hebat yang datang bersama dengan perkhidmatan jalur lebar,” kata Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif Media Baru, Telekom Malaysia.

HyppTV sehingga kini menawarkan sebanyak 124 saluran dengan 41 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) kepada para pelanggannya – termasuk 57 saluran premium, 21 saluran percuma, 8 saluran Radio, 16 Video-On-Demand (VOD) dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai nilai pakej dan pilihan ‘ala-carte’. HyppTV dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps yang disediakan untuk penonton tanpa mengira cuaca melalui pakej-pakej kediaman dan perniagaan UniFi dan Streamyx. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati hiburan bertaraf dunia dibawakan oleh HyppTV Everywhere. Setakat ini, HyppTV mempunyai hampir 700,000 pelanggan.

Journey to The West

Mengenai SCM

SCM (sebelum ini dikenali sebagai STAR Chinese Movies) saluran filem Cina nombor 1 di Asia adalah destinasi utama bagi pencinta blockbuster pawagam Cina, dengan lebih daripada 1,000 judul filem dalam inventorinya. SCM bertekad menayangkan tayangan sulung, kandungan premium serta memberikan perkhidmatan-perkhidmatan yang canggih. Dengan mengutamakan filem-filem box-office dari Hong Kong, Tanah Besar China dan Taiwan, SCM memberi jaminan tayangan secara eksklusif daripada pengeluar-pengeluar filem utama dari China dan Asia serta studio-studio utama seperti Emperor Motion Pictures, Media Asia, Pegasus dan Fortune Star. Selain itu, SCM juga menawarkan kombinasi tayangan terhebat dari acara-acara siaran langsung, konsert-konsert besar dan dokumentari Asia terkenal dalam bahasa Kantonis atau Mandarin dengan sari kata bahasa Cina, Inggeris, Indonesia dan Thailand. Ianya adalah kandungan yang tiada tandingan bersama-sama dengan paparan HD, perkhidmatan VOD dan perkhidmatan dalam talian terkemuka di pasaran yang dikenali sebagai ‘SCM Play’, saluran yang menyediakan pengalaman hiburan yang tiada tandingan.

Mengenai FOX International Channels

FOX International Channels (FIC) adalah perniagaan antarabangsa multi-media FOX di abad ke-21 ini. FIC membangunkan, mengeluarkan dan mengedarkan 300+ milik sepenuhnya dan milik majoriti saluran-saluran hiburan, sukan, berfakta dan filem-filem saluran dalam 45 bahasa di seluruh Amerika Latin, Eropah, Asia dan Afrika. Rangkaian-rangkaian ini semua beserta pembangunan mudah alih, tidak linear dan definisi tingginya telah mencapai lebih daripada 1.725 bilion isi rumah di seluruh dunia. Di samping itu, FIC memperoleh, membangun, menghasilkan dan bersama menghasilkan pengaturcaraan skrip dan bukan skrip untuk platform linear dan digital termasuk siri yang mendapat pencalonan Golden Globes, The Walking Dead, The Bridge and Da Vinci’s Demons.

Di Asia Pasifik dan Timur Tengah, portfolio FIC termasuk 30+ jenama saluran melewati semua genre di kedua-dua platform linear dan bukan linear, termasuk FOX Sports, FOX, National Geographic Channel, dan SCM (dahulunya STAR Chinese Movies). Sebagai penyiar terkemuka di rantau ini, FIC mencapai lebih daripada 580 juta rumah dengan pejabat-pejabat di Hong Kong, China, Taiwan, Jepun, Korea, Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, India, Australia dan UAE.

Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.foxinternationalchannels.com.

Mengenai HyppTV

Perkhidmatan IPTV yang paling pesat berkembang di Malaysia, HyppTV boleh didapati oleh pelanggan Streamyx dan UniFi di seluruh negara. UniFi TM kini ditawarkan melalui tiga (3) pakej kediaman. Pakej kediaman tiga serangkai berkenaan ialah VIP5 pada kadar RM149 sebulan, VIP10 pada RM199 sebulan, dan VIP20 pada RM249 sebulan. Untuk Streamyx, HyppTV boleh didapati dengan 8Mbps sebagai sebahagian daripada perkhidmatan tiga serangkai pada RM160 sebulan yang merangkumi 21 saluran percuma, manakala bagi pelanggan 4Mbps, HyppTV ditawarkan sebagai tambahan kepada perkhidmatan dengan komitmen Pek HyppTV untuk sekurang-kurangnya RM30 sebulan yang juga dilengkapi dengan 21 saluran percuma. Tawaran pelbagai skrin HyppTV boleh dinikmati dengan memuat turun aplikasi HyppTV Everywhere dari Androids Play Store atau Apple’s App Store untuk membolehkan anda menonton program kegemaran HyppTV anda di telefon pintar, tablet atau PC. HyppTV juga boleh didapati untuk pelanggan perniagaan UniFi dan Broadband.

Baru-baru ini HyppTV telah dianugerahkan ‘the Best Component or Enabler Award’ di ‘TV Connect Industry Awards 2014’ (dahulunya dikenali sebagai ‘IP&TV Industry awards’) di London. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut perkhidmatan seumpama ini diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana HyppTV telah dianugerahkan ‘the Best Online TV Service or Solution’ pada majlis anugerah yang sama pada tahun 2013. Dengan anugerah ini, HyppTV mencipta sejarah menjadi perkhidmatan IPTV Malaysia pertama yang memenangi anugerah di acara berprestij yang mengiktiraf, memberi ganjaran dan meraikan inovasi, kecemerlangan dan pencapaian dalam industri ‘Connected Entertainment’.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem SOEKARNO

ERA fm Kini DiKenali Sebagai WondaERAfm