in

Sampaikan Raya 2010 & Saya Terhebat TV3

TV3: BEST OF VARIETY

Sampaikan Raya 2010 – Menjelang Raya, 9 September, 11.30malam
Program istimewa berbentuk hiburan berinteraktif menjelang Hari Raya ini memaparkan ucapan dan pesanan Hari Raya diselangi dengan persembahan nyanyian secara langsung dari artis tempatan. Penonton boleh mendedikasikan lagu-lagu raya kegemaran mereka dan ucapan raya menerusi kad raya, mesej pesanan ringkas (SMS), panggilan telefon ke studio kepada orang-orang tersayang menerusi program ini. Uniknya, tahun ini rancangan Sampaikan Raya akan bersiaran langsung di lokasi paling sibuk dan meriah dengan aktiviti-aktiviti membeli-belah di malam menjelang Syawal, Jalan Tunku Abdul Rahman dan sekitar Masjid India, Kuala Lumpur

Saya Terhebat – Raya Pertama, 10 September, 4.00 petang
Bergelak-ketawa bersama gandingan pengacara terhebat, Ally Iskandar dan Faizal FBI Ismail yang ditampilkan di dalam rancangan unik berkonsepkan ‘game show’ khas untuk tontonan Hari Raya. Di antara Ally dan Faizal, siapakah yang bakal muncul juara menewaskan lawannya di dalam aktiviti dan permainan menarik dan mencuit hati? Sama-sama kita saksikan!

Ally Iskandar

Ewah-Ewah Raya – Raya Kedua, 11 September, 4.00 petang
Ewah Ewah Raya kembali… Lebih lucu, lebih sengit dan lebih keseronokan! Bersama hos, Raja Azura dan Nabil, Ewah Ewah Raya kali ini menampilkan artis-artis ternama seperti Fouziah Gous, Iqram Dinzly, Erry Putra, Erra Fazira, Fizo Omar dan Danny X-Factor di dalam program game show paling happening! Mereka akan bersaing di dalam tiga permainan iaitu ‘Bola Sumo’, ‘Titi Ketupat’ dan ‘Tiup Bola’…

Fuhhh Raya – Raya Kedua, 11 September, 11.00 malam
Jom ikuti persiapan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri artis-artis terkenal tanahari seperti Azwan Ali, Ezlynn, Shaheizy Sam dan ramai lagi di dalam ‘Fuhhh…!’ edisi Raya! Dihoskan oleh Awal Ashaari.

Melodi Raya – Raya Ketiga & Raya Kesepuluh, 12 & 19 September, 12.30 tengahari
Tidak pernah lekang daripada isu-isu hangat di persada seni, program hiburan paling sensasi MELODI meraikan Hari Raya Aidilfirti dengan dua episod khas dalam MELODI RAYA 2010. Tampil dengan kelainan pada tahun ini, Melodi Raya Episod 1 menyaksikan himpunan artis-artis popular dari era berbeza iaitu 60an, 70an, 80an dan kini di sesi rakaman yang berlangsung di Dewan Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra selaku penaja lokasi manakala episod kedua pula mengetengahkan konsep suasana rumah terbuka di kalangan artis. Dihoskan oleh Wahid dan Fara Fauzana yang semakin sinonim dengan Melodi, Melodi Raya Episod 1 juga dikendalikan oleh Didie Alias sebagai pengacara majlis. Rakaman tersebut menghimpunkan artis-artis popular seperti A. Rahman Hassan, Jeffry Din, Azizah Mohd, Latif Ibrahim, Hattan, Ramlah Ram, Zamani Slam, Dayang Nurfaizah, Raihan, Stacy, Azlan The Typewriter, Dato’ Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Tomok, Mohd Mentor, Shila OIAM dan ramai lagi.

Melodi Raya 2010

Selain paparan visual yang menarik, artis-artis lama dan baru ini juga berpeluang berduet bersama di dalam persembahan nyanyian untuk memeriahkan Melodi Raya ini. Melodi Raya Episod 2 pula telah berkunjung ke beberapa rumah terbuka bersama Wahid, Fara Fauzana dan para wartawan Skuad Melodi yagn terdiri daripada Michelle Wee, Azmi Jamsari, Azwan Azmi, Nik Shafiq Hadhari dan Nurul Izza telah berkunjung ke lima lokasi iaitu rumah peminat setia Melodi, rumah terbuka artis-artis Metrowealth, rumah terbuka artis-artis Warner Music, dan rumah terbuka penerbit filem terkenal, Professor A. Razak Mohideen. Selain itu, Melodi Raya Episod 2 juga memaparkan suasana kemeriahan kumpulan Kotak dari Indonesia yang mengunjungi rumah terbuka kumpulan Sofaz.

Melodi Raya 2010

Sebenarnya…Black – Raya Ketiga, 12 September, 5.00 petang
Ikuti perjalanan kisah hidup bintang muda yang sedang meningkat naik di persada seni, Mohd Hanifah yang lebih mesra dikenali sebagai Black, berasal dari keluarga miskin tetapi bertuah kerana berbekalkan bakat yang ada, telah berjaya dinobatkan sebagai juara program realiti Mentor musim ke-3 tahun lalu (2009). Di bawah bimbingan sifunya, Mas Idayu, Black diberi peluang untuk mencuba nasib dan berkat atas usaha dan dedikasi yang dicurahkan, Black kini berada di kedudukan selesa berbanding dengan kehidupan yang dilalui bersama ahli keluarga sebelum bergelar anak seni. Daripada anak seorang penjual ikan, tinggal di flat kos rendah, semuanya berubah sekelip mata dengan rezeki yang mencurah selepas kejayaan Mentor.

Jangan Tidur Lagi Raya – Raya Keempat, 13 September, 11.00 malam
Jangan Tidur Lagi Special Raya kali ini berlainan dari sebelumnya di mana rakaman lokasi penggambarannya akan dilakukan di pusat membeli belah, One Utama Shopping Centre (New Wing) berkonsepkan rumah kampung di tengah sawah. Untuk episod kali ini masih mengekalkan Adlin Aman Ramli. Bagi artis jemputan pula 3 pasangan artis yang sudah berkahwin. Selain daripada ditemubual, artis-artis tersebut juga akan menyanyikan beberapa buah lagu raya bersama pasangan masing-masing. Artis jemputan adalah pasangan Ajai & Liza, Aziz M.Osman & Puteri Lily & Shahira & Ijoy dan dihoskan oleh Adlin Aman Ramli.

Bang Bang Boom Raya – Raya Kelima, 14 September, 11.00 malam
Walaupun di dalam mood Bang Bang Boom Raya namun mereka masih lagi meneruskan misi untuk mengenakan orang awam dan selebriti tanahair. Antara yang terkena di dalam BBB Raya adalah Faizal Ismail, Shamsul Ghau Ghau, Khir Rahman dan Hussein Ruffedge.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mimie Haris Rakam Single Terbaru Kakiku Kaku

Program TV Aidilfitri di Saluran Muzik Aktif