in

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 53 ntv7

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-53 di ntv7

Sempena bulan kemerdekaan Ogos ini, ntv7 bakal meraikan tanggal bersejarah ini dengan penuh gaya! Saksikan Istimewa Merdeka bersama rancangan-rancangan terbitan kami :

e7 (Istimewa Merdeka): Sabtu (28 Ogos), 4.30 petang – Sertailah Nicholas sementara beliau menemuramah secara langsung barisan artis tempatan dan antarabangsa. Program e7 Istimewa Merdeka akan memaparkan aksi pengacara menjelajah sekitar kota bagi mendapatkan pandangan rakyat mengenai Merdeka dan negara tercinta.

Women’s Zone (Istimewa Merdeka): Sabtu (28 Ogos), 6.30 petang – Temui MayJune dalam rancangan yang memaparkan kecantikan Batik Cheongsam, teknik pembuatannya dan fesyen terbaik untuk digayakan.

Feel Good Feel Cook - Dato Wee Kah Siong with Alvin and Roby

Feel Good Feel Cook ( Edisi Merdeka): Ahad (29 Ogos), 7.00 malam – Bergelak ketawa bersama-sama pengacara Feel Good anda – Alvin Wong dan Roby dalam program realiti masakan berdurasi sejam. Edisi istimewa merdeka ini akan menyaksikan telatah duo ini dalam menyediakan masakan bersama ahli politik ternama Dato Wee Kah Siong sebagai tetamu undangan.

Hansen - The Breakfast Show

The Breakfast Show (Edisi Merdeka SECARA LANGSUNG): Isnin dan Selasa (30 & 31 Ogos), 8.30 pagi – Ceria bersama Naz dan Daphne bersama-sama pengacara terbaru, Hansen, dalam TBS sementara mereka memaparkan klip imbasan istimewa sepanjang 53 tahun kemerdekaan, barisan tetamu undangan istimewa di studio untuk meraikan tanggal kemerdekaan, sorotan penting dan hadiah istimewa. Mereka turut akan turun padang bagi mendapatkan pandangan penonton mengenai maksud kemerdekaan pada diri masing-masing.

Talian Hayat Musim ketiga (Istimewa Merdeka): Jumaat (27 Ogos) 7.30 malam, ulang tayang pada Selasa (31hb Ogos), 10.00 pagi – Wan Kamarudin kembali dengan menawarkan platform terbaik untuk rakyat Malaysia menyuarakan pandangan mereka dalam edisi Khas Merdeka Talian Hayat. Kali ini dia mengetengahkan isu kesusahan yang dihadapi Orang Asli kerana tidak mendapat bekalan elektrik.

Elvis Costello Spectacle

Selain Program Merdeka terbitan ntv7, Saluran Ceria Anda turut menyediakan program variety dan filem terbaik di jenama HONG, khas untuk menghiasi bulan Kemerdekaan ini:

Merdeka Friday Movie Special: Skyline Cruisers pada 27 Ogos, jam 10.00 malam– Lakonan Leon Lai, Jordan Chan, Shu Qi, Sam Lee, Skyline Cruisers merupakan filem aksi hebat mengenai sekumpulan empat orang pencuri professional muda yang berdaya untuk mendapatkan apa sahaja. Diketuai oleh Leon Lai, mereka ditugaskan untuk mencuri dadah anti-virus yang ternyata berguna untuk melawan gen kanser dari sebuah syarikat farmaseutikal yang mengamalkan rasuah. Organisasi terbabit menyimpan dadah berkenaan untuk tujuan mendapatkan keuntungan yang lebih. Tugasan itu amat merbahaya tetapi watak Leon amat teruja menjalankan tugas kerana aspek tanggungjawab sosial tugasan tersebut.

Women Zone - host MayJune

Merdeka Retro Movie Special: Perils of the Sentimental Swords pada Sabtu, 28 Ogos pada jam 2.30 tengahari – Dilakonkan oleh Ti Lung, Teng Wei-hao, Lo Lieh, Linda Chu. Chu Liu-hsiang, pemain pedang handalan kembali menemui anda dalam filem epik ini. Pengarah Chu Yuan dan penulis asal, Ku Lung, merupakan kombinasi terhebat dalam menyatukan plot hebat dan aksi-aksi mencemaskan. Saksikan watak-watak menarik seperti pemain pedang misteri, pembunuh upahan istana, lokasi eksotik dan misi-misi rahsia.

Terus ceria bersama rancangan filem, muzik dan variety terbaik di jenama Urban ntv7 seperti:
World Magic Awards, 28 Ogos, Sabtu 10.00 malam – Pemain silap mata tersohor bergabung untuk memberikan aksi silap mata yang terbaik dari seantero dunia. Anda pasti akan terpegun dengan persembahan mereka! Lebih menarik, tetamu undangan seperti Neil Patrick Harris, Joan Collins, John Schneider, Penn & Teller dan ramai lagi selebriti Hollywood yang turut menghiasi rancangan hebat ini!

World Magic Awards

Young Guns II, 29 Ogos, Ahad 2.00 petang – Lakonan Emilio Estevez, Kiefer Sutherland and Lou Diamond Phillips, filem menarik ini bermula dengan karakter Brushy Bill Roberts di hari tuanya. Beliau menceritakan perihal kehidupannya pada seorang sejarahwan muda. Beliau mengatakan bahawa beliau adalah William H.Booney atau lebih dikenali sebagai Billy the Kid,seorang penjenayah yang dipercayai mati dibunuh oleh Patrick Floyd Garrett pada tahun 1881. Lelaki berusia itu menceritakan bagaimana beliau dan Garrett, bersama-sama Arkansas Dave Rudabaugh, Chavez y Chavez, Doc Skurlock mengharungi hidup mereka sebagai penjenayah yang dikehendaki oleh pihak polis.

Skyline Cruisers

Garrett, sahabat Billy diupah oleh John Chisum, seorang penunggang kuda untuk menghapuskan Billy the Kid. Garrett dan Ashmun kemudiannya memulakan pengembaraan mereka untuk mencari identiti sebenar Billy the Kid.

Spectacle: Elvis Costello with…Kris Kristofferson, Norah Jones, Rosanne Cash & John Mellencamp pada 29 Ogos, Ahad 4.00 petang. – Elvis Costello menganjurkan persembahan gitar, di mana penyanyi dan pencipta lagu mengambil giliran dalam memainkan melodi mereka sambil menceritakan mengenai sesuatu. Mereka adalah Kris Kristofferson, Norah Jones, John Mellencamp dan Rosanne Cash. Persembahan atau “guitar pull” tersebut dikatakan bermula di ruang tamu Johny Cash bersama-sama pencipta lagu dan pemuzik seperti Kris Kristofferson, Joni Mitchell dan Bob Dylan bergilir-gilir memainkan lagu mereka. Beberapa tahun kemudian, Elvis mengumpulkan pencipta lagu ternama,Kris Kristofferson dan anak perempuan Cash, Rosanne. Dalam episod ini, Norah Jones (yang menyanyikan lagu baru yang digarap oleh Hank Williams) dan selebriti rock terkenal Amerika – John Mellencamp. Pastinya, ia merupakan persembahan muzikal yang harus anda tonton!

Kampung Alaf Baru

Kampung Baru Alaf Baru pada 31 Ogos, Selasa 10.30 pagi – Kampung Baru merupakan perkampungan Melayu yang sarat dengan budaya Melayu, sementara berdepan dengan kepayahan dalam mengekalkan keunikannya sejajar dengan perkembangan dunia moden. Program dokumentari satu jam setengah ini menyaksikan amalan konsep 1Malaysia dalam memulihara budaya dan tradisi dalam dunia yang kian berkembang moden ini. Ia mendidik masyarakat tentang kepentingan memahami budaya lain sementara maju ke depan bersama-sama sebagai sebuah komuniti. Arahan dan terbitan daripada pengarah hebat, Zan Azlee.
Master of Illusion: Impossible Magic pada 31 Ogos, 12.00 tengahari – Ahli silap mata ternama di seluruh negara bakal menggegarkan malam anda dengan kumpulan aksi magik yang terhebat. Nikmatilah aksi magik yang akan mencabar minda anda!.

Aktiviti tapak ntv7 seperti Yuan Carnival akan menemui masyarakat Pulau Pinang pada 28hb dan 29hb Ogos di SRJK (C) Shang Wu, Ayer Itam, untuk menyemarakkan semangat Feel Good dan Merdeka di kalangan rakyat Malaysia. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Feel Good Merdeka Ogos ini! Untuk informasi lanjut, sila layari www.ntv7.com.my atau ikuti kami di Facebook dan Twitter.

Young Guns 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Senario Asam Garam di Hari Raya Aidilfitri Ini

Emilda Rosmila, Fezrul Khan dalam Drama Pesona Rindu