Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sazzy & Nazril Kalah Sein & Nana Juara Sehati Berdansa Musim Ke-3



Setelah mendapat pujian melambung dari juri hingga mendapat markah penuh 100% beberapa kali, melakukan stunt dan gerakan sukar dan berbahaya dalam setiap persembahan tarian, sokongan dan pekikan serta jeritan kuat dari peminat… akhirnya Sazzy & Nazril kalah di tangan pasangan Sein & Nana.

Budiey dapat agak, ramai peminat Sehati Berdansa tak dapat terima hakikat ini.

Suasana dalam Dewan B, PICC Putrajaya seperti tidak bersetuju dengan keputusan muktamad ini. Budiey juga mendapati ada yang berpuas hati tapi sangat ramai yang tidak berpuas hati. Mengikut bancian, ramai yang nak Sazzy menang. Tapi ada juga yang happy bila dapat tahu Sazzy kalah. Tak kurang ada yang kata, tersalah kira undian.

Mengapa? Apa silapnya? Yea, tidak lain dan tidak bukan, kerana undian SMS yang tidak berpihak kepada Sazzy & Nazril?

Adakah benar gosip yang mengatakan Sein & Nana mengundi diri sendiri semata-mata untuk memenangi hadiah kereta Audi? Mmm… itu tak dapat dipastikan.

Namun, tahniah buat juara baru Sehati Berdansa musim ke-3, Sein & Nana.

Pasangan Sein & Nana telah memberikan kejutan apabila mengalahkan pasangan favourite – Sazzy & Nazril – dalam final Sehati Berdansa 3 (SB3) yang baru berakhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sebentar tadi.

Dengan kejayaan itu, Sein & Nana telah memenangi hadiah berupa sebuah kereta Audi A4 (1.8); pakej bulan madu ke Rom (Itali) serta trofi rebutan sumbangan Astro. Selain itu mereka juga berjaya mengumpul RM20,000 untuk rumah kebajikan yang diwakili mereka.

Pasangan Sazzy  & Nazril pula terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan membawa pulang pakej percutian ke Australia dan trofi serta dana kepada rumah kebajikan mereka berjumlah RM15,000.

Dalam acara kemuncak malam ini, kedua-dua pasangan telah ditugaskan menari mengikut 2 genre lagu iaitu Melayu Kontemporari dan Latin. Sejak pusingan pertama lagi pasangan Sazzy & Nazril telah mendapat sorakan yang lebih kuat daripada penonton di PICC dan ia tidak pernah melemahkan semangat Sein & Nana untuk terus memberikan saingan. Tidak dinafikan kedua-dua pasangan itu telah menunjukkan persembahan yang hebat dan membanggakan.

Pertandingan itu telah diadili oleh Joseph Gonzales, Linda Jasmine dan Juara SB2 musim lalu, Lisdawati dan Fauzi Nawawi. Berbanding tahun lalu, pertandingan kali ini selesai lebih pantas bermula jam 9 malam tadi.

Bagi menghiburkan penonton, bintang-bintang Akademi Fantasia (AF) telah diundang menyerikan malam kemuncak yang dihoskan oleh Scha Al Yahya, Fahrin Ahmad dan Awal Ashaari itu. Hafiz mendendangkan lagu tema SB3 manakala Stacy dan Adam pula berduet dalam lagu baru mereka, Menggegar Dunia. [sumber]

 

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Mari Berdansa Aidilfitri
  • Sein & Nana Cerai Talak Satu
  • Gambar Zila Bakarin Pakai Tudung?
  • Gambar Pasangan Sehati Berdansa Lisdawati & Fauzi Nawawi @ Karnival SBRia
  • Gambar Terbaru Sein Ruffedge & Nana FO3
  • Album Sangkar Hadiah Jazz Kontemporari Atilia Sehati Berdansa
  • Linda Onn dan Fahrin Ahmad Mahu Kahwin?
  • Khai Terkejut & Gembira Rosma Mengandung
  • Profile Sazzy Falak
  • Juara Sehati Berdansa Vanidah Imran & Rashidi Ishak



    • Raf kiut

      tahniah sein… sesungguhnya sein lebih ramai peminat berbanding sazzy
      hahahaha
      kepada sazzy, terima la hakikat sebenar…adat pertandingan

    • cik dzue

      mmg pun..rasa cam tak adil pulak kan???adoii…bukan pro sazzy tp she’s talented.mmg menari pun dah prefect kan?almost la..kalo tak 100% cam pfo but thye deserve the be a winner….nak wat camne..dah takde rezeki..anyway..don give up k sazzy and nash…korang dah juara bg kami…

    • fm

      sazzy.., walaupun tidak menang tapi anda memang juara… tarimu memukau..mungkin bukan rezeki.. tahniah anda tetap juara dihati kami..

    • kayrune

      well..evrybody noes who’s d real champion..sazzy n nash all d way!!!

    • apa apa jelah..

      wlupn sazzy klah mlm ni but di ht kmi sazzy ttap juara..
      mmg spatutnya sazzy mng….

    • syaya

      haha.. saya dah agak dah sein&nana akan menang mlm ni. sebenarnya saya sangat support isma&zul sebab mereka sangat konsisten sejak 1st week. tapi bagus juga isma&zul tak masuk final, kalau tak mesti isma&zul akan kalah teruk sebab tiada ‘kuasa mengundi’. apa2 pun, tabik kat sazzy&naz sebab dapat lakukan stunt dansa yg superb. mereka kalah secara bermaruah. utk sein&nana tahniah sebab jadi juara SB3, you all berdua pun berdansa bagus… especially sein.

    • blupblup

      congrats to sein and and nana…. even sazzy is superb tonight…

    • shah

      i’ve voted..but maybe takleh lawan vote org kaya2 ni kan.. anyway sazzy..u still our champion..

    • dysebel

      whatever la… undi dia banyak ..like wtf kan.. sazzy n nash..u guys rock ;p

    • Nita

      mmg best lh sazzy punya prsmbhn … ingtkn sazzy yg mng…tp x pe sazzy tetap the best…

    • but

      aku suka zazzy tak menang yeay…

    • SEIN NANA BODO ANAK BERANAK UNDI DIRI SENDIRI

      tahniah sein… sesungguhnya sein lebih ramai peminat berbanding sazzy
      hahahaha
      kepada sazzy, terima la hakikat sebenar…adat pertandingan

      ape ke bodoh nye ko ni??? terang-terang sazzy lagi banyak peminat … sein ?? i mean , who is it ?? haii ,menang la anak beranak undi diri sendiri ! bapak si nana tu menteri besar selangor … masing-masing tipu diri sendiri undi diri sendiri ..anak beranak bodo ..tak sedor diri .. gila nak menang gitu la ..tak gitu ? SEBAB IKUT LOGIK SIAPA NANA ?SIAPA SEIN?? POPUALR KE>? SAZZY ,UEAH POPULAR … DAH NAMAPAK SANGAT ANAK BERTANAK SEIN NANA UNDI DIRI SENDIRI ..TAK MALU ! HATUII HH!!!

    • SAZZY RULES !

      TAK MALU UNDI DIRI SENDIRI .. SI KAREOGRAFER PULAK LAIN MACAM TERLENTOK SANA SINI .. BAGUS LA DUA -DUA .. BAPAK UNDI ANAK SENDIRI .. GITU LA JAWAB NYE .

    • SU

      Tahniah Sean n Nana……… Klau btl kluarga dia berhabis habisan undi ..itu biasa la…. sape2 pun klu ada ahli kuarga bertanding diaorang akan undi… lagipun Sean n Nana takkan menang kalau harapkan undi kuarga saje… mesti rmai rakyat msia yg lain undi mereka juga….. tak dinafikan sazzy juga memberikan show yg bagus…. tp terima hakikat ini ‘reality program’… Penonton yg menentukan…. :) So takyah la kutuk2….tak kira sape yg menang… hadiah kereta tu tak dpt kat kita punnnn… hehe..so dun wori b hepi!

    • karL Nizam

      dah tak payah lah korang sumer nak bergaduh pasal orang lain menang ngan kalah… dah dia menang pasal family diaorang vote banyak nak buat macam mana?? macam “bisnes” gak kalau berani keluar modal banyak untung mesti banyak…. whatever it is, siapa yang untung sebenarnya kat sini??? : )

    • matt

      emosional nya komen kat atas tu(SEIN NANA *** ANAK BERANAK UNDI DIRI SENDIRI).. klu ikutkan sein ngn sazzy dua2 tak berapa nak popular pun, x penah tcalon pun kat abpbh. tp yg pasti aku lagi suka pasngn sein.. anak beranak undi pun yg untung sapa? klu ko undi habis duit kat sazzy ko la yg *** x dapat apa2…

    • Jaws 3

      wa bru jer tgk ulangan shati bdansa td..ingtn sazzy yg mng..rupanyer sein..tp x heran la coz semi final pn sein mndahului % undian..hahaha..apa2pun..Astro la yg mng coz dpt dpt hasil dari undian korang sumer…

    • Rima

      Dah sah2 ramai yang kata Sazzy patut menang. Judges pun. Kalau cam ni orang dah hilang kepercayaan kat Sehati Berdansa…

    • rasa

      eeeeemmmmmmm………bagus la sazzy kalah…. coz………dia tu belagak skit n bangga n perasan bakal jadi juara….hahaha…

    • shima

      aku rasa sein & nana ikhlas menari x mcm sazzy terlalu over confident…
      Jgn salah kan sapa undi sapa….diorg dh menang kena terima ngan hati terbuka..

    • tipahtetipu

      aku baru tgk siaran ulangan semlm….sazzy & naz mmg the greatest…..menari ala2 pro gitu….biasa la sume….tgk la anak sapa yg menang…dah tentu2 bpk dia bnyk duit nak sogok undi……hahahahahaha…….ikot bakat nana mmg out la gone case….badan keras cam kayu…liuk lentok pon xde…..dahi agak jendol…..rasa malas dah nak tgk sehati berdansa…cam bodo jer…baik sume layan SO YOU THINK YOU CAN DANCE…lagi bagos……..

    • http://bazarria.com Peminat SB3

      Salam semua..

      sebenarnya dalam hal mengundi terpulang masing2. kemenangan atas rezeki. ada beberapa sebab agaknya:
      1. Famili sein dan nana undi derang , takkan family sazzy tak undi sazzy kut? mestilah family sazzy pun undi keluarga dia jugak
      2. nana anak dato’, sazzy pun anak dato’, sama2 berduit,
      3. bab undi diri sendiri, kalau aku masuk SB3 pun aku undi diri sendiri, ada masalah ke kalau undi diri sendiri? aku rasa sazzy n nazril pun undi diri sendiri kan? takkan lah derang nak undi sein n nana pulak.

      mungkin yang menyebabkan kalah adalah:
      1. mulut Sazzy celupar cakap dira undi diri sendiri dalam facebook, peminat tengok dari segi moral, so sah2 peminat dira beralih pada Sein dan Nana
      2. orang tak berapa berkenan kalau tengok pasangan over2 berpeluk2 dalam TV, sein n nana tak berapa nak berpeluk cium sangat, so orang luar rasa lebih selesa.
      3. banyak markah sazzy dapat 100 walaupun tak berapa layak, so masa final menentukan 100 bukan penentu kemenangan
      4. sazzy n nazril terkenal clubbing, Sein n nana orang yang tak clubbing, so peminat akan tengok kesungguhan nana especially untuk belajar
      Sazzy n nazril over confident sampai tarian melayu nak lifting2, sebenarnya tak perlu lifting pun, lainlah kalau tarian akrobatik.
      5. masa tarian melayu, Sein n nana terserlah, Sazzy n nazril kureng sebab menari kureng, banyak angkat2. aksi pulak yang dah pernah buat. Kalau tarian masa Watimang Landak tu dibuat masa final, sure Sazzy menang
      6. Tarian latin pun sama, sazzy banyak l;ifting saja, bab menari kurang. peminat tak nak tengok lifting, biasa peminat nak tengopk lenggok menari.
      7. kalau peminant nana n sein mengundi habis-habisan, kenapa peminat Sazzy n nazril tak boleh mengundi habis-habisan??

      komen sajer yerr..

    • kudek oren

      apa yg shima kata betul…keikhlasan sein & nana nampak jelas…aku pun malas nak undi…sebab aku x teruja pun…mcm yg dulu2…tp aku tau mlm tu Sazzy sure kalah coz dia memang over confident…..Klu stakat nak menang kereta Audi tu, x yah susah nak menari…bapak si Nana tu blh bg kat dorang kan…..tp semangat Si Nana tu aku boleh nampak……

    • tipahtetipu

      tgk la sok kaba arini…dah terang2 sein kata mmg kuarga yg bantu vote…harus la depa menang kan….kuarga depa duit bape bnyk…. pehtu masa mentor tu mmg la ko x menang sein oi….sbb kali ni ko dgn bini ko….family bini ko yg bnyk duit tok support….bini menari cam parpu….bole menang…cam x caya la aku……

    • intan

      betul tu shima, saya pun rase sazzy over confident.Saya memang kagum dgn technique2 stunt sazzy & nazri,memang tak ade peserta lain yg sehebat mereka.Disitu je, markah mereka dah melebihi peserta2 lain. Cuma, saya rase tak ada coordination atau kemesraan diantara mereka.Sazzy lebih hendak menonjolkan dirinya lebih dari Nazril.Itu masaalahnya.Sein & nana lebih menampakkan diri mereka sebagai couple (& mereka sgt loving gitu) berbanding sazzy & nazril.Saya rasa sbb itulah mereka menang.Apa2 pun, sazzy & nazril memang penari2 yg hebat dan diharapkan mereka blh pergi jauh dlm bidang ini kerana mereka telah dpt mengumpulkan peminat2 mereka yg tersendiri.

    • zoela

      setuju sesangat ngan peminat sb3.namanya pun for charity..kalah menang ..biasalah…rezeki…salahkan sape? sendiri mau ingat…yg nyata sein & nana punyai ramai peminat hingga di nobatkan sbg juara SB3.Nana anak dato pun ..slumber jee..tak la…over sangat pun ..go..go..

    • redah je

      betul betul betul.. sazzy kalah bermaruah..n nana sein menang tp tk blagak..hehe.. coz mmg nmpk keihlasan dorang tuk charity ni..yg pnting niat dorg.not just to get the audi one..

    • laobe

      aku suka je sein n nana…selambeee je
      bukan pasal anak dato ke ape daaaa
      sazzy pun anak dato kayoooo
      apa kess
      sian sein n nana kene tuduh mcm2
      ikhlas itu penting
      apa2 pun lov sein n nana!!!

    • MIMIY

      ala kalo setakat nk kete audi tu,bapak nana bole belikan sorang satu kat sein n nana…family sazzy pon kaya gak.mesti diorang undi…beza undi byk sgt.larat mana family nk undi,tkkan tk buat kerja lain asyik nk mengundi jek…peminat kat malaysia nie mmg suka peserta yg sederhana,kalo tgk rancangan realiti lain pon yg poyo2 mmg tekeluar awal…rezeki diorang,betul kata sein kalau bkn rezeki undi byk manapon tkkan menang…

    • lay

      haha apa la bimbo sgt korg nih. korg meroyan kt sini mcmla sazzy bleh dpt title juara tu balik.

      TIPAHTERTIPU, apa yg ko komen tu dh shows diri ko tu mcmn. apa la bimbo sgt ko nih. SEIN mmgla x masuk mentor cik tipah oiii. haha nk kutuk pun, kaji la btol2 dulu. kan dh memalukan diri sendiri. pas tu yg ko kutuk nana tu, ko tu lawa sgt ke?? tunjuk skit gmbr ko, nk jgk tgk ko tu lawa sgt ke. LOL

      i agree with Peminat SB3. korg kata family sein nana vote sbb dorg kaya. so, sazzy tu org susah ke??? parent sazzy tu pun VIP. dorg pun vote for sazzy jgk. so what’s the problem family vote utk dorg?

      the diff here is, vote SEIN tinggi sebab families + fans vote for them. vote SAZZY rendah sbb families jer yg vote. yg fans byk mengutuk sein nana jer, tp votenya x. macam mana nk menang.

    • ghost

      ala, poyo je peminat2 sein n nana ni (opss, sorry). dah memang tarian sazzy n nazril lg best pun. terima la hakikat. ala, klau sein n nana x wat apa2 pun mlm tu, dorang akn tetap menang jgak, percayalah ckp i. sazzy mmg la ank org kaya, tp famili dia mungkin tak sama ngn famili nana (sanggup buat apa saja utk menang, hehe). aku berhabis byk giler utk vote sazzy, tp xtau la mana pegi undian tu, mmg tak puas hati betul!

      dri segi tarian pun, mmg tarian sazzy lg best sbb papa j tu mmg kreatif. mmg la ada lifting sbb lagu dia bertemakan unsur2 kesenian negeri kelantan. dah mmg penceritaan dia mcm tu, so xsalah pun ada lifting. judges pun puji. korang ni tgk lagu dan jln cerita la jgak mcmana klau nk mengomen pun.

      cuma apa yg bleh dikatakan, dah memang rezeki sein n nana n anak2 dia, nk wat cmana kan, congrats la. dorang best jgak, tp best sikit je la (hehe). Apa2 pun, kebolehan dan persembahan sazzy mmg xboleh dinafikan. memang best sgt3.

      Lastly, klau sazzy menang aku lg suka, tp xde rezeki. tp SB2 la yg plg best n aku mmg puas hati ngn keputusan tu. SB1 pun not too bad..

    • commentator

      seriously, aku tak rasa sein & nana ni popular pun. fans dorang takde la ramai mana pun. tp paham2 sendiri la. kuang kuang kuang.

    • Jura

      For me la… i LAGI suka tgk Sein n Nana menang…dorang tak berpura2 depan kamera… takde la nak berlakon pelok2 cium2 cakap lemah lembut, tapi tu pun disalah ertikan sesetgh pihak mcm couple yang tak happy. tak vote sapa2 pun… pakaian sazzy seksi sgt la time latin tu.. tak suka. ehhehe

    • entah apaapa

      1. heran. kalau namanya show untuk charity, hadiah yang pemenang dapat lagi mahal dari rumah kebajikan dapat? (pemenang dapat >rm100k; umah kebajikan dapat RM20k). kalu ikhlas x yah lah hadiah. trophy pun dah cukup. so.. untuk apa pertandingan ini?

      2. Sazzy muka nampak cam kiasu at every show.

      3. sein & nana – aku setuju.. ada peningkatan dan ikhlas. can see from the face nana x sangka dia menang.

      4. kalu nak kira kaya mak bapa sazzy pun kaya… apa ada hal…. ?

      5. korang yang dok mengutuk dengan bahasa yang baik sangat nie kenapa? kalu x puas hati taun depan masuk la.. kurang2 sein ngan nana dah tolong tp org ko?

    • iye ker?

      bg saya, sazzy lebih layak menang klau nk dinilai dr segi tarian. klau nk ckp pakaian sazzy sexy, sy rasa bkn dia sorang je, hampir semua yg masuk pertandingan tu pakaian mmg sexy, bkn mlm final tu saja, even nana pun sexy gak.

      mana korang tau sazzy tu berpura2. hampir sume pasangan ada peluk2, bkn nya sazzy je, sein n nana pun peluk2 gak kalau time kena puji. yg gaduh tu adat la kan, sedangkan lidah lg tergigit. tp jgn la jeles ngn pasangan yg loving, dah mmg dorang rilex n cool pun, korang jeles apa hal?

      mak bapak sazzy mmg kaya, tp jenis famili org ni lain2, so faham-faham la ek. to sazzy, u have done ur very best, anda tetap juara di hati peminat2 anda!

    • sweet guava

      Sazz n nash mmg layak menang..tp xpe,kan tu undian sms je…klu juri yang nilai, mmg kalah teruk sein n nana, sb i rasa yg layak ke final isma n zul…..tp semuanya main sms kann..Klu sazz kalah ngan isma, i tak kisah sgt…sb dance isma n zul mmg serasi cam sazz n nash.. Dah namanya “sehati berdansa”, pttnye mst “serasi berdansa”..btol takk??? Sein mmg power la dance..

      salah juga peminat sazz tak undi banyak..btol kata sazz, dia artis urban..besa je aksi sazz n nash tu peluk2 kis2..dah lifestyle dorg cmtu,family dia pon cmtu lakkk…tak heran pon.. Besa la over konfiden..thts means sazz n nash bsungguh2 mlakukan sesuatu n apa yang dorg buat tu mmg superb apa.. Satu malaysia tau punya la..dance sazz n nash lg ok, but “ada” org menafikan…hehehe… sb dia minat orang tu bkn dance yg di-perform ekekek..

      ahaha peminat SB3..panjangnye komen..ada kena mengena ke?? Tp btol la nana tu kurang talented, supporter sein n nana pon tahu sdiri tp mereka2 ni menafikan……btol kata iyer ker…family dia mmg kaya, tapi family org ni lain2…family sazz support secara kasih sayang dan dorongan jer hehehe..besa le family urban…tak kisah sgt perkara remeh temeh..

      Juri2 profesional yg btauliah n diiktiraf pon tau nyerr…Takpe sazz, undian sms mmg cmtu, minat ‘org’ yang lemah lembut, sopan, berbudi bahasa kononnye, bukan ‘perfomance’..kecuali undian for stacy dlm af6 ekeke kuar topik la plak.. Sazz n nash, ur THE BEST…

    • joyah

      sb3 mmg sucks!!! org yg patowt menang xpown menang, aku vote byk jer utk sazzy, pastuh kengkwn pown smer vote derang gak. so far aku x jmpa 1 pown org yg vote sein, tp sazzy tetap kalah. tooo obviousssss. wth!!!!

    • peminatSB3

      memandang kan ramai yg x puas hati dgn pemenang SB3 termasuk diri aku ni, astro spatut nyer kena ubah proses memilih pemenang utk next season…bia juri profeaional yg pilih sape yg lyk mng utk sehati berdansa…baru la adil…x de la timbul undi diri sendiri ni…to nana anak org kaye,congratz 2 both of u..dah rezeki anda yg mng,nk wat cmner kn.. bia jer pe org kate n to sazzy..i luv u..

    • sweet guava

      btol pe sya ckp.. full of facts

    • sweet guava

      n one more thing…btol ke statement awk tu(Peminat SB3)”….n to sazzy..i luv u..” 1st komen 4 sazz bukan main hebat mengutuk..confused ehhh..

    • http://bazarria.com Peminat SB3

      Peminat SB3 dan peminatSB3 adalah orang yang berlainan.

      komen saya adalah berdasarkan pemerhatian, bukan menyebelahi mana-mana pihak. saya gemar tarian sazzy masa Disco (memang layak 100), Melayu kontemporari(layak 100) dan malam sudirman.

      tarian sein dan nana sangat menarik semasa lagu hindustan (patut dapat 100- dira pun bagus masa malam ni, tapi kenapa tak 100? ), final melayu kontemporari (lebih bagus dari sazy, selayak dapat 100 jugak) dan tarian malam muda mudi.

      Just nak komen je. Jangan marah-marah.

    • NONA

      dua2 pasangan ni aku tk minat…dan tk vote pun…aku pun pelik ngan pertandingan ni..kalau utk charity, naper hadiah utk tukang penari lebih besar dari jumlah derma yg hendak disalurkan ? oooo astro kan ? tk heran ler..dia org pentingkan keuntungan..aku cuma suka pemenang dulu, vanidah ngan rashidi..pasangan suami isteri yang cool, bahagia n professional dlm karier masing2..

    • sweet guava

      o ye ke..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK