Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Sari Yanti Kahwin

Ikatan perkahwinan bukan sahaja menyatukan dua jiwa, malah dua keluarga kini bersatu menjadi sebuah keluarga besar. 

Bersaksikan keluarga serta sahabat handai, pelakon Kisah Qaisara dan pengacara GUA di MHI, Sari Yanti, sah bergelar isteri kepada Mohd Edy Casmady, 28 tahun. Majlis pernikahan ringkas namun meriah ini diadakan di rumah pengantin perempuan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Tempoh percintaan selama tiga tahun diakhiri dengan ikatan suci sebuah perkahwinan yang menjanjikan seribu satu kebahagiaan jika bijak mengemudinya. Janji pasangan dua sejoli ini, ikatan yang dibina biarlah berpanjangan dan dijalani dengan penuh sabar serta tolak ansur.

“Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Gembira tak terkira kerana kini kami sudah sah bergelar suami isteri,” kata Sari yang mengenakan persalinan putih dan layah panjang rekaan Lyndarahim serta sehelai kain kecil menutupi sebahagian wajahnya.

Memilih tema putih, pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin lelaki. Hantaran indah berkonsep modern English bagi pihak perempuan dan timur tengah untuk lelaki rekaan David Kor.

Pengantin lelaki turut memberi sebuah dulang tambahan kepada kakak pengantin perempuan sebagai hadiah. Pasangan pengantin dinikahkan sendiri oleh ayah pengantin perempuan, Mohamad Nazari

Edy menyerahkan mas kahwin sebayak sembilan ratus ringgit serta seutas rantai tangan dan sebetuk cincin ketika upacara membatalkan air sembahyang. Walau bagaimanapun, Sari enggan mendedahkan jumlah wang hantaran yang diberi pengantin lelaki.
 
Sebagai anak jati Negeri Sembilan yang kaya adat pepatih, Sari tidak mahu meminggirkan budaya yang selama ini menjadi ikutan turun temurun. Sebelum majlis nikah bermula, pihak pengantin perempuan menghantar wakil untuk mengiringi pengantin lelaki dan keluarga datang ke rumah yang dipanggil adat menjemput.

Terpikat kepada budi bicara serta kelembutan, Edy tidak teragak-agak menyunting Sari sebagai teman hidup dan Sari pula menerima Edy kerana lelaki itu pandai mengambil hati serta mudah menerima pendangannya.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Sari Yanti Top 5 Artis Baru Wanita Popular
  • Drama Bersiri Kisah Kaisara Lakonan Sari Yanti dan Wan Sharmila
  • Gambar Nora Danish Bertudung
  • Gambar Selebriti di Karpet Merah FFM21
  • Sari Yanti & Eddy Casmady Kahwin 16 Januari Ini
  • Drama bersiri Sari Maya Lakonan Fauzi Nawawi, Zizie Ezette, Liyana Jasmay
  • Gambar Kahwin Pelakon Kisah Kaisara Sari Yanti & Mohd Eddy Casmady
  • DRAMA JUANNA LAKONAN SARI YANTI, ASHRAF MUSLIM, MARISSA YASMIN
  • Gambar Nikki Bertudung di Majlis Nikah Ning
  • GUA Lancar Drama Mingguan Lelaki Lakonan Fazren Rafi, Sari Yanti, Memey Suhaiza



  • Satu Komen untuk entri “Sari Yanti Kahwin”

    1. adli kata:

      whoa! baru lakon kisah kaisarah aje psl budak2 dah kawin. walaupun sari dah kawin, die tetap cantik dan comel.

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!