in

Scha Alyahya Duta Terbaru Haruman City Rush

AVON MEMPERKENALKAN HARUMAN CITY RUSH
“INTERPRETASI DUNIA PERAGAAN SI WANITA METROPOLITAN”

Berkuasa. Yakin. Bergaya. City Rush merupakan haruman baru penuh sofistikasi untuk wanita yang menginspirasi kehebatan dan sensualiti wanita moden. Avon, peneraju dunia haruman sejak penghujung 1800an dengan bangganya mempersembahkan haruman yang mengungkap keyakinan dengan sempurna.

Inspirasinya:
Semua mata tertumpu padamu. City Rush dicipta untuk wanita yang hebat penuh berkeyakinan. Beliau menyerlah dari yang lain walau berlatarbelakangkan dunia metropolitan yang mewah dan pantas berubah. Nota-notanya hangatnya menterjemahkan sentuhan gaya moden dengan personaliti yang sama menyerlah. City Rush benar-benar mencerminkan keperkasaan seorang wanita yang berkeupayaan dan yakin dengan seksualitinya.

Milla Jovovich_1

Milla Jovovich (sebutannya Mee-la Yo-vo-vich), model, pelakon pemuzik dan ibu yang terkenal serata dunia merupakan wajah haruman City Rush. Latarbelakangnya dalam dunia fesyen dan perjuangan kedermawanannya yang selari dengan pendirian wanita moden berwawasan sememangnya menepati imej sejati seorang wanita City Rush.

Scha Alyahya, perfume, party, model, bulan, pool party & KLCC. Perfect Monday!

Selain Milla Jovovich, Avon juga memilih pelakon Scha Alyahya sebagai duta terbaru haruman City Rush untuk mempromosikan jenama ini di Malaysia. Tahniah Scha Alyahya.

Harumannya:
Haruman Atas: Haruman sofistikated ini dimulakan dengan kesegaran bergamot disulami lapisan plum dan sentuhan dedaun ivy.

Haruman Utama: Sensualiti kini mula menyerlah dengan jambangan bungaan menggoda dari dahlia hitam, mawar dan orkid vanilla yang mencipta aroma sensual penuh misteri.

Haruman Dasar: Sentuhan mewah bak baldu dari kayuan berkrim dan bunga patchouli berulit kesturi lembut mencipta dasar yang mewah berpanjangan pada dirimu.

City Rush Eau de Parfum 50mL akan berada di pasaran bermula 1 November 2012 pada RM99.00 (S&S RM113.85) setiap satu. Hubungi Wakil Avon anda atau kunjungi Butik Kecantikan Avon terdekat untuk mendapatkannya. Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Bebas Tol Avon di 1-800-22-AVON (2866) atau lawati http://www.my.avon.com

City Rush Bottle_2

City Rush Box

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem-Filem Inggeris Terbaik Pilihan Cuti Sekolah

Animasi Menghiburkan Dalam Slot Fuyoo Cuti Sekolah