in

School Break Special Tayang Empat Filem Animasi Terbaik

School Break Special Setiap Pukul 10.00 Pagi Di TV2 Tayang Empat Filem Animasi Terbaik. Empat variasi animasi terbaik dijanjikan tayangannya kepada penonton cilik dan seisi keluarga sepanjang cuti persekolahan yang bermula hujung bulan ini. Pastikan anda bersedia di depan kaca TV empat hari berturut-turut pukul 10.00 pagi di TV2 menyaksikan tayangan filem animasi bermula filem Sunshine Barry & The Disco Worms (26 Mei), Planet 51 (27 Mei), Batman : Mystery Of The Batwoman (28 Mei) dan The Wild (29 Mei).

Sunshine Barry & The Disco Worms arahan Thomas Borch Nielsen berkongsi kisah dan telatah dua ekor cacing tanah, Gloria dan Barry, memutuskan untuk membuat band disko terbesar di dunia yang membantu mereka naik dari bahagian bawah rantaian makanan. Mereka begitu bersungguh dalam usaha membuktikan bahawa cacing tanah boleh berjaya mencapai impian seperti dicitakan.

Menyusul keesokkan harinya filem Planet 51 mengisahkan Angkasawan Amerika Kapten Charles “Chuck” Baker di Planet 51 berfikir dia orang pertama yang langkah kaki di atasnya. Namun dia terperanjat apabila mendapati bahawa planet ini dihuni oleh orang-orang hijau kecil yang bahagia hidup dalam dunia pagar putih. Golongan itu hanya takut tempat mereka ditakluki oleh penceroboh asing … seperti Chuck. Animasi menarik tahun 2009 ini menggunakan suara Dwayne Johnson, Seann William Scott dan Jessica Biel.

Peminat adiwira Batman usah ketinggalan menyaksikan filem Batman : Mystery Of The Batwoman (2003) menceritakan apabila Batman telah disalah anggap sebagai pembunuh ketua kumpulan penjahat oleh pihak berkuasa dan mahu dia dihadapkan ke muka pengadilan. Pembunuhan tersebut sebenarnya dilakukan olej The Joker yang memakai topeng.

Kemudiannya saksikan filem The Wild mengenai Singa remaja tidak sengaja dihantar dari Zoo New York ke Afrika. Ketika berada di situ, singa tersebut berusaha untuk menyesuaikan diri dan mesti mengenepikan perbezaan mereka di samping cuba untuk kembali ke tempat asalnya. Filem ini meminjam suara Kiefer Sutherland, James Belushi, Eddie Izzard.

Berhibur dengan empat animasi lucu dan menghiburkan ini hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Muzik Lagu MEMORI Ada Unsur Phantom of The Opera

Mmmmm Kekal Juara Dalam Kumpulan B Bintang Mencari Bintang