in

Scha Alyahya Anjur Majlis Berbuka Bersama Ibu Tunggal

Yakult dan Scha Alyahya anjur majlis iftar bersama ibu tunggal bawah program “Ibuku Hebat”. Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. pengeluar minuman susu kultur probiotik yang terkenal di dunia, Yakult, bersama dutanya, Scha Alyahya telah meraikan sekumpulan ibu tunggal dari Seremban di majlis berbuka puasa bersama media hari ini.

Majlis tersebut dihadiri oleh 20 orang ibu tunggal daripada Persatuan Ibu Tunggal Mas Merah Wilayah Persekutuan/Selangor dan anak-anak mereka. Kehadiran duta produk, Scha Alyahya serta selebriti – selebriti terkenal yang lain termasuk suami kepada Scha, Awal Ashaari, pelakon Diana Amir & Fouziah Gous, pelakon komedi Enot, penyanyi Ana Raffali, pengacara dan penyampai radio terkenal Faizal Ismail dan maskot Yakult yang lengkap berbaju Melayu telah memeriahkan lagi suasana majlis.

Turut hadir, Hajah Sharifa Kamariah Syed Ibrahim, Presiden Persatuan Ibu Tunggal Mas Merah Wilayah Persekutuan/Selangor, Rosemary Hepburn Toho, Timbalan Pengarah, Pejabat Pembangunan Wanita KL & Putrajaya, serta Hiroshi Hamada, Pengarah Jualan dan Pemasaran dan Mazlyn Mena binti Mustapha, Pengurus Kanan Bahagian Perhubungan Awam dan Sains Yakult (M) Sdn. Bhd.

Ini merupakan kali ketiga Yakult menganjurkan majlis berbuka puasa dan berbeza dengan tahun yang lalu, kali ini Yakult telah memberikan sumbangan baucar barangan dapur yang bernilai RM300 seorang untuk 20 orang ibu tunggal yang terpilih daripada ahli – ahli persatuan bagi meringankan beban mereka menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pasukan PR Yakult yang ceria juga akan turut menghantar barangan keperluan dapur ke rumah lima buah keluarga yang bertuah. Ibu tunggal dan anak – anak yang menghadiri majlis tersebut juga diberikan produk minuman Yakult dan beg cenderahati.

Majlis ini dianjurkan di bawah Kempen Yakult Ibuku Hebat 2015. “Kami telah merancang pelbagai lagi aktiviti dan program yang menarik dan bermanfaat untuk sepanjang tahun ini supaya para ibu tunggal dan anak-anak mereka lebih sihat, gembira, aktif dan berkeyakinan diri.”

“Kami mahu mendorong dan memperkasakan para ibu tunggal dengan mengadakan bengkel dan seminar yang berguna untuk mereka. Melalui aktiviti sebegini, kami berharap dapat menggalakkan mereka untuk menjalankan gaya hidup sihat, membantu mereka memperolehi kemahiran baru seperti pengucapan awam, cara memasak yang lebih sihat, dan sebagainya. Selain daripada Scha, kami juga akan mendapatkan bantuan dan kerjasama daripada selebriti dan pakar-pakar lain seperti Awal Ashaari, “Cikgu Fitness” Kevin Zahri, pakar dietitik Indra Balaratnam, pakar gastroenterologi Dr. Hamizah Razlan, pelakon Diana Amir, pelawak Enot, hos TV Faizal Ismail, penyanyi Ana Raffali, dan pereka tari Alam Wakaka untuk bersama menjayakan kempen ini,” tambah Mazlyn.

“Sudah tentu kami juga akan membekalkan minuman probiotik Yakult kepada ibu-ibu tunggal yang terpilih di bulan Ramadan ini kerana kami mahu mereka mengalami sendiri kebaikan minum Yakult. Yakult dapat membantu sistem penghadaman yang sering kali terdedah kepada masalah yang disebabkan oleh perubahan tabiat pemakanan. Contohnya, jika kurang minum air semasa sahur dan selepas buka puasa, mungkin akan mengalami masalah sembelit disebabkan kurang air dalam badan; jika banyak makan makanan yang berlemak, ataupun makan dengan jumlah yang banyak dan terlalu cepat, ia juga boleh menyebabkan ketidakhadaman; dan jikalau membeli juadah dari gerai bazaar Ramadan yang tidak jaga kebersihan dengan baik, cirit-birit dan keracunan makanan juga boleh berlaku. Jadi minuman Yakult memang sesuai diamalkan sepanjang bulan Ramadan dan juga Hari Raya,” Mazlyn mengulas lebih lanjut.

“Syarikat Yakult sentiasa menyokong kaum wanita sejak 80 tahun yang lepas ketika Dr. Shirota mengasaskan syarikat Yakult di negara Jepun. Yakult telah memberi peluang pekerjaan kepada kaum wanita untuk menjana pendapatan dan menjaga keluarga mereka pada masa yang sama melalui skim Wanita Yakult. Di kalangan 500 orang Wanita Yakult yang kini bekerja di Malaysia, hampir 15% ialah ibu tunggal. Ibu tunggal selalu menghadapi kesukaran menyara keluarga di samping membahagikan masa di antara kerja dan keluarga. Oleh itu, kami ingin menggalak dan memberikan sokongan kepada para ibu tunggal melalui kempen ini dan pada masa yang sama ingin memperkenalkan sistem Wanita Yakult kepada mereka. Ini kerana saya percaya skim ini dapat memberi kelonggaran dan kestabilan yang diperlukan terutamanya oleh ibu-ibu tunggal,” tambah Hamada lagi.

Bersempena dengan bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya yang akan datang, Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. juga turut melancarkan bungkusan istimewa edisi terhad untuk produk minuman susu kultur mereka, Yakult Ace dan Yakult Ace Light hari ini. Bungkusan istimewa yang memaparkan ucapan Ramadhan dan Hari Raya itu boleh didapati sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal ini (Jun – Ogos).

“Ini adalah salah satu cara kami mengucapkan Salam Ramadhan dan Hari Raya kepada semua pelanggan Muslim kami selain membangkitkan semarak perayaan serta memeriahkan suasana pasaraya pada musim ini,” jelas Mazlyn.

Pada 30 Jun, Yakult juga telah menganjurkan satu lagi majlis berbuka puasa di Seremban, di mana kilangnya beroperasi. Majlis tersebut telah dihadiri oleh 20 orang ibu tunggal daripada Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dan anak-anak mereka. Setiap ibu tunggal tersebut juga telah diberi baucer barangan dapur bernilai RM300, minuman kesihatan Yakult dan beg cenderahati.

Majlis amal ini adalah sejajar dengan falsafah syarikat Yakult iaitu mencegah lebih baik dari mengubati, usus yang sihat membawa kepada panjang umur dan memberikan kesihatan yang baik kepada seramai orang yang mungkin.

Minuman susu kultur Yakult diamalkan oleh 30 juta orang di 33 buah negara di seluruh dunia untuk mendapatkan manfaat bakteria baik mereka yang dikenali sebagai strain Shirota yang telah terbukti secara saintifik mampu melancarkan pergerakan usus, meningkatkan sistem imun badan dan mengelakkan jangkitan.

Minuman Yakult dihasilkan di Malaysia di kilangnya di Seremban, Negeri Sembilan dengan menggunakan teknologi yang tinggi dan ditanggung Halal oleh JAKIM.

Minuman susu kultur Yakult Ace dan Yakult Ace Light boleh didapati di dalam pek 5 botol (80ml setiap botol) di pasaraya dan kedai-kedai runcit serta melalui Khidmat Penghantaran ke Rumah Wanita Yakult di Semenanjung Malaysia dan di Sarawak. Manakala di Sabah, produk Yakult hanya boleh didapati di pasaraya Giant sahaja.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Caliph Buskers Lancar Album Raya BUSKING AIDILFITRI

Linda Hashim Hamil Anak Kedua