in

Samsung Galaxy Camera 2 Lebih Canggih Boleh Selfie

Selamat tahun baru 2014! Yeah! Hari ni dah pun 1 January! Nampaknya 2014 dimulakan dengan satu kemajuan yang berganda buat syarikat pengeluar gajet terkemuka, Samsung Electronics Co Ltd apabila memulakan langkah pertama dengan mengumumkan pelancaran kamera Galaxy 2 yang menjadi pengganti versi pertama sebelum ini yang memenangi beberapa anugerah antarabangsa. Yeah! Budiey kena beli la ni. Adehhhh!

galaxy-camera-2-title-2

[pullquote align=”right”]Kamera baru kali ini merangkumi pemproses 1.6GHz yang dinaik taraf kepada quad core dan platform Android menjadikannya lebih cepat dan lebih mudah berbanding sebelum ini sesuai kepada pengguna untuk merakam, mengedit dan berkongsi imej yang berkualiti tinggi dengan rakan-rakan dan keluarga.[/pullquote]

Reka bentuk lebih ringan dan retro turut menjadi pilihan yang ideal untuk jurugambar yang tidak mahu mengorbankan gaya untuk teknologi.

Kamera Galaxy 2 lebih menumpukan aspek pembangunan perisian platform Android bagi mengoperasikan fungsi kameranya dan kali ini ia dibantu dengan lebih mantap apabila Samsung turut menyediakan kuasa bateri kepadqa 2000mAh yang sekaligus membolehkan jurugambar menikmati pengalaman fotografi untuk tempoh yang lebih lama dan mempunyai keupayaan untuk mengambil gambar lebih cantik.
Bagi menjadikannya sebuah kamera berprestasi tinggi, Kamera Galaxy 2 menghasilkan imej kualiti yang luar biasa, tiada tandingan oleh fotografi dalam telefon pintar dengan resolusi 16 megapiksel bersama sensor BSI CMOS yang menghasilkan imej terang yang kedua-duanya mewah dengan warna dan terperinci, membolehkan kenangan yang akan ditangkap dan diterbitkan semula dalam kejelasan sempurna.

Dengan zum optikal besar sehingga 21 kali, jurugambar boleh mendapatkan imej lebih dekat berbanding sebelum ini disokong oleh RAM 2GB. Malah kamera Galaxy 2 beroperasi pada kelajuan ultra tinggi supaya pelbagai ciri-ciri intuitif boleh diakses tanpa lengah. Memori dalaman ditambah dengan aplikasi Dropbox, di mana ia akan dimasukkan terus selepas pengguna menangkap gambar sehingga memori 50GB secara percuma supaya jurugambar yang sedang ghairah tidak bimbang tentang kehabisan memori lagi.

Perkongsian gambar pula dibuat mudah dengan wifi dan keupayaan NFC yang mengiringi Galaxy 2. Fungsi ‘Tag & Go’ yang inovatif ciri menjadikannya mudah untuk menyambungkan kamera Galaxy 2 kepada telefon pintar yang diupayakan peranti NFC. Apa yang diperlukan adalah pasangkan telefon pintar dan kamera secara automatik dan imej dipindah pantas menggunakan pelbagai fungsi bijak.

Dengan Photo Beam, gambar yang dilihat pada kamera secara automatik dihantar ke telefon pintar yang dipasangkan, manakala Link Mobile, membolehkan jurugambar untuk memilih imej yang ingin mereka pindahkan kepada telefon pintar mereka. Untuk lebih menangkap gambar secara kreatif, butang shutter atau pemidang tilik jauh membolehkan jurugambar mengawal kamera menggunakan telefon pintar, menyediakan lebih kebebasan untuk merakam.

Galaxy-Camera-2-B-2-1280x853

Platform Galaxy Camera 2

[dropcap]K[/dropcap]amera dengan saiz 4.8 inci mempunyai saiz yang mirip Galaxy Note menyediakan paparan jenis HD Super Clear LCD yang indah untuk melihat dan menyunting imej. Foto-foto dipaparkan dalam warna yang terperinci, manakala saiz yang besar menjadikannya mudah untuk mengemudi aplikasi yang ada pada kamera.

Dengan Mod Pintar, pengguna boleh memilih dari pra-set 28 mod yang berbeza yang semuanya direka bentuk untuk menangani senario merakam secara berbeza. Mod Smart misalnya akan mencadangkan ciri menyediakan bantuan dalam mendapatkan rakaman paling mudah.

Terdapat mod baru yang pastinya akan digemari rakyat Malaysia iaitu Smart Selfie yang menjamin potret sendiri mendapat perhatian yang mereka impikan. Ia mengambil rakaman lima imej berturut-turut dalam resolusi tinggi supaya pengguna boleh memilih sudut yang terbaik dan berkongsi dengan serta-merta di laman media sosial kegemaran mereka.

Antara Spec Samsung Galaxy Camera 2

Sensor imej 16.3MP 1/2.3″ BSI CMOS
Lensa 21x zum optikal , 23mm sudut lebar, F2.8(W) ~ 5.9(T)
IS OIS
Paparan 121.2mm (4.8-inch), HD Super Clear
ISO Auto, 100, 200, 400, 800, 1600, 3200
AP 1.6GHz Quad Core
OS Android 4.3 (Jelly Bean)
Memori 8GB (tersedia di dalam) + slot mikroSD, 2GB RAM
Imej JPEG format
16M, P14M, 12M Wide, 10M, 10MP, 9.2M Wide, 5M, 3M, 2M Wide, 1M
Video MP4 (Video: MPEG4, AVC/H.264, Audio: AAC)
Full HD 1920×1080 /30fps, 1280×720 /60fps, 1280×720 /30fps, 640×480 /60fps,
640×480(30fps), 320×240(30fps)
Multi Motion Video 768 x 512 (WVGA, x1/8, x1/4, x1/2, x2, x4, x8) /120fps
Audio Format: AVI, MP4/3GP, WMV, FLV, MKV, WEBM
Mod (dalam bahasa Inggeris) Smart mode suggest, Beauty face, Best Photo, Selfie Alarm, Continuous shot, Best face, Color bracket, Kids shot, Landscape, Dawn, Snow, Macro, Food, Party/Indoor, Action freeze, Rich tone (HDR), Panorama, Waterfall, Animated photo, Drama, Eraser, Sound&Shot, Interval, Silhouette, Sunset, Night, Fireworks, Light trace
Perkhidmatan Google Mobile Services Google Search, Google Maps, Gmail, Google Plus , Google Hangouts,
Google Play Store, YouTube, Google Plus Photos, Google Chrome, Google Play Books,
Google Play Movies & TV, Google Play Music, Google Play Games,
Google Newsstand, Google SettingNote – The availability of each service may differ by country.
Sambungan WiFi a/b/g/n, WiFi HT40
GPS/GLONASS
Bluetooth® 4.0
NFC
Sensor Accelerometer, Geo-magnetic, Gyro-sensor, Gyro-sensor(for OIS)
Dimensi, Berat 132.5 x 71.2 x 19.3 mm, 283g
Bateri Li-on 2000mAh

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Hebat Malaysia Dalam Drama Ariana Rose

Promosi Hebat AirAsia Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014