Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Saturday Movie di 8TV



31st Top Ten Chinese Gold Songs Award Presentation

(Chap Goh Mei Special)
 TX Date: 7 February 2009
 Time: 8.30pm – 10.30.pm
Bagi penggemar muzik, 8TV akan menyiarkan sebuah majlis anugerah yang cukup berprestij 31st Top Ten Chinese Gold Songs Award Presentation. Anda pasti terpukau dengan barisan-barisan artis kesayangan anda yang bakal membuat persembahan!

My Dream Girl
 TX Date: 14 February 2009
 Time: 8.30pm – 10.30pm
Ning (Zhao Wei) seorang gadis dari kampung telah dipertemukan dengan bapanya – Mr Zhang yang telah hilang bertahun lamanya. Mr Zhang yang merupakan seorang ahli perniagaan berjaya telah mengupah seorang perunding imej dari Hong Kong; Jo Lam (Ekin Cheng) untuk menukar imej Ning supaya tampil lebih elegan dan bersesuaian dengan statusnya. Setelah beberapa lama bekerja, Jo akhirnya nekad untuk berhenti dan pulang ke Hong Kong. Ning yang telah lama menyimpan perasaan terhadap Jo terbang ke Hong Kong untuk meluahkan perasaan cintanya namun ditolak oleh Jo. Apakah kesudahkan filem ini? Jangan lupa untuk menonton filem komedi romantik yang pastinya cukup menghiburkan!

Train Man
TX Date: 21 February 2009
Time: 8.30pm – 10.30pm
Densha Otoko atau Train Man merupakan sebuah filem komedi tentang seorang lelaki pendiam Takuyaki Yamada yang telah berjaya menyelamatkan seorang wanita cantik bernama Miki Nakatani dari seorang pencabul di dalam komuter. Kisah bermula apabila Train Man menerima sebuah bungkusan dengan ucapan terima kasih sejurus selepas kejadian di komuter berlaku. Keliru dan risau, Train Man mendapatkan pertolongan dari seorang teman dan temannya itu telah memberikan nasihat dan tips tentang apa yang perlu dilakukan beliau. Train Man akhirnya mengajak wanita tadi keluar makan dan begitu terkejut apabila perlawaannya diterima. Banyak adegan lucu dapat anda lihat dalam filem ini.

One FM Concert
TX Date: 28 February 2009
Time: 8.30pm – 10.30pm

Hari Valentine anda tahun ini pastinya berbeza dari tahun-tahun yang sebelumnya. One FM mengajak anda bersama-sama di dalam sebuah konsert yang cukup hebat dan bertenaga! One FM Concert ini membariskan artis-artis yang cukup terkenal antaranya Gary Chao, Rynn Lin, Kelly Poon, Wu Zongming, Fang Jiong Bin, Manhand, Danell Lee, John Wee, Wu Jia Hui, Kay Kwok, Genie Zhuo dan Landy Wen.

Jangan lupa menandakan malam Sabtu anda sepanjang Februari 2009 untuk menyaksikan rancangan-rancangan menarik hanya di 8TV! Anda juga boleh menonton 8TV menerusi saluran Astro 708. 

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • LMFAO Fan Gathering Ticket Launch Pre-Sale
  • Movie Carnival 2008
  • Konsert Search Berpindah Tempat ke BUKIT KIARA Equestrian & Country Resort
  • The Biggest Loser Asia Season 2 Auditions
  • Justin Bieber My World Tour in Kuala Lumpur
  • DEVIATE New Resident Band Hard Rock KL April & May
  • Senarai Filem 2008
  • LIST OF HOLLYWOOD’S BEST AND WORST MOVIE STARS 2008
  • 63rd Primetime Emmy Award Nominees
  • Cartoon Network Ben 10 Ultimate Boot Camp





































































































































































































































































































  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK