in

Save the Children to Save a Child Every Minute

RB (dahulu dikenali sebagai Reckitt Benckiser), syarikat peneraju dunia bagi produk kesihatan dan kebersihan pengguna, baru-baru ini melancarkan kempen di seluruh negara yang bertujuan mencegah kematian akibat cirit-birit di kalangan kanak-kanak di bawah usia 5 tahun – melalui kempen “Save a Child Every Minute.” Bersandarkan visi global dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan dan kebersihan untuk lebih 200 juta individu menjelang 2020, RB telah bekerjasama dengan Save the Children untuk menangani kekurangan amalan kebersihan dan fasiliti kebersihan.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, RM1 daripada setiap jualan berjumlah RM20 bagi produk Dettol dan Harpic di antara Ogos dan September 2014 akan disalurkan kepada Save the Children untuk program mencegah kematian akibat cirit-birit ini. Melalui inisiatif serupa sepanjang tahun ini meliputi negara di Asia Tenggara seperti India, Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Bangladesh dan Sri Lanka, RB menyasarkan untuk meraih kutipan keseluruhan bernilai GBP 280,800.

Save a child 4

RB berganding bahu bersama Save the Children untuk “Save a Child Every Minute”. RM1 untuk setiap jualan berjumlah RM20 bagi produk Dettol dan Harpic disalurkan terus untuk pencegahan cirit-birit
RB di negara Asia Tenggara sasar raih kutipan keseluruhan GBP 280,800

RB telah bekerjasama dengan Save the Children sejak 2003 dan meraih lebih £15 juta (~ RM77.9 juta) dan membantu 2.5 juta orang termasuk 1.5 juta kanak-kanak untuk pelbagai program di seluruh dunia. Pada tahun 2013, kerjasama ‘Healthier kids, Happier homes’ dilancarkan semula dengan sasaran untuk mengurangkan jumlah kematian kanak-kanak akibat cirit-birit menjelang 2020 dan RB telah memeterai pelaburan sebanyak £23.5 juta (~ RM121 juta) sehingga 2015. Dengan fokus kukuh terhadap teknologi dan inovasi, RB juga komited untuk menyediakan produk penyelesaian bagi membantu menghentikan kematian kanak-kanak akibat cirit-birit.

Berucap pada majlis pelancaran kempen ini, Encik Chander Mohan Sethi, Naib Presiden Kanan, RB Asia Tenggara: “Kami percaya bahawa setiap organisasi perlu dipacu dengan satu tujuan jelas. Bagi RB, tujuan kami adalah menyediakan penyelesaian berinovatif kepada individu untuk kehidupan lebih sihat dan keluarga yang lebih bahagia. Pencapaian kami tidak hanya menerusi produk berinovatif, malah turut dibantu kerjasama inovatif untuk mewujudkan kesedaran tentang kesihatan dan kebersihan. Kami juga percaya, kerjasama bersama Save the Children merupakan satu bukti terhadap komitmen kami kearah perubahan dan membantu menyelamatkan banyak nyawa kanak-kanak di bawah usia 5 tahun daripada mati akibat cirit-birit.”

Hina Nagarajan, Pengurus Besar bagi RB Malaysia & Singapura pula berkata, “Sebagai sebuah organisasi beridentitikan kesihatan dan kebersihan, kami percaya ia adalah tanggungjawab utama untuk tampil ke hadapan dan memainkan peranan penting dalam mengurangkan statistik membimbangkan melibatkan kematian akibat cirit-birit di seluruh dunia. Kerjasama kami bersama Save the Children dengan tujuan “Save a child every minute” akan dijalankan menerusi pendekatan holistik: dalam merawat dan mencegah insiden cirit-birit dan juga bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan dalam menangani masalah ini. Bermula Ogos, kami menyasarkan untuk meraih RM50,000 dengan menderma 5% daripada hasil jualan produk Dettol dan Harpic di antara 1 Ogos 2014 sehingga 30 September 2014.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerjasama RB bersama Save the Children, layari – http://www.rb.com/our-responsibility

Tentang RB
RB (dahulu dikenali sebagai Reckitt Benckiser) merupakan sebuah syarikat peneraju dunia dalam sektor kesihatan dan kebersihan pengguna. Syarikat ini beroperasi di lebih 60 negara dengan ibu pejabat di UK, Singapura, Dubai dan Amsterdam serta mempunyai pasaran di hampir 200 negara. Pekerjanya dianggarkan seramai 37,000 orang di seluruh dunia.

Berpandukan visi dalam menyediakan penyelesaian berinovatif untuk kehidupan lebih sihat dan keluarga yang lebih bahagia, RB tersenarai dalam 20 syarikat di Bursa Saham London. Kini ia berada di Nombor 1 atau 2 di peringkat global dalam majoriti kategorinya yang pantas berkembang, digerakkan oleh tahap inovasi yang mengagumkan. Portfolio kesihatan, kebersihan dan kediamannya diterajui oleh 19 jenama iaitu Nurofen, Strepsils, Gaviscon, Mucinex, Durex, Scholl, Lysol, MegaRed, Dettol, Veet, Harpic, Bang, Veja, Mortein, Finish, Vanish, Calgon, Air Wick, dan French’s. Pada awal tahun 2014, RB memperoleh 43% hasil terasnya daripada 2 pasaran yang sedang berkembang dan 57% daripada pasarannya yang membangun; 72% hasil teras datangnya daripada kategori kesihatan dan kebersihan.

Dipenuhi bakat-bakat baharu yang merangkum sempurna dari segi intelektual dan komitmen sehingga kepada standard kualiti tertinggi, RB bersedia untuk mencorak semula dunia kesihatan dan kebersihan pengguna. Tenaga kerja RB dan budayanya ialah tulang belakang kepada kejayaan syarikat ini. Mereka memiliki semangat jitu untuk meraih kejayaan dan keinginan untuk mencapai prestasi lebih baik serta fokus termasuk kelestarian di mana syarikat ini menyasarkan pengurangan 1/3 impak air, pengurangan 1/3 karbon dan memperoleh 1/3 daripada hasil bersih yang datang daripada produk-produk lebih lestari menjelang 2020. Ia juga rakan kerjasama global terbesar FMCG bagi kebajikan Save the Children, dengan visi kerjasama baharu bagi mengurangkan pembunuh nombor dua terbesar di dunia dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia 5 tahun iaitu cirit-birit. Secara keseluruhan, RB mahu mencapai kepada 200 juta individu bagi membantu meningkatkan taraf amalan kesihatan dan kebersihan mereka.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.rb.com/my-sg

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ERA fm Kini DiKenali Sebagai WondaERAfm

AirAsia Clinches Best Low-Cost Airline Award