in

Jom Sambut Tahun Baru 2014 di PICC Putrajaya

Menjelang sambutan tahun baru 2014, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ingin memberikan sentuhan baru yang lebih mesra dengan menganjurkan Sambutan Tahun Baru 2014 @PICC pada 31 Disember 2013. Ini merupakan julung kali acara sebegini diadakan di PICC. Bermula seawal jam 10.00 pagi, Bazar @PICC akan berlangsung di foyer aras Concourse dan akan berlanjutan sehingga jam 12.00 tengah malam. Bazar ini akan diadakan selama dua hari bermula dari 31hb Disember 2013 sehingga 1hb Januari 2014. Walaubagaimanapun pada malam tahun baru akan diceriakan  dengan pelbagai acara menarik untuk seisi keluarga seperti persembahan terbuka dan percuma dari kumpulan ‘Buskers & Clown’.

[pullquote align=”right”]Pementasan Geng Lawak akan berlangsung pada 31 Disember 2013 di Plenary Hall, PICC dengan persembahan dari pelawak terkenal seperti Jambu, Osama, SYJ, Kuah Jenhan dan Sabri Yunus sebagai hos.[/pullquote]

Pada sebelah malamnya, acara kemuncak akan berlangsung di Dewan Plenary bermula jam 9.00 malam. Pementasan Geng Lawak @PICC akan menggegarkan pentas Plenary dengan barisan pelawak individu dan kumpulan yang terdiri dari kumpulan JAMBU (Tauke dan Yus), OSAMA (Os dan Isma), SYJ (Shuk, Yassin dan Jihan), pelawak terkenal Kuah Jenhan serta Sabri Yunus sebagai pengacara yang bakal menghibur dan menggegarkan suasana. Kemunculan kumpulan muzik KL STREET DRUMMERS pada awal dan akhir pementasan akan menjanjikan kelainan dalam persembahan ini.

Usai pementasan Geng Lawak @PICC sekitar jam 11.00 malam, akan disambung dengan sesi ramah mesra penonton dengan barisan artis Geng Lawak @PICC bertempat di ‘Viewing Deck’ pada Aras 2, sementara menunggu acara ‘Countdown’ tahun baru 2014 iaitu ‘New Year Eve Cocktail Countdown’ @PICC yang akan berlangsung di ‘Viewing Deck’ Aras 1.

Penganjuran Sambutan Tahun Baru 2014 @PICC ini adalah sebagai langkah pertama untuk menjadikan PICC salah sebuah lokasi utama acara hiburan,  seperti pementasan teater, ‘talk show’, serta konsert artis tempatan mahupun antarabangsa.

Tiket-tiket untuk menonton pementasan Geng Lawak @ PICC akan mula dijual pada 20 Disember 2013 di PICC dan juga di www.ticket2u.biz.

Senarai harga tiket adalah seperti berikut:

Kategori Tiket

Geng Lawak @PICC

New Year Eve Countdown

Bronze

Silver

Gold

Platinum

RM85

RM125

RM155

RM205

(Tempat duduk terhad)

RM88

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami ditalian 603-88876000 atau sila layari www.picc.com.my.

Poster Geng Lawak di PICC

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Pass Showcase SMASH & Stacy

RED is BACK at Kenny Rogers ROASTERS