in

Sambutan Muzikal Aidilfitri Sungei Wang Plaza

Sambutan Muzikal Aidilfitri bersama seisi keluarga di Sungei Wang Plaza!

Raikanlah Raya ini dengan sensasi Muzikal selaris dengan tema Muzikal Aidilfitri yang dianjurkan oleh Sungei Wang Plaza berikutan perayaan Hari Raya Aidilfitri dari 1-26 Ogos. Banyak aktiviti menarik menanti anda dan seisi keluarga pada musim ini.

Penyanyi lagenda Malaysia yang iatu Ning Baizura dan Nora akan membuat persembahan semasa majlis pelancaran Muzikal Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa pada 1 Ogos 2012, 6.00 petang di ruang legar Sungei Wang Plaza. Turut serta pada hari itu juga adalah kumpulan tempatan penyanyi lelaki yang terkenal; Forteen.

Terkenal dengan persembahan peringkat tempatan dan antarabangsa serta watak filem seperti Mimpi Moon (2000) dan Malaikat Di Anak Tetingkap (2001); Ning merupakan harta Malaysia yang berbakat dan amat bernilai dalam bidang kesenian dan muzik. Bakatnya telah ditubuhkan di peringkat antarabangsa apabila beliau dinobatkan Voice Of Asia pada tahun 1991 diikuti oleh rentetan anugerah muzik atas sumbangan beliau dalam R & B, Pop, dan Jiwa dalam industri muzik.

Anugerah terbaru beliau adalah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012. Kejayaan ini telah meletakkan Ning sebagai salah satu Diva Pop yang paling Berjaya dan terunggul di Asia Tenggara.

Nora pula merupakan gadis berjiwa tinggi dari Kelantan yang telah menambat hati seluruh negara dengan sura luar bisanya dalam lagu terkenal “Di persimpangan Delima”. Akhir sekali adalah kumpulan lelaki Forteen dari KRU yang terdiri daripada empat ahli; ARIZ, Izzue, Satu dan Ameer . Lagu hit mereka adalah “Berdua Bersatu”

Tetamu istimewa pada hari itu adalah Rumah Al-Ikhsan yang merupakan rumah warga emas di Puchong. 30 warga emas telah dijemput khas bersama penjaga rumah mereka yang akan meraikan upacara berbuka puasa bersama- sama artis. Mereka juga akan diberikan duit Raya berserta cenderamata dan peluang untuk bersembang dengan artis pada majlis pelancaran tersebut.

Mengikut KK Lim, Pengurus Kanan Bahagian Promosi dan Perhubungan Awam Sungei Wang Plaza, konsept Muzikal Aidilfitri ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama kaum dengan pertunjukan beraneka jenis dengan irama merdu bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri harmoni. Dia bertambah lagi; “ Untuk majlis pelancaran dan berbuka puasa ini, kami telah menjemput warga emas dari Rumah Al-Ikhsan untuk meraikan bersama kami supaya mereka tidak rasa ketinggalan atau sedih walaupun telah melalui kehidupan yang susah.”

Lagu-lagu popular seperti “Suasana Hari Raya”, “Hari yang Mulia ini”, “Indahnya di Hari Raya” dan “Selamat Hari Raya” antara lagu-lagu yang akan dipersembahkan oleh artis-artis pada malam tersebut.

Antara aktiviti menarik yang disediakan pada musim Raya ini termasuklah;Persembahan Dramatari Muzikal Aidilfitri yang iaitu Menuju Puncak Muzikal (8.30pm pada 3,4,5,9 & 10 Ogos 2012) dan Esok Hari Raya Muzikal (8.30pm pada 16,17,24,25 & 26 Ogos 2012), Pertujukan Fesyen Busana Muslimah dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, JKKN ( 4pm pada 4 & 5 Ogos & 8.30pm pada 11 & 12 Ogos 2012),Muzikal Idol Search (5pm, 12 Ogos 2012) dan Bazar Aidilfitri (1-18 Ogos 2012).

Sambutan Muzikal Aidilfitri ditaja oleh The Travel Store.

Forteen

Forteen

Ning Baizura

Ning Baizura

Pelancaran Album Hikmah Nora

Nora

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ziana Zain Bakal Lancar Kempen Harapan Diberi Kehidupan Sihat Dirai

Rakaman Program Raya TV3 IRAMA