in ,

Sambutan Tahun Baru 2012 di Saluran Ceria Anda

Keajaiban TAHUN BARU 2012 di ntv7!

Sambutan Tahun Baru 2012 di Saluran Ceria Anda

Selamat datang 2012 dan selamat tinggal 2011! Siapa mungkin menyangka bahawa kita kini berada di bulan akhir pada tahun 2011. Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menyediakan diri dengan azam baru dan menempuh cabaran yang akan mendatang. Walaubagaimanapun, Saluran Ceria Anda, ntv7 akan tetap sentiasa menemani anda dan menyediakan pelbagai rancangan menarik buat anda seisi keluarga. Membuka laluan kepada tahun 2012 ialah rancangan Martha Bakes yang akan memberi idea untuk hidangan istimewa tahun baru nanti. Filem menarik seperti Witches of Oz dan filem seram Thai, Shutter pasti akan menambah debaran detik kiraan tahun 2012.

Martha Bakes: (30 Disember 2011), 1.00 petang – Sediakan pen dan kertas anda kerana Martha Stewart akan menunjukkan resepi istimewanya dalam membuat pastry puff yang sesuai menjadi manisan di malam tahun baru anda nanti. Rancangan Martha Bakes akan mengajar cara dan tips dalam mendapatkan resepi yang lazat buat anda dan seisi keluarga. Sudah tiba waktunya anda mencuba sesuatu yang baru dan tajamkan kemahiran memasak anda!

Doraemon-Movie-poster(M)

Nobita dan Perang Ikan Duyung dan Laut: (31 Disember 2011), 11.00 pagi – Tidak kira berapa pun usia anda, filem animasi Doraemon pasti menghiburkan dengan gelak ketawa yang tidak kering gusi. Kali ini dengan judul Nobita dan Perang Ikan Duyung dan Laut yang membawakan anda kisah pengembaraan Nobita dan rakan-rakanya ke kerajaan air. Bermula dengan impian Nobita untuk menyelam, seluruh Tokyo dijadikan lautan oleh alat Doraemon sehingga masalah timbul setelah jerung dan hidupan laut lain juga membanjiri bandar Tokyo. Plot bermula setelah Sophia, Puteri Kerajaan Air muncul dan memerlukan pertolongan Doraemon. Ikuti kisah menarik pengembaraan Nobita dan rakan-rakannya dalam menyelamatkan kerajaan Puteri Sophia!

ShutterPoster

Shutter: (31 Disember 2011), 10.00 malam – Malam tahun baru anda akan disambut dengan sebuah filem seram Thai berjudul Shutter. Filem yang telah banyak memenangi anugerah termasuklah di Festival Budaya dan Filem Asia di Perancis ini mengisahkan Tun, seorang jurugambar yang menyedari gambar yang diambil bersama-sama rakannya mengandungi seolah-olah suatu cahaya misteri di dalam foto tersebut. Setelah diperhatikannya, ternyata cahaya itu menyerupai seorang wanita. Keadaan bertambah misteri setelah satu demi satu rakannya meninggal dunia. Adakah semuanya ada kaitan dengan foto yang diambilnya? Tonton kisah seram ini lakonan mantap Ananda Everingham dan Achita Wuthinundsurasith.

Angel’s Friends the Movie: Sunny College : (1 Januari 2012), 11.00 pagi – Pagi tahun baru adik-adik pula akan diceriakan dengan sebuah cerita kartun berjudul Angels’s Friends The Movie : Sunny College yang berkisar tentang dunia magis dan bidadari. Raf, Urie dan Dolce adalah perantis bidadari baru yang dihantar ke bumi sebagai ujian dalam membawa nilai murni yang ada di dalam diri setiap manusia. Sehinggalah Raf berjumpa dengan Sulfus ketika musim panas di kolej yang membawa mereka kepada lebih pengembaraan, nilai persahabatan serta semangat keberanian.

World Magic Awards : (1 Januari 2012), 3.30 petang – Alam Magis bereterusan di ntv7 dengan World Magic Awards, sebuah anugerah khas buat ahli magis di serata dunia. Rancangan ini akan dihoskan oleh Robert Wagner dan Jill St. John. Serta persembahan silap mata hebat oleh Alzono, Ayala, Carnival of Wonder, Tony Clark, Brian Gillis, Tina Lenert, The Majestix, Max Maven, Mystina, Nick Rushton, Thomas Solomon, Penn & Teller, serta ramai lagi. Ikuti juga helah menarik Franz Harary yang bakal melenyapkan tentera Russia serta kerta kebal dalam sekelip mata.

the-witches-of-oz-movie-poster

Witches of Oz : (1 Januari 2012), 11.00 malam – Kisah ahli sihir dalam Witches of Oz akan menemui anda pada malam Ahad berkisar tentang Dorothy Gale seorang gadis biasa yang menulis sebuah buku tentang negeri Oz yang diilhamkan oleh datuknya. Kehidupannya yang bosan kini bakal berubah setelah ditawarkan oleh sebuah agensi syarikat penerbit buku di kota New York. Saat dia memulakan perjalanannya di kota itu, dia menyedari semua kisah bukunya menjadi realiti dan ahli sihir jahat cuba menakluk dunia. Kisah yang mempunyai dua bahagian ini akan bersambung pada minggu seterusnya, 8 Januari 2012, pada hari Ahad jam 11.00 malam.

Elvis Costello with… (Smokey Robinson): (1 Januari 2012), 1.00 pagi – Mengakhiri malam tahun baru anda ialah temubual ekslusif mengenai dunia muzik bersama pengacaranya Elvis Costello. Artis jemputan kali ini ialah Smokey Robinson yang telah berkecimpung dalam muzik Amerika selama lebih 50 tahun sebagai seorang penulis lagu, penyanyi, pengurus rekod, dan penerbit. Mempunyai pengaruh besar dalam muzik R&B dan pop, Smokey Robinson juga akan berbicara mengenai artis yang berkaitan antaranya, Stevie Wonder, Ray Charles, Marvin Gaye dan ramai lagi. Smokey juga akan mendendangkan lagu yang dipopularkan Norah Jones sebagai kejutan. Nantikan persembahan penutup mereka dengan duetnya bersama Elvis Costello menerusi lagu “You’ve Really Got a Hold on Me”.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.ntv7.com.my atau www.tonton.com.my. Atau ikutilah perkembangan terbaru ntv7 melalui Facebook dan Twitter. Selamat Tahun Baru 2012!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Terbaik & Animasi Meraikan Sambutan Hari Natal

Journey To The West di 8TV