Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sasha Bashir @ DANSA di NTV7 dan Dansa A Dance Journey



DANSA – JURNAL TARIAN YANG MEMPERSONAKAN 

Kecak, petenun, randai – nama-nama eksotik ini merupakan sebahagian dari jenis tarian tradisional yang bakal dipaparkan dalam dokumentari gaya hidup terbaru, Dansa. Dansa akan bersiaran setiap Khamis, 7.30 malam mulai 15 Oktober, hanya di ntv7. Bakal muncul di kaca tv untuk 13 minggu berturut-turut, program yang tampil dalam format Inggeris ini akan memperkenalkan dansa tradisional dari destinasi tempatan dan antarabangsa yang terkenal.

Sertai pengacara menghiburkan, Sasha Bashir, seorang penari dan hos berpengalaman, sementara beliau menjelajah beberapa destinasi untuk mempelajari tarian tradisi daripada jurutari terlatih yang masih aktif dalam usahanya untuk mengekalkan seni tradisi ini kekal segar di kalangan komuniti masing-masing. Selepas tiga hari mempelajari lenggok dansa tersebut, jelitawan ini akan mempersembahkannya di hadapan penonton secara langsung.

Dokumentari ini turut berjaya menawarkan pandangan yang lebih mendalam mengenai keunikan budaya dan tradisi yang diwakili oleh setiap jenis tarian. Penonton akan berkesempatan untuk menjelajah bersama-sama pengacara, di mana beliau akan turut menceritakan mengenai gaya hidup, masyarakat, monumen, budaya, dan destinasi menarik di samping memperkenalkan tarian tradisional tempatan negara berkenaan.

Sementara Sasha mempelajari pelbagai jenis dansa, Dansa turut membongkar pengalaman-pengalamannya serta cabaran yang ditempuhi di saat mempelajari sesuatu jenis tarian yang baru. Menariknya, pengacara turut berkongsi tips untuk mempelajari sesuatu warisan budaya dalam hanya masa tiga hari sahaja.

Selain itu, penonton turut dapat melihat variasi jenis lenggok dan gerakan tarian yang menjadikan sesuatu tarian itu lebih unik dalam persembahan terakhirnya. Setiap langkah pengacara dirakamkan – pemakaian kostum, aksesori, muzik, elemen sejarah dan bagaimana kesemua faktor ini bersatu dan seterusnya menghasilkan tarian-tarian berikut turut disajikan.

“ntv7 amat berbangga kerana berjaya mendapat tempat di hati penonton sebagai Saluran Ceria Anda, dan di samping itu, kami amat teruja untuk memperkenalkan dokumentari gaya hidup terbaru khas untuk tatapan seisi keluarga – Dansa, ” kata Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul. “Bagi penonton yang cintakan pengembaraan dan kebudayaan, pastinya Dansa akan mewarnai hari- hari anda dengan tatapan destinasi hebat di Malaysia dan juga negara luar seperti Indonesia, Australia, Thailand dan Jepun.”

Tambah beliau, “Terdahulunya, versi melayu rancangan ini berjaya memperoleh penerimaan yang membanggakan di kalangan penonton sewaktu siarannya di TV3 dan oleh itu, kami berharap versi Inggeris yang bakal ditayangkan di ntv7 akan terus menambat hati penoton setia kami.”

Sebuah buku yang diilhamkan dari rancangan dokumentari ini yang diberi judul “Dansa: A Dance Journey” turut dilancarkan bersama-sama program ini. Buku yang mengandungi 200 halaman ini menghidangkan lebih 250 keping visual indah yang tidak pernah didedahkan dalam rancangan termasuklah saat-saat di belakang tabir yang berjaya dirakamkan oleh Sasha dan krew di 13 lokasi menarik tersebut. Hasil penulisan Sasha Bashir yang juga bertindak sebagai penolong penerbit rancangan, buku ini turut memuatkan kata pengantar oleh aktivis teater ternama, Prof Dr Hatta Azad Khan dan penerbit teater antarabangsa, Hugh Wooldridge.

Untuk memahami budaya dan tarian yang pelbagai, jangan lupa temujanji anda bersama Dansa, setiap Khamis, 7.30 malam hanya di ntv7, mulai 15 Oktober. Buku “Dansa: A Dance Journey” boleh didapati di mana-mana kedai buku. Juga, dapatkan autograf daripada penulis di MPH Midvalley pada 10 Oktober 2009 pada jam 3.00 petang. Untuk informasi lanjut mengenai rancangan, sila layari www.ntv7.com.my dan untuk informasi terperinci mengenai pengacara, sila layari http://sashabashir.blogspot.com

Tags:

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Sasha Bashir di Red Carpet Anugerah Juara Lagu 24
  • Hadiah Cenderamata Dansa Dari Sasha Bashir
  • Sasha Bashir Dansa II The Journey Continues
  • Sasha Bashir dan Yani Hijjas Berkahwin
  • Gambar Sasha Bashir Peraga Baju T RekaTee TV3
  • DAPATKAN ALBUM AMRA DI PASARAN
  • Gambar Sasha Bashir, Anne, Stacy & Michelle Wee di AJL24
  • SASHA ISTERI KE-3?
  • AG Hot FM & Dira di Program Jom Ronda di TV3
  • Gambar Selebriti di BOH Cameronian Arts Awards 2007



    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      sasha bashir.. beauty!

    • http://selangor2u.com/blog/ selangor2udotcom

      ni tarian apa plak ni…kan nanti ada pulak yang kena claim kan..huhu

    • http://www.twitter.com/Azeryza Kalasun

      Ini acara apa ini, mau klaim lagi? Hah?
      Randai tu dari sumatra barat, kecak tu dari bali, pakaian yg dpkai sasha tampak pakaian dari jawa

    • ida

      Kalasun: Sila baca artikel dengan teliti dan sampai habis. Nada soalan anda seperti membuat tuduhan!! Ini diambil dari artikel di atas: “Dansa akan mewarnai hari- hari anda dengan tatapan destinasi hebat di Malaysia dan juga negara luar seperti Indonesia, Australia, Thailand dan Jepun”

      Kalasun: Pernah tengok ‘Travel Channel’ tak? Anthony Bourdain ada rancangan tentang makanan seluruh dunia, dan bukan maksudnya nak claim makanan itu semua dari Amerika Syarikat. Ini pun lebih kurang lah, tetapi mengenai dansa.

      Kalasun: Kamu lihat tajuk cerita tu, adakah tajuk rancangannya mengatakan ianya tarian Malaysia?

      Berfikirlah secara rasional, bukan dengan emosional.

    • http://www.twitter.com/Azeryza Kalasun

      Ok lah ida, maaf lah kalau saya salah paham.
      Sekarang ni banyak orang indonesia yang sangat sensitif terhadap malaysia.,, terutama masalah klaim budaya

    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      it is ours

      IT IS OURS.. now go die in an earthquake sink hole please Kalasun

    • http://www.publicmutual.com.my Honeybee

      sabar weh .. sabarrrr….



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK