in ,

Sarimah Ibrahim & Tunku Jamie Nikah 2 April

Menurut sumber Berita Harian, penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio Sarimah Ibrahim akan bernikah pada 2 April depan. Penyanyi lagu Kini Kau Tiada itu memilih cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar (Tunku Jamie) sebagai bakal suaminya.

sarimah-ibrahim

Sarimah Ibrahim & Tunku Jamie telah pun bertunang pada 27 September tahun lalu.

“Majlis nikah dan resepsi akan diadakan pada hari yang sama di Hotel Prince bermula sebelah pagi dan bersanding pada malamnya. Keesokan harinya akan diadakan resepsi ala Barat di lokasi sama pada jam 8 malam.

“Majlis resepsi itu dibuat untuk keluarga sebelah ibu saya. Setakat ini sudah 70 peratus siap persiapan kahwin kami.”

Ketika ini Sarimah sedang mengikuti kursus kahwin. Sarimah memberitahu dia akan mengenakan rekaan Salikin Sidek dan Melinda Looi pada hari bahagianya nanti.

“Saya akan mengenakan busana rekaan Salikin untuk pernikahan dan persandingan. Untuk resepsi ala Barat itu saya akan pakai baju rekaan Melinda,” katanya.

Sarimah dan Jamie berkenalan sembilan bulan dan kemudiannya bertunang. Ini bukan perkahwinan pertama mereka. Sarimah pernah berkahwin dengan jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah pada 2006 tetapi bercerai pada penghujung Disember 2008.

Jamie pula yang berstatus duda tanpa anak juga pernah berkahwin dan sudah bergelar solo ketika bertemu selebriti berkenaan sembilan bulan lalu.

sumber : Berita Harian

Gambar Sekitar Majlis Tunang Sarimah Ibrahim & Tunku Jamie pada 27 September 2014:

Sarimah Ibrahim & Tunku Jamie Nikah 2 April

Sarimah Ibrahim & Tunku Jamie Nikah 2 April

Sarimah Ibrahim & Tunku Jamie Nikah 2 April

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton FOCUS

ONE Siar DAEBAK! Viewer’s Choice Awards